Wednesday, 23 January 2019

Perempuan Berkalungkan Kecewa

Manusia berharap.
Lepastu kecewa.
Itu biasa.
Saat kecewa itu, pilihan terletak pada kita.
Nak terus melayankan kekecewaan,
Nak teruskan berdrama atau nak teruskan hidup.

Kadang kadang wanita terlalu banyak bermain main dengan masalah yang tak wujud (imaginsry problems)

Kita patah hati broken segalanya,
Padahal sebenarnya kita boleh sangat sangat kalau nak bangkit dan teruskan belajar menjadi wanita yang pandai bahagia.

Wanita yang pandai berbahagia adalah wanita yang mampu selesaikan masalah masalah dia.
Wanita terkenal dengan memposisikan emosi lebih tinggi daripada rasional. Hmm sebagai wanita, saya berpendapat bahawa kenyataan masyhur ini kurang tepat.

Tapi iya, sensitif wanita yang lebih tinggi daripada lelaki ini, Allah kurniakan sebab wanita lah yang mengandungkan, menyusukan dan mendidik anak anak, yang mana semua tugasan mulia ini memerlukan sensitiviti.

Persoalan terakhir,
Kenapa kita perlu kecewa.
Bincangkan.

-auliyasiefa💌

Thursday, 17 January 2019

Sebenarnya bukan sombong

Muslimah jaga malumu.
Jangan beremosi bila lelaki tidak melayan.
Sebenarnya mereka bukan sombong,
Mereka sedang menjaga untuk tidak mengekuarkan kata kata mesra,
Kerana mereka faham itu akan berbuah dosa.
Sebenarnya mereka ingin berbalas panjang,
Sabar muslimah.
Jaga malumu.
Mereka mampu mengapa tidak engkau?
Tapi ketahuilah,
Mereka tak akan pernah mengabaikan orang yang mereka sayang.
Semua orang lumrah begitu.
Sabar muslimah sabar.

Wednesday, 16 January 2019

Futur lagi dan lagi

Aku ingat aku akan terus terusan kecundang.
Aku fikir aku akan terus terusan dalam dunia futur aku.
Sampaikan aku sendiri tak percaya dengan diri aku.
Boleh ke aku balik jalan dulu?
Aku takut aku tak mampu.

Tapi bila sekarang,
Allah munculkan sinar baru dalam hidup aku,
Allah pinjamkan lagi kekuatan dari sisiNya untuk aku terus dalam jalan mujahadah,
Aku mampu pujuk hati.
Aku sendiri kagum dengan hati aku.
Hati,
Kau kuat sebenarnya.
Aku sendiri tak pernah sangka kau kuat.
Kau boleh, wahai hati.
Hati, kau kuat.
Teruskan pegang prinsip kau utuh utuh. Kau ada Allah untuk bantu kau atas jalan ini.
Allah tu, dekat, lebih daripada urat leher .

Bungkam

Mula mula aku fikir untuk biarkan aku macam ni,
Sorokkan segalanya drpd dunia,
Sorokkan segalanya dengan rasa ikhlas,
Takpa orang tak tahu,
Mereka tak perlu tahu,
Aku boleh pendam.....

Lama lama aku pendam ni dalam diri,
Aku jadi lemah.
Mungkin akan jadi kuat.
Lemah setelah kuat.

Tapi bila terlalu lama aku biarkan,
Seolah2 ini akan menjadikan aku kuat, sebenarnya aku silap.
Aku tak boleh biarkan dia bertapak.
Aku kena defen diri aku daripada rosakkan diri aku,
Masa depan aku, potensi aku.
Aku kena halang untuk rasa ni mengembang.
Kalau nak berkembang pun, biarlah drpd lemah menajdikan aku kuat.

Sebab itu yang aku nak sekarang,
KEKUATAN.
Aku sedih dengan diri aku sekarang,
Aku betul2 nampak macam orang lemah.
💔💔💔