Wednesday, 17 October 2018

Senyummu itu Ukhti

Ukhti,
Mungkin senyumanmu yang kau lemparkan sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari hari

Ukhti,
Senyuman yang kau tebarkan dengan sembarangan bertitik niat menarik ajnabi, ada pertanggungjawabannya kelak.

Tuesday, 16 October 2018

Untuk Wanita Kecewa

Wahai sahabatku,
Dan wahai diriku,
(Andai nanti waktu aku diletakkan dalam ujian seperti keadaanmu)

Jika benar ada orang yang sedang berjuang hanya untuk mengecewakan kita,
Maka sebenarnya hadirnya dia bukan sengaja.
Mereka bukan sengaja mengecewakan.

Dikecewakannya kita bukan kosong, tanpa membawa mesej indah daripada Allah,
Bahawa kecewa ini Allah bawa untuk mengujimu. Kecewa ini wasilah Allah mengingatkan mu, pengharapan pada tempat yang selain Allah hanyalah pengharapan palsu.

Cukuplan berharap sederhana.
Jangan biarkan harapan mekar bagai cinta yang sepatutnya pada Yang Esa.

Jika sekarang dia tidak ikhlas memperjuangkanmu,
Ketahuilah hanya saja Allah takdir yang lebih indah dan lebih baik yang sedang mencari jalan dalam memperjuangkan dirimu.

Kuat wahai wanita.
Kuatkan dirimu dengan iman dan ilmu.
Percayalah, menjadi lemah itu jauh lebih menyakitkan daripada bersusah payah menjadi kuat.
Percayalah, aku pernah lalui.
Menjadi lemah itu seakan ada benda lain yang mengawalmu dari dalam, sesungguhnya itu sangat menyakitkan.

Kuatlah wanita.
Kuatkan dirimu dengan iman dan ilmu.
Wanita berilmu itu tidak mudah jatuh pada hati dan tempat yang salah,
Wanita berilmu tidak mudah terayu dengan cinta palsu berasakan nafsu,
Kerana di dalam hati mereka berbekalkan wahyu.

Kuat, hasiefah!

Monday, 15 October 2018

Siapa Auliya dan kenapa

Si Kerdil yang Tawaduk

Semakin banyak kita tadah ilmu, semakin kerdil kita akan rasa. Kita akan mula berfikir betul betul apa tujuan hidup kita.

Kalau ada sahabat atau sesiapa pun yang ditakdir Allah sebagai wasilah dan mengajak kita pergi ke majlis ilmu, kemudian kita menolak ajakan suci mereka tanpa asbab musabab penting, lalu dengan siapa kita patut rasa bersalah? Dengan sahabat kita ke? Tidak. Kita patut rasa bersalah dekat Allah.

Benar kita bukan dalam kalangan yang terpilih. Persoalannya mengapa Allah tak pilih?

TAMAN ILMU DAN BUDI.
kalau nak dikatakan beruntungnya komuniti taman ilmu dan budi UIAM ni, tak terkira. Berderet program setiap hari, sampaikan kita boleh sakit jiwa nak buat keputusan nak pergi mana satu. Tapi dalam situasi sakit jiwa, janganlah kita menjadi mereka yang betul betul rebah jiwanya dengan hanya memilih untuk mengurungkan diri dalam bilik, cenderung kepada melayan movie atau game. (Kalau study maqbul yang amat)

Peluang ada. Budaya ada. Biah ada. Kita pilih, take it or leave it. To do it or ignore it.
Tadahlah ilmu banyak banyak, dari semua aspek. Akhirat dan dunia, dinniah dan dunyawiyyah.
Tadahlah ilmu dengan pergi ke majlis ilmu, dengan berbual dan berkomunikasi, dengan pemerhatian yang murni, melihat dan berfikir, muhasabah dan meditasi.

Ya allah, jadikanlah kami sebagai orang orang yang tak jemu untuk belajar dan berdamping dengan orang orang yang berilmu.

Dan setiap kali hadir ke taman syurga, selalu teringat mak abah. "Andai lah mereka bersama dalam tamab syurga ini." Aku rindu mak abah. Moga mereka dalam naungan dan hidayah allah. Moga solat dan zikir mereka terjaga.

Jangan sombong. Ikut resmi padi. Makin berisi, makin tunduk. Makin berilmu, makin tawaduk. Kalau rasa diri tawaduk, maka sebenarnya kita belum tawaduk.

Memburu Solehah

"Muslimah sering mencari dan meminta solehah. Tapi dia alpa tatkala dikurniakan ujian demi ujian untuk menjadi solehah. Sering mengadu, merintih, mngekuh kenapa dan mengapa. Sungguh hakikat sebuah solehah itu perit dan sakit. Tetapi manis di penghujung. Teruskan memburu solehah."

Kita semua sering merasa terkandas dalam memburu solehah. Hakikatnya kerana solehah itu satu proses. Sekali solehah tidak menjamin selamanya solehah.

Kerana ia bukan satu proses yang terhenti. Ia proses yang berpanjangan. Itu hakikat hijrah. Berpanjangan. Siapa rasa tak layak? Ya, saya dan anda berkongsi rasa yang sama. Takda orang yang mampu beri rasa kita layak dan kita mampu melainkan diri kita yang beri rasa itu. Usaha bermula dengan rasa. Sentuh hati. Tak mudah, tapi akan dimudahkan Allah dalam mencari apa yang dinamakan redhaNya.

Hakikatnya saya menulis ini dengan penuh keberanian menentang hati sendiri yang merintih "cukuplah menulis tentang solehah, diri kau je tak berupaya menjadi."

Sunday, 14 October 2018

Seorang Penulis

Dialah orang yang paling syahdu bila ditinggalkan keseorangan bersama sebatang pen. Bait bait penulisan penuh dengan emosi sedih dan pengharapan yang dia tahu, hakikatnya ia sebuah kesilapan yang rakus dan kejam mencuri kebahagian dalam diam

Friday, 12 October 2018

Ragu

Hijrah bukan proses yang terhenti, hijrah proses yang berpanjangan.

Aku bercadang untuk membiarkan pena akhirnya menari,
Meluahkan semuanya yang terbuku dalam diri,
Biar semuanya lebih jelas dan lebih difahami,
Apa yang bermain main di setiap sudut benak hati.

Semuanya masih bagaikan sesuatu yang tak mungkin aku miliki,
Hatta sekarang cerita ini masih bagai satu mimpi.
Kita bermula dengan tiada, lantas segalanya berlaku sekelip mata.
Aku tak jemput aku tak undang,
Semuanya datang sebagai satu jalan dalam ketentuan.

Dan bila tiba hati sekali lagi diuji,
Aku pilih untuk berdiam diri,
Dan itu akan terus menjadi pilihan hati.

Kerana akhirnya aku makin sadar,
Yang pernah berjanji untuk setia mengutip yang terbuang itu aku.
Yang pernah berjanji untuk setia menyembuh luka itu aku.

Layakkah aku risau tentang sebuah kesetiaan?
Layakkah aku meragui sebuah janji?
Layakkah aku menodai kepercayaan diri sendiri?
Jalan ini aku yang pilih,
Tak ada siapa yang paksa.

Jadi,
Aku pilih untuk membenamkan segala keraguan yang hakikatnya masih zahir, demi sebuah janji yang pernah aku semai, aku akan terus menjunamkan benih benih syak dan keraguan dalam pelupusan memori dan rasa.

Mungkin saja perasaan "ada kalau ada, tidak kalau takda" akan terus menjadikan aku lemah, atau pun akan terus menjadikan aku bersemangat untuk jalan yang tak disangka.

Tapi jujur,
Aku ragu.

Monday, 8 October 2018

Kejam

Kejamnya dunia.
Sedang kita mencari kekuatan untuk meniti kebahagian dan hidup dalam penuh keyakinan,
Dia hadapkan kita dengan kisah lama yang merebut kepercayaan dan mencetus keraguan dan kebencian.

Paling kejam bila hati kata
"Lupakan"
Tapi otak tepis
"Fikir fikirkan"

Kejam bila hati terima seadanya situasi sekarang dan terima seadanya kisah silam,
Tapi otak cakap "kau ada hak untuk pertikaikan, jangan menyesal kemudian hari, sementara masih sempat, buat!"

Macam mana ya?

Tuesday, 25 September 2018

Muslimah Komtemporari

Menjadi wanita solehah bukan mudah.
Perlu pada usaha dan kekuatan melawan nafsu dan godaan.

Godaan gadis zaman ini.
Populariti di media sosial.

Tak popular di ig, twitter, dan fb, hidup terasa kosong dan bosan. Bilangan follower menentukan nilaian diri.

Jujurnya aku simpati dengan godaan dan ujian buat remaja hari ini. Lebih mencabar untuk membentuk diri dan mencari identiti kerana pengaruh dan anasir yang maha pelik tersebar di media.

Sedangkan zaman remaja aku dulu, tidaklah diuji begini hebat kuasa media sosial. Challenge itu dan ini, parodi ,tik tok, dubmash dan banyak lagi apps yang mencabut rasa malu dan sopan.

Letih dan sedih tengok.

Teringat zaman remaja dulu, rezeki bersekolah agama, tak dinafikan memang banyak dugaan juga nak jadi baik ketika zaman remaja, adakala terbuat salah juga , insan sekeliling sangatlah main peranan dalam menasihati aku. Mak ayah, saudara mara, senior zaman sekolah, guru dan sahabat.

Zaman remaja , zaman ghairah mencuba.
Lebih terkesan dengan perasaan sendiri. Zaman kadangkala lebih mengejar seronok yang sekejap , susah nak melihat jauh ke depan.

Bimbang sungguh melewati ig anak muda yang  ghairah memburu like dan populariti, yang selalu buat paid review, hingga kadangkala melampaui batas susila dan agama.
Malu tolak ke tepi.

Yang menayangkan kisah couple masing-masing , lebih dari pasangan yang dah beranak pinak.

_

Buat adik remaja sekelian, akak doakan moga selamat melalui alam remaja dengan maruah terjaga, malu yang terpelihara, dan akhlak yang mulia. Moga tiada sesalan di alam dewasa nanti.

Akak doakan sentiasa ada insan di samping kamu semua yang membimbing dan menasihatkan apa yang betul dan salah. Supaya kamu tak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah , dan minta dijauhkan, melanggar ajaran agama.

Istimewa gadis dan wanita kerana prinsip ,iman dan maruah yang terjaga. Bukan rupa dan penampilan semata.

Istimewa gadis dan wanita, kerna akhlak yang cantik , malu pada tempatnya dan pandai menjaga diri. Bukan siapa yang paling berani menyahut challenge itu, dan berani buat parodi.

Buat semua orang tua, bimbinglah anak remaja dengan contoh yang terbaik untuk mereka ikuti. Baik buruk mereka selalunya datangnya dari perlakuan kita yang dilihat mereka.

Sekarang ni, orang dewasa lagi mengarut dari anak muda, sibuk berparodi itu .
Terbaru lagu mengarut Bobo Di Mana, berlumba orang dewasa buat parodi sampailah artis pun terkejar buat parodi, jadi yang remaja pun terikut-ikutlah mengikut, sedangkan kita kita tahu lagu dan video ada unsur softporn.
Ya Salam.... Tepuk dahi.

Nasihatlah dan sayangilah anak muda semampu kita.

Anak remaja tak terbina dengan sendirinya, harus ada orang dewasa yang mencorakkannya. Seperti mana kita dulu.

Jangan didiamkan saja apa yang buruk, cubalah bertindak semampu kita.

Ikhlas,
Wan Nur Syakira,
Akak yang bimbang melihat gadis dan wanita zaman ini.

#mintasebarkan
#samasamengejarsolehah

Monday, 24 September 2018

Peluang dalam suasana

susun diari diari masa sekolah.
nak buang, sebab tak sanggup nak hadap lagi.
bila baca rasa macam weh kenapa dulu banyak sangat kecundang ni. rasa macam tak percaya dulu hati murah sangat. tapi semua nilah yang menguatkan kan?

diari paling rasa sayang nak buang masa form 5.
sarat dengan ayat ayat bayan, taujihat taujihat kawan dan para murobbi, dan sarat dengan bingkisan hati seorang perempuan yang terjentik untuk mencari sinar baru dalam hidup, untuk lebih faham penciptaan wanita, dan faham kerja agama.

sebab tu lah masa form 5 mulalah tercetusnya sayap sayap bagai, sebab kesedaran kepentingan wanita dalam usaha dakwah tu rasa macam kuat, sebabtulah mula bercinta dengan usaha masturat. jatuh cinta dengan kerja ni. allahu rindunya. segala persediaan untuk jadi wanita yang kuat dalam dunia luar, masa nilah nak semaikan nak praktikkan. masih belajar. sipah mengaku, kadang tersasar. tapi cuba fikir kenapa Allah masih tempatkan sipah dekat suasana yang ada potensi dan peluang besar untuk terus bentuk diri? bodoh lah kalau tak nampak semua ni. bodoh lah kalau rasa nak pergi majlis ilmu pun malas. bodoh kalau tak ambil peluang. marilah jadi orang yang rajin dan buta. doakan saya! suasana ini pun satu ujian.

Friday, 21 September 2018

Gugusan kekusutan (s)

Nak nangis rasa terharu bila tengok kalender esok dah hari jumaat. Akhirnya berakhir minggu yang sangat mendesakkan saya alhamdulillah.

Serious minggu ni mujahadah nya lain macam. Rasa lemah sangat, takda semangat dan rasa macam pathetic yang amat. Ada sebab sebab tertentu yang mana bila semua kekusutan compiled, dia jadi satu gugusan KEKUSUTANS. Tapi tengok, waktu tu memang susah tapi sekarang Allah dah luluskan kita dan letak kita di hadapan. Wisdom 💫

Post sebelum ni bukan main janji lagi nak trrus update pasal taujihat hati en. Last2 balik UIA nak curi masa pun tak ada. Ok ngantuk nanti sambung.

Saturday, 15 September 2018

Satu Persembahan

Aku tak akan memujamu 
bagai remaja pada cinta pertama 
hanya sebentuk rasa percaya yang sederhana: 

ini hanya cukup keyakinan tanpa bimbang, 
bagai masa lalu. dan di sini, dengan terus memelihara 
nuansa romantik dalam pemenungan, 

kutunggu hari-hari mematangkan keyakinan 
atau takdir menulis lain pada aliran darah kita. 
ini bagai rindu tapi tak kubesarkan ia hingga membakar
sebab ini bukan lagi kisah remaja pada cinta pertama. 
ini cinta persembahan hanya bagi Tuhan dan kehidupan.

Thursday, 13 September 2018

The postponed OTP drives me onto this

Waving back to my blog!
Macam biasa, blog ni hanya akan ditulis bila mana sipah ada masa. Dan yes, sekarang masanya, tadi tertidur awal sebab kepenatan hari ni, dari lepas subuh bekerja as komiti IUCEL 2018. Saya bahagia hari ni.

Tidur yang paling nikmat ialah bila kita rasa penat dan letih. Alhamdulillah rasalah nikmatnya tu, hilang segala penat. Dan sekarang saya berjaga sudah 😶

Topik?
Heeee sebenarnya malam ni ada appointment otp dengan someone sebab dia nak confess sesuatu. Tapi disebabkan sipah terlajak tidur sampai pukul 11 malam, bangun bangun dia pun dah ngantuk. Nasib baik dia faham sipah busy harini.

Confess apa tu? 🙊 Dia cakap dia dah jatuh cinta. Ok bunyi macam kelakar but that's the reality apa yang banyak berlaku sekarang, dan sudah tentu, iyaaaa budak sekolah yang confess ni. Iya saya doktor taujihat cinta budak lol done acah (tapi of course, bila kes diri sendiri, kita kena consult orang lain jugak😹)

But otp tadi postponed so sipah tak tahu sebenarnya dia nak confess macam mana tapi disebabkan saya sekarang dihadapkan dengan benda ni, dan saya pernah hadap benda ni jadinya sipah rasa nak tulis pasal ini. Here's go, taujihat yang sipah prepare untuk diri sendiri dan orang lain untuk satu ujian bernama ujian jatuh cinta. Next post ok? 😽

Monday, 10 September 2018

I Love You So

Allah I cant stop smiling,
all of these, You grant me,
Im really grateful ya Allah.
You took one thing from me,
but You grant me just much.
and they are all precious wallahi.

Dah takda alasan lagi untuk menduakan Allah dengan apa apa urusan dunia,
untuk terus terusan tak utamakan hak dan reda Allah.
Takda alasan. Banyak benda Allah ajar, yang kita daripada dulu memang tak ada alasan untuk ketepikan Dia.

Tidur lambat harini, pukul 5 pagi siapkan design,
bangun bangun dah siap breakfast, rommate sediakan.
Rushing pergi ofis, untuk kerja, sampaikan tersarung selipar je,
Sampai ofis hilmy cakap "hasiefah takpa rehat dulu. biar depa buat kerja"
Ya Allah, Kau kurniakan aku kawan dan senior yang sangat memahami.

Lepastu duduk buat kerja, dah siap buka fon,
dapat mesej daripada maham hayati from CFS,
yang buat sipah sangat happy to the moon and back.
Allah, i cant describe,

Yesterday You grant me times to spend with my beloved family,
I got to return UIA earlier as to commit to my works,
and today You give me these,
I LOVE YOU SO
Muhafazah a'la rabithah :)

Happy pills, family

Baru je siap design poster untuk next event. Kerja yang tertangguh sebab asyik dengan cutinya.
I found my new love, editing, Photoshop.

Wallahi, hari ni dan semalam Allah pinjamkan kebahagian dekat sipah, dapat bercuti dengan family.

Walaupun sepatutnya 5 hari cuti dan plan balik johor tapi, Allah rancang lain, bila mana cuti sipah dipinang oleh kerja kerja dekat ofis dan juga yeah, edit mengedit tu.

Dapat jalan jalan melaka dengan kl sekejap tapi bahagia dia tak terucap. Masa dengan keluarga kan, mestilah berharga. Melaka dah jadi rumah kedua sipah sejak kakgee pindah sana 💕 mak abah pulak outstation dekat langkawi.

Jalan bandar melaka malam malam sampai kena halau sebab shopping dekat jonker walk sampai semua dah tutup lampu. Lepastu siang tadi pergi pusat sains negara. Masuk Survive the Bunker dengan akak palapes kita, kunakun. Mula2 keeper dia brief sipah dah cuak nak masuk, sebab dia cakap pasal ada 12 halangan fobia dekat dalam but all just fake ones, so Alhamdulillah im clean, takda phobia apa2 cuma,,, fobia sikitlah dengan hidup single jk.

First time kakgee dan kuna jejak uia dan sudah tentu sipah excited bawa mereka keliling uia, saja je seronok kan bila orang datang tempat kita. Bahagia 💕

Itu je, sekian laporan daripada diari kebahagian saya. Saya bahagia💕 awak jangan risau.

Thursday, 6 September 2018

Getback #kamipilihsetia

REPOST 30/8/2018
Preparation masuk sem baru,
Ruang tamu Bandar Mas.

Prudential does blogging

Saya terus terusan menjadikan saya sepeti nama saya, hasiefah. Yang bermaksud prudent. Sharp mind, showing careful good judgement. Thats why saya sangat suka bercakap tentang fikrah.

Tapi saya takkuat untuk sebarkan fikrah saya.
Jadi saya cari platform penulisan blog.
Semakin lama saya mencari jawapan kenapa saya nak berblog, semakin dekat saya dengan jawapan,
Sebab saya suka befikrah. 💕

Muslimah Pelemah

Cakap pasal topik 'lelaki untuk perempuan' apa paling sipah takut?
Sipah paling takut bila tanpa sedar,
Kita jadi pelemah perjuangan lelaki.
Paling takut bila kita jadi fitnah, jadi ujian untuk lelaki.
Sedangkan kita penguat.
Hakikatnya kita menguatkan agama mereka.

Sayap? Ye.
Sayap kiri, melengkapkan sayap kanan.
Agama dapat 'terbang' dengan stabil.
Ulang kali sipah sematkan ni dalam fikrah,
Untuk ingatkan diri.

Susah ke kita nak jaga diri kita ekslusif untuk yang halal?
Susah ke wahai wanita?
Iya, susah. Saya mengaku. Bukan mudah.
Payah dia tu sampaikan kita boleh menangis bila nak buat keputusan "nak upload tak ni story aku, gambar aku, nak pakai ke tak ni mekap, nak pakai tak ni perfume".

Sebab susahnya kita nak lawan semua yang kita tempted nak buat tu.
Jadi apa benda yang boleh tolong kita untuk lawan semua ni?
MALU.

Bila mana kita develop rasa malu dalam diri kita dan berpendirian seperti seorang muslimah yang sepatutnya, kita akan mampu lawan. Susah ke nak develop? Iya susah.

KENAPA SEMUA SUSAH?!
SEBAB INI LAH NAMANYA MUJAHADAH.

Saya mengaku benda ni susah. Kita pun bila fikir, rasa tak mampu buat, tak kuat untuk mujahadah. Tapi bilamana kita set ini lillah, untuk Allah, sebab agama Allah.. percayalah.
Allah akan permudahkan.

Allah akan pegang hati kita, pinjamkan kekuatan dari sisinya, dengan hamparkan perasaan "takpalah aku tak buat semua tu. Tak da apa pun. Dunia je." "Takpalah buat apa aku nak tunjuk orang muka aku." "Aku bukan untuk ajnabi umum."

Allah hantarkan perasaan perasaan sebegini,
Perasaan yang difahamkan sebagai "PERASAAN FAHAM ATAS APA YANG KITA NAK: TAQWA"

Maka anak anak, apa pun perubahan kita nak buat kita niat lillah bukan kerana orang. Sebab bila mana kita rasa susah nak berubah, Allah yang pegang hati kita akan memotivasikan diri kita "YES I CAN". BETUL TAK? segala motivasi yang datang dalam diri kita selama kita hidup adalah daripada Allah, makhluk hanya wasilah.

INI PENTING!!!!
sipah tak maksudkan adalah salah bila kita upload gambar, pakai mekap perfume etc. Saya harmoni, dan SAYA LANGSUNG TAK BERMAKSUD BEGITU. Point saya ialah, bila mana kita gunakan diri kita untuk menjadi fitnah kepada lelaki atau kata direct nya ialah memikat/menggoda/menarik perhatian ajnabi lelaki. Bila mana kita upload, mekap dengan tujuan menarik lelaki. Faham? Ini penting untuk difahami essence sebenar dalam penulisan, disclaimer kepada semua yang berfikir "HABIS TU KAU NAK CAKAP AKU YANG UPLOAD GAMBAR NI SALAH LAH?" Lillahi saya tak maksudkan begitu 😊 saya dah tekan kan awal awal, penulisan saya ialah fikrah hikmah dari saya, bukan semuanya betul. Saya sebarkan pendirian dan fikrah untuk manfaat.

Salam sayang! 💖💐

Taujihats cuti sem

Cuti semester sipah 3 bulan.
Dan rasanya sangat membahagiakan bila mana dapat bercinta balik dengan cinta hati yang lama,
LEGACY OF LICENTIATE 1115.

Bermula daripada ramadan, kami iktikaf bersama dekat masjid shas UIA gombak, raya syawal kami baraan keliling johor, lepastu sipah pergi majlis sambutan raya sekolah dekat mersing, ditambah dengan program alumni The Incredible Me, pantai, air terjun.
HOW CAN I DESC?
😭😭😭

4 TAHUN.
Berpisah.
Bila jumpa balik rasa taknak lepas.
Rindu nya anak anak saya ni 😭
Dan paling tak sangka, semua dah 20 tahun.
Dah besar. Dulu 13 tahun je semua.

Sejak cuti sem ni makin banyak kami share cerita pasal kehidupan baru kami semua. Dan paling banyak sipah terima luahan adalah berkenaan masalah hati, relationship, cinta. Iya, sebab tu saya emphasize tadi, mereka dah membesar, dan kematangan dan keremajaan kebeliaan terserlah daripada segala luahan.

Paling boom bila mana bukan sorang dua, tapi lebih yang kongsikan pasal rancangan perkahwinan. Nak kahwin dah kawan kawan aku 😭😭 im happy but.... Sebak 💔

Jadi saya mengaku, taujihat yang paling banyak saya dapat dan saya beri masa cuti sem ialah berkenaan PERKHAWINAN, BAITUL MUSLIM, REPLATIONSHIP, IKHTILAT, BETTER MUSLIMAH. semua ni berkait. Jadi sipah plan nak drop all the beneficial taujihats here to let you know, understand, practice, and feel the 🌊, lillahi.

Mungkin lepas ni post sipah banyak tentang perkara perkara yang anda rasa "wehh kenapa sipah ni asyik asyik topik related ni!" Maaf in advance, but i just want to. Benda bermanfaat. Sipah bagi taujihat, bukan maksiat 😊

Tuesday, 4 September 2018

Fikrah Captioning

Fikrah Captioning

Term ni sipah yang established sendiri. Sebab tujuan blog ni adalah menulis fikrah dan journey sipah. Tak berapa ilmiah tapi sipah sehabis baik kasi penuh hikmah.

Fikrah : sebab essence dalam blog ni ialah penulisan penulisan picisan saya, berdasarkan fikrah, pendirian pengalaman dan sirah hidup saya.

Caption: sebab saya caption kan fikrah saya dalam blog yang tak ramai tengok ni, tak ramai tahu. Tak selesa nak caption kan dekat akaun sosial lain sebab penulisan sayan agak bersifat personal. Yang penting, nak share juga. Jadi inilah platform nya 🌈

KENAPA?
30.3 1998 telah lahir seorang wanita yang suka menulis dan sayangkan pengalaman serta hargai pendirian dan dirinya. 💕 Sipah bersyukur sebab setakat sipah hidup sekarang, sipah to the fullest hargai diri sendiri, sebab tu sipah carikkan platform untuk ekspresi minat diri, dalam bidang penulisan fikrah 💕 senang cerita, saya suka berdiari.

Ada faham?
Ok terima kasih.
Saja nak buat clear.

Reject dengan berhikmah

Alhamdulillah hari kedua hidup baru sipah.
Dan sekarang stop dekat edu foyer sebab nak buat karangan reject.
Apa benda itu?
😂

Tak perlu cerita banyak tapi kalini sementara situasi sipah sekarang adalah ini, sipah rasa macam nak share something bermanfaat untuk semua apply, from my fikrah dan juga rujukan beberapa orang arif; tips reject orang yang ikhlas dengan cara paling berhikmah. Applicable hanya untuk situasi di mana lelaki confess dengan ikhlas, bukan ajak bercinta, tapi ajak berkahwin. Faham tak, maksudnya, kalau confession miang miang gelenyar lagho tu, tip daripada sipah satu je, jangan layan dan block! Ini jenis yang for the future.

Tips reject orang dengan cara baik (applicable only untuk yang ikhlas, kalau yang gatal tu sila block dan jaga maruah anda) :

1. Thank you
Kenapa terima kasih? Eh helo ada juga orang yang nak anda so berterima kasih boleh tak hahahaha. Untuk terima kasih ni pada pandangan sipah jelah, we need to. Kalau rasa macam "kenapa pulak nak reject tapi nak tenang tenang bagai". (Habistu taknak tenang ke? Takkan nak reject orang pun nak emo? Memang patut lah hang reject, dia deserve better bukan perempuan emo)

2. Sorry.. (With reason)
Kita kena kasi dia jelas dengan sebab kenapa kita reject. Kalau rasa macam sebab realiti dia direject adalah terlalu harsh untuk diperkatakan, then we always have another option of choosing the best word. Untuk main dengan kata kata tips dia kena buat post lain pulak. Acah. Antara sebab common kenapa nak reject:

-belum bersedia
-nak fokus belajar
-dah ada orang lain, dah ada yang menunggu, dah tunang, dah kahwin
-saya akan mati dalam masa terdekat

3. Doakan kebahagian dia
Dalam karangan panjang nak reject tu mohon selitkan doa dengan ikhlas, doakan dia.

"semoga enta dikurniakan pasangan jodoh yang jauh lebih baik dan sentiasa diberkati Allah."

"Semoga usaha enta memenuhi sebahagian daripada agama ini diberkati Allah"

"Semoga lamaran enta ini memberi keberkatan dalam hidup."

4. Cukup cakap 4 benda ni. jangan berlebihan karangan reject orang nanti tersisa harapan.

Selamat reject penuh hikmah!

Fikrah Wayang

Kelas cancel berturut turut memang adat minggu pertama jadi marilah kita mengisinya dengan menghidupkan apa yang hampir mati, contohnya blog ini. 💐

Ive been thinking to start actively writing down my journey in this blog. Sebenarnya sipah bukanlah jenis orang yang suka meluahkan dekat orang publicly macam ni. Tapi takpa excuse nya sebab, blog ni tak ramai tengok. Hanya yang berminat dan care yang akan tengok, akan search, akan gigih baca penulisan sipah. Kan? Jadi, sipah kembali berblog untuk diri sendiri dan untuk orang orang yang caring seperti anda. 😂 Acah.

Tadi lepas dapat tahu kelas cancel, laju je ustazah ustazah ni ajak sewa kereta tengok munafik 2. 😂 Sipah dah lama tak layan wayang dan rasanya taknak dah layan. Dulu masa form 3 ke form 2, nak tengok wayang dengan syawana, annur, asilah, piqa, leha then abah pun drive bawa kami pergi bandar kota. Sampai tu, singgah masjid dulu solat. Lepas solat, unexpectedly abah ajak kami duduk berkumpul ramai ramai dekat tepi masjid dan..... Iya. Kami ditasykil 😂

Hujah abah panjang, yang membawa kepada maksud abah tak izinkan pergi tengok wayang. Yes sipah ingat lagi muka muka sahabat yang tertunduk dan taat dengar abah cakap. Yang paling sipah ingat "Abah bukan nak kontrol tak bagi pergi, tapi kalau nak pergi pastikan abah tak tahu." Ayat tu rasanya boleh kot difahamkan sebagai abah tak suka, abah tak bagi, tapi abah tak nak kongkong sangat.

Dan lepas peristiwa tu, itulah apa yang sipah ingat setiap kali ada ajakan ajakan ke cinema. Tapi jangan risau, fikrah saya harmoni. Saya masih berpegang pada prinsip hidup "Jangan tengok wayang selagi mana kawan kawan yang ajak tu tak nampak sangat menuntut dan memerlukan kita untuk teman dia." Maksudnya, better dia ajak kita daripada dia pergi dengan entah siapa siapa, lagipun bukanlah direct HARAM, ini berkaitan prinsip hidup dan itu prinsip sipah. Sebab tu masa cfs, roomate ajak pergi tengok dekat midvalley dan dia buat ayat menuntut sangat sangat 😂 maka kita raikan.

Setiap orang lain kan, fikrah kita berbeza. Ada yang tegas prinsip dia tak akan masuk wayang, ada yang suka pergi tengok wayang, ada yang takkisah, SEMUA INI TAK SALAH. Benda haram jelas, benda halal jelas, asalkan fikrah kita atas landasan, jangan sebab wayang hak hak Allah kita tinggalkan, jangan keluar dengan ajnabi, jangan tengok cerita mengarut. Benda benda yang Islam larang kita dah jelas, kita je pilih, tempted to do in dunya or 'never mind ill try that in jannah'.

Manusia ni untuk hidup dengan fikrah variasi, set this in mind,
fikrah kita bukan terbaik tapi kita rasa ini yang tebaik untuk kita dengan maksud, PILIHLAH FIKRAH YANG TERBAIK 💕

Sunday, 2 September 2018

Hasiefah is just enough

Because recently ive turned into someone else, not the real me. Im sick of this.

Everything goes wrong.
I know that i dont deserve the character that always tell and show ppl how am i doing, what am i doing, where am i.
Please know that hasiefah.
Stop pushing yourself to be someone else.
Be yourself. Keep your head high, they dont deserve to know your situation if and only if you dont want them to know.
Okay? Relax.
Dont overthink over something doesn't relate to kindness. Think as you're always think before.
Be hasiefah! Not others!!!
Stop doing stupid strange things! You're belong to hasiefah not anyone else. 👏

Being hasiefah is just enough
And it's the finest thing.
UPHOLD YOUR IDENTITIES,
BE A PROUD HASIEFAH,
BE THE BEST VERSION OF HASIEFAH!

Hikmah throwback to the moon and back

Disebabkan sampai TBS awal, dan nak tunggu subuh lama lagi, kita buka lembaran sem baru dengan bersihkan balik sawang sawang dalam blog ni ok? Rasa macam nak hidupkan balik, sebab rindu dengan passion scim ni, FIKRAH CAPTIONING 💕

Sejujurnya rasa semangat untuk mula semester baru ni, semangat baru. Sepanjang cuti sem ni, antara perkara yang paling scim habiskan masa untuknya ialah, throwback, to the moon and back.

Dan tentulah throwback zaman zaman sekolah, masa fikrah sipi sipi matang, fikrah masih nak berkembang 😂 sejujurnya ada benda yang malu dan rasa taknak ingat tapi orang cakap jangan padam salah masa lampau, tapi belajar daripadanya, sebab masa lampau adalah cikgu kita. Yes, approved.

Dan tentunya dulu kita rasa susah atas sesuatu perkara. Hikmahnya sekarang, kesusahan tu dah ada di belakang kita, dan kita dah pun berjaya tempuhnya. Allah luluskan kita 💕 indah, dah banyak wasilah Allah hamparkan untuk ajar kita, yang Dia akan ada untuk kita, mudahkan urusan kita, dan segala yang termaktub untuk kita, akan jadi milik kita.

Jadi untuk mula sem baru ni, .... Ok jap nanti sambung. Ada geng ajak berbual

Tuesday, 22 May 2018

mak abah my everything

How do the world expect me to keep myself shut not worrying all of these ?
I have been a burden to my parents since I went into this world.
Yet still I deserve to feel angry and disappointed at my parents?
Wallahi it will be the most despicable thing to do.

They sacrifice too much
They hurt too much
They give too much
I demand too much
I expect too much
I want too much

Im terrible terrific troublesome child

I promise
Youll never be forgotten in every prayers of mine
I will lead you to the most beautiful reward.

Saturday, 14 April 2018

IIUM i love oyu

Just now I watched repeatedly the video of  CFS Taaruf Week .
I appreciate that how beautiful Allah set my journey till this day, to become a part of IIUM.
Ya Allah im crying how happy i am to be admitted here.

I want to make new records of myself,
Reading books in library,
Productive in being positive,
Participate in all good events,
Making friends,
Mingling with all international friends,
Taking whats good
Leaving bad.

Iam excited to be a product of IIUM
i really am i swear.

Wednesday, 21 February 2018

Tadabbur untuk rasa dekat

Masa di CFS, takkan lepas peluang bila Ustaz Syahmi datang. Bait bait kata beliau dalam mentadabbur ayat ayat Allah memang menyentuh dan rasa sangat hampir dengan Alquran. Dan memang itu yang berlaku jika kita amati dan tadabbur tafakkur tentang kalam Allah, akan rasa qorib jiddan. Terbaca viral message tentang Ustaz Nouman Ali Khan tadabbur surah Taha, kisah Nabi Musa menghadap Firaun. Nah ana share. 

:______:
Yesterday, our lecturer asked us about the verses from Surah Taha,25-28.

She asked us to translate the verses during the next class. I watched a video from Nouman Ali Khan about that verses, and I think the lessons from those verses are so great that I can't hold myself from sharing it with all of you. 

First of all, the background about the story of Musa. Musa was wanted in Egypt for murder. He was given the impossible mission to stand face to face with Firaun, who wanted him for murder. Firaun is the leader of the strongest nation during that time, and Musa was asked to perform an impossible mission by telling Firaun that he is not God, despite the fact that the whole of Egypt is worshipping him. 

Some might think that it is best for Musa to ask Allah for some miracle to happen, maybe some army to bring Musa pass through Egypt without being caught or killed by Firaun and his soldiers. But miraculously, the first thing that Musa asked from Allah is for Allah to expand his chest with assurance. 

(قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي)
*[Moses] said, "My Lord, expand for me my breast [with assurance]*

What does that mean? When someone has the peace in their heart, they will not be bothered with what their enemy has. Despite the fact that their enemy has a greater military or political power than them, they will be in a calm state, not depressed and not sad, not worried, not nervous, not negative, not pessimistic, and not hopeless with what they are facing. When someone has that kind of peace inside their heart, when you meet with them, you will become calm, positive and happy too. 

Musa didn't complain about the mission that Allah ask him to do. He only asks that Allah open his chest for him. He believed that Allah will not abandon him while he is doing the task that Allah gave him. He believed in the unseen thing. He believed that the help from Allah will come regardless how impossible that mission seems. 

(وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي)
*And ease for me my task*

The second thing that Musa asked was for Allah to ease his task for him. He admitted that the mission was hard, and he admitted despite how hard and impossible a mission looks like, Allah still have power over it and Allah could guide him and make the task easier for him. 

(وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي)
*And untie the knot from my tongue*

The third thing that Musa did was admitting his own weaknesses. Musa was known as a prophet who can't speak clearly. He admitted that he is not perfect. The message of Allah is perfect, but Musa is not perfect. Allah words are perfect, but the way Musa deliver it is not perfect. 

He acknowledged that his dakwah is not perfect, and he asked Allah to cover his mistake. He asked for Allah to untie the knot from his tongue. He needs to face an influential leader of his time but he has a major weakness, he can't speak clearly while his enemy is a great leader who can speak very well. He admitted his own weaknesses and ask Allah to help him with it. 

(يَفْقَهُوا قَوْلِي)
*That they may understand my speech.*

The last thing that he asks is the people of Egypt would understand his words. So they would understand what he says. It should be noted that Musa is carrying God's messages, God's words, but why whole he ask so that the people would understand his words, not Allah's words? Because despite the fact that Allah's words are perfect, the way Musa deliver it is not perfect. He is the one who needs to explain it. He needs to explain it in the way that people could understand. He needs to know the level of knowledge and understanding that his audience has. He needs to deliver the message in an easy way to his audience and not vice versa. 

How does this dua relate to us, as students, as future lawyers? 

Firstly, whatever task, assignments or cases that were given to us, do not complain about it. Ask Allah to open up your heart for you. Be positive, be calm, and be the source of positivity and calmness to others. Do not be bothered with what your friends might think about your presentations, what your friend might think about what you say, what the other party would use against your arguments. Ask for calmness and peace from Allah, and be calm. 

Second, if you think what you are facing is hard, ask Allah to ease it for you. No matter how hard that thing seems, Allah surely is more powerful than that. Maybe you think your lecturer is the type that will give low marks to students, maybe you think that you can't reach the standard that your lecturer or the judges are expecting, but regardless how hard what you are facing, ask Allah to ease your task. 

Third, admit your weaknesses to Allah. Don't you ever think that you have all the knowledge and strength to complete the task that was given to you. Regardless how good you are, always be humble. Especially, be humble to God. 

Fourth, despite your weaknesses, ask Allah to help you with it. Maybe you were the kind who are afraid to speak in front of others, maybe you are so nervous, maybe you stammer a lot while presenting, maybe you have a bad command of English, maybe you have so many weaknesses that it is impossible to be listed one by one, but despite that, ask Allah to cover up your weaknesses for you. 

Lastly, ask Allah to grant understanding to your audience. Maybe what you are saying is the right thing, but the judges or lecturers understand it in a different way. The way you say what you want to say is important, but people still could understand it the wrong way. Because you can only say what you want, but only Allah could grant understanding to people. Therefore, ask Allah to help your audiences understand what you are saying. 

Maybe after this, every time we recite the dua robbish rohli sodri, we have a deeper understanding about the meaning in shaa Allah. 

Saturday, 3 February 2018

Akak masuk degree!

Beyond blessed and honoured
Alhamdulillah finally admitted into UIA main campus Gombak,
its been almost a week here and frankly speaking,
I LOVE UIA and look forward to be one the products of iium.
i bet everyone of you feels the same towards our respective university.
well done guys keep that hearts full of gratitude and positivity.
they will lift you.

currently Im doing TASL here, teaching arabic as second language. This is what ive been pursuing for since 7 years ago walhamdulillah He answered my prayer. i have my vision mission goal of my own to be achieved so, small things such others' rubbish talks that downgrade my course wont be able to change and affect my big dream here. 

The islamic biah here really steals my heart.
everybody is siblings, everyone here is our brothers sisters.
ages are not recognized here. all, local and foreigners, students and lecturers, staffs and cleaners.
of course, we speak different langs but we can still understand salam alaikum.
Give saalam to another unknown sisters here is such a beautiful culture.
We dont have that 'fear' to give saalam, u know what i mean by fear.
sometimes at some places we acknowledge that giving saalam is teached by islam but we doubt to start giving it to people passed by.

But here, the fear was developed to be something attached to heart and will react automatically. and thats AKHLAK. akhlak is something that we do automatically without a lapse of time to think, "is this right?", "should i do this?". yes, biah and culture can shape akhlak but in the end it all returns back to ourselves, to take it or leave it, to do it or ignore it, to start it or wait for it. tarbiyah dzatiah. and from where this biah comes? from tarbiyah. its ridiculous if an islamic biah comes without a good tarbiyah. good tabiyah comes from ourselves, then if effects people surrounding. "melahirkan masyarakat yang baik bermula daripada institusi kekeljargaan yang baik, keluaraga yang baik datang daripada individu yang baik." positivism's hierarchy. let me sketch that.


Tuesday, 30 January 2018

My kesayangan

Salam rakanku,
Tahniah ,lupa nak buat post panjang2.
Tahniah buat spm yang lepas.
I love you gelegis
Thanks amalkan jus soli bdk2 sum,
Akhirnya gelegis satu dorm hahaha
Hahahahahaha.
Dan thanks , scim belajo banyak benda,
U guys berganda ganda lebih baik lebih alim
Lebih hebat drpd scim.
Glad to know u guys.
Alhamdulillah,
Syukur gila.
Dan, hmmmm.
In jobless mode,
I can feel that futur surrounds me.
Tolonglah nak nangis.
Doakan scimey bebeh.
Seriesli AKU HAMPIR MENYIMPANGGGGG.
Scimey ganas mintak maaf.
Yang pernah terokai keganasan scimey,
Minta maaf.
Yang pernanh terokai kepelikan scimey,
Hmmmm senanya tu perangai sebenar.
Huh maluuuuu.
Senanya ni ucapan utk sum tapi gelegis semua ialah sum kan,
So termasuk lah cuma utk gelegis panjang sikit.
Harap sudi lah baca.
Even gelegis takda yang naik pentas masa tu, im proud enough to have time snapping pictures with u guys atas pentas hahahaha.
Wehhhhg mana gambar kita atas pentas hahhhhh????
Gelegis ni bagi scim satuuuu benda tah ,
Anugerah gila kot,
Dari form1 hiho.
Dan tahniah untuk hanis yang naik pentas,
Hihi sedih.
Series ah pejam celik korang yang scim kenal form1 dulu dah nak masuk u, masuk ipt.
Mashaallah aturan allah.
Tahniah korang membesae jadi insan yang hebat.
Segala puji bagi Allah.
Asilah , thanks to be there willing to hear all my storiesss gila appreciate. Selalu kasik aku pinjam itu ini hahahaha semua benda aku bukak loker kau aku nak pinjam. Kau banyak tolong aku bebeh.
Leha, thanks for all positiveness u spreaded to me gila terharu. Leha laa yang menghentikan segala pergaduhan scimey dgn bdk tu hahahaha. And happy enough parents kita dah kenal2.
Annur, i respect u for being too tabah gila and tak tahu kenapa annur selalu cite masalah dkt scim even scim dok dengar je tanpa kasik respon hihi. Terharu.
Piqa, . Terima kasih sudi gaduh dengan aku. Sori selalu buat2 hantu dekat kau, akhirnya aku dapat singgah rumah kau dan mak kita kenal antara satu sama lain thanks beb. Thanks pika terutama gaduh2 tu lah banyak kali gaduh. Merdeki kau lagi .
Nak tahu tak macam mana kita nak uji kematangan kita?
Bila kita belajar banyak benda
Dan bila kita banyak pengalaman.
Even perangai pika dengan scimey, dan annur *sikit lah* macam budak2, *asilah dgn leha takyah cakap , mmg nmpak matang*.
Tapi pemikiran dan batinnya sebenar kita matang.
Saje nak tunjuk gila2 pada zahir kan? Hihi.
Tapi pika . scim masih ragu2 dengan kematangan pemikiran kau hahahahahaah gurau k.
K, bai,
Your hakak payung naung sayap.
Scim 

Just for You


Congratulation on your admission, you've come this far so, break a leg! 
thanks weh still ingat sipah.

appreciate ~ rasa terharu. 



Sunday, 21 January 2018