Thursday, 6 September 2018

Muslimah Pelemah

Cakap pasal topik 'lelaki untuk perempuan' apa paling sipah takut?
Sipah paling takut bila tanpa sedar,
Kita jadi pelemah perjuangan lelaki.
Paling takut bila kita jadi fitnah, jadi ujian untuk lelaki.
Sedangkan kita penguat.
Hakikatnya kita menguatkan agama mereka.

Sayap? Ye.
Sayap kiri, melengkapkan sayap kanan.
Agama dapat 'terbang' dengan stabil.
Ulang kali sipah sematkan ni dalam fikrah,
Untuk ingatkan diri.

Susah ke kita nak jaga diri kita ekslusif untuk yang halal?
Susah ke wahai wanita?
Iya, susah. Saya mengaku. Bukan mudah.
Payah dia tu sampaikan kita boleh menangis bila nak buat keputusan "nak upload tak ni story aku, gambar aku, nak pakai ke tak ni mekap, nak pakai tak ni perfume".

Sebab susahnya kita nak lawan semua yang kita tempted nak buat tu.
Jadi apa benda yang boleh tolong kita untuk lawan semua ni?
MALU.

Bila mana kita develop rasa malu dalam diri kita dan berpendirian seperti seorang muslimah yang sepatutnya, kita akan mampu lawan. Susah ke nak develop? Iya susah.

KENAPA SEMUA SUSAH?!
SEBAB INI LAH NAMANYA MUJAHADAH.

Saya mengaku benda ni susah. Kita pun bila fikir, rasa tak mampu buat, tak kuat untuk mujahadah. Tapi bilamana kita set ini lillah, untuk Allah, sebab agama Allah.. percayalah.
Allah akan permudahkan.

Allah akan pegang hati kita, pinjamkan kekuatan dari sisinya, dengan hamparkan perasaan "takpalah aku tak buat semua tu. Tak da apa pun. Dunia je." "Takpalah buat apa aku nak tunjuk orang muka aku." "Aku bukan untuk ajnabi umum."

Allah hantarkan perasaan perasaan sebegini,
Perasaan yang difahamkan sebagai "PERASAAN FAHAM ATAS APA YANG KITA NAK: TAQWA"

Maka anak anak, apa pun perubahan kita nak buat kita niat lillah bukan kerana orang. Sebab bila mana kita rasa susah nak berubah, Allah yang pegang hati kita akan memotivasikan diri kita "YES I CAN". BETUL TAK? segala motivasi yang datang dalam diri kita selama kita hidup adalah daripada Allah, makhluk hanya wasilah.

INI PENTING!!!!
sipah tak maksudkan adalah salah bila kita upload gambar, pakai mekap perfume etc. Saya harmoni, dan SAYA LANGSUNG TAK BERMAKSUD BEGITU. Point saya ialah, bila mana kita gunakan diri kita untuk menjadi fitnah kepada lelaki atau kata direct nya ialah memikat/menggoda/menarik perhatian ajnabi lelaki. Bila mana kita upload, mekap dengan tujuan menarik lelaki. Faham? Ini penting untuk difahami essence sebenar dalam penulisan, disclaimer kepada semua yang berfikir "HABIS TU KAU NAK CAKAP AKU YANG UPLOAD GAMBAR NI SALAH LAH?" Lillahi saya tak maksudkan begitu 😊 saya dah tekan kan awal awal, penulisan saya ialah fikrah hikmah dari saya, bukan semuanya betul. Saya sebarkan pendirian dan fikrah untuk manfaat.

Salam sayang! 💖💐