Wednesday, 4 September 2024

Detik Kewafatan Rasulullah ﷺ

Ringkasan sirah ini dikongsikan untuk kita kembali mengingati detik kewafatan insan yang paling agung. Juga bersempena dengan masuknya kita ke dalam bulan Rabi’ul Awal yang mulia ini, bulan di mana lahir serta wafatnya junjungan mulia Sayyiduna Musthofa Rasulullah.

Rujukan adalah berdasarkan daripada kitab Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah Jilid Ke-3 yang ditulis oleh Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang hafidzhahullah.

TANDA-TANDA KEWAFATAN
(Isnin, 29 Safar)

-Kepala Rasulullah terasa sakit dan demam panas selepas pulang dari perkuburan Baqi’
-Rasulullah memilih untuk menetap di rumah Sayyidatuna Aisyah
-Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq dilantik oleh Rasulullah untuk menjadi imam solat Jemaah

5 HARI SEBELUM WAFAT
(Rabu, 7 Rabi’ul Awal 11H)

-Kepanasan jasad Rasulullah meningkat tinggi, sehingga baginda pitam
-Nabi meminta untuk disiram ke atas jasadnya 7 kali dengan air daripada beberapa telaga
-Nabi keluar ke masjid dalam keadaan kepala berbalut

4 HARI SEBELUM WAFAT
(Khamis, 8 Rabi’ul Awal 11H)

-Keadaan nabi bertambah tenat. Nabi bersolat juga di masjid sehingga solat Maghrib dengan membaca Surah Al-Mursalat
-Baginda pitam beberapa kali apabila tiba waktu Isyak
-Akhirnya, baginda memerintah Abu Bakar As-Siddiq menjadi imam solat Isyak.

3 HARI SEBELUM WAFAT
(Jumaat, 9 Rabi’ul Awal 11H)

2 HARI SEBELUM WAFAT
(Sabtu, 10 Rabi’ul Awal 11H)

-Sakit nabi terasa agak ringan
-Rasulullah keluar ke masjid di waktu Zohor dengan dipapah 2 orang sahabat
-Abu Bakar As-Siddiq mengikuti solat Rasulullah sambil menyaringkan takbir untuk orang ramai

1 HARI SEBELUM WAFAT
(Ahad, 11 Rabi’ul Awal 11H)

-Rasulullah memerdekakan semua hamba-hamba yang menjadi miliknya
-Baginda bersedekah sebanyak 7 dinar yang nabi ada
-Baginda memberi hadiah senjatanya kepada kaum muslimin, kecuali perisai yang masih tergadai kepada seorang Yahudi

HARI KEWAFATAN NABI
(Isnin, 12 Rabi’ul Awal 11H)

-SUBUH: Rasulullah menyingkap tirai pintu dan memandang ke arah para sahabat yang sedang membetulkan saf solat Subuh, sambal terseyum lebar.

-DHUHA: Puteri nabi, Sayyidatuna Fatimah menangis kesedihan
-Rasulullah mencium dua cucu kesayangannya, Hasan dan Husain. Rasulullah mengadu kepada Aisyah yang dia merasa sakit akibat racun di Khaibar
-Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di pangkuannya

-SELEPAS GELINCIR MATAHARI: Nabi bersugi dengan kayu sugi yang digigit dan dilembutkan oleh Aishah.
-Kemudian nabi mengangkat tangan dan mengisyaratkan jarinya.
-Kalimah terakhir diulang sebanyak 3 kali, dan tangan nabi yang diangkat akhirnya jatuh longlai menandakan kewafatan Rasulullah.
-Rasulullah wafat dengan usia 63 tahun 4 hari.
-Abu Bakar As-Siddiq dilantik sebagai khalifah. Ini merupakan ijmak yang pertama dalam Islam.

SEHARI SELEPAS WAFAT

-Subuh pertama tanpa Rasulullah yang tersayang
-Sayyiduna Bilal b. Rabbah menangis sewaktu melaungkan azan subuh. Semua sahabat turut menangis.
-Pagi Selasa: jenazah Rasulullah dimandikan dan dikapankan
-Sahabat bergilir-gilir seramai 10 orang untuk solat jenazah

2 HARI SELEPAS WAFAT

-Rabu malam Khamis: Rasulullah dikebumikan oleh Sayyiduna Anas b. Malik

(Ringkasan ini selesai ditulis pada 16 Zulhijjah 1439/ 28 Ogos 2018 dan selesai disemak kembali pada 1 Rabi’ul Awal 1440/ 8 November 2018.)

Wallahua’lam

-Rasyid Al-Kinti

Batu Gajah,
1 Rabi’ul Awal 1440/
8 November 2018

https://t.me/RasyidAlKinti