Tuesday, 10 November 2015

Barak tak buat kerja

haritu ada sesi bermaafan lelaki perempuan lol.
sis pon beranikan diri mengadap ketua batch,
taufiq almubarak.

sis: barak aku mintak maaf.
dia: aku pun sama . aku banyak tak buat kerja.
sis: aku pon banyak tak buat kerja.
dia: eh manado. kerja aku semua kau buat.
sis: eh series . aku tak buat kerja.
dia: aku lah yang tak buat kerja.

suasana hening dan agak cliché.
ini sesuatu yang menyeramkan.

sis: habis siapa yang buat kerja kita selama ni?

kepada barak,
Sis minta maaf sebab tak buat kerja *sebut lagi benda tu*.
dan sis terimakasih kat kau yang dua tahun telah
berganding bahu untuk lol.
biar kita takda makna untuk lol.
asalkan lol ada makna untuk kita.

Palazo mawar

sis ada palazo.
sis bagi hapis pinjam masa pertandingan drama batch.
hapis berlakon jadi watak mawar.
kecoh! sebab menang . kehkeh.
tak kait.

lepas tu sis pakai kat asrama.
"eh, macam kenal jee palazo ni."
"ni bukan hapis punya ke?"

masa cuti sis hantar gambar sis dekat kawan,
sis pakai palazo.
dia balas
"palazo mawar,eh?"

sampai sekarang takda sekelumit pun rasa nyesal
sebab sis kasi hapis pinjam.
sis cadang lepas habis spm nak
kasik kotak delat hapis,
berisi palazo,
yang kononnya kepunyaan dia,
beserta sticky note,
"terimakasih kasik aku pinjam."

Bini orang mak orang

sis dah tak kisah dilabel mak orang.
sebab dah lali.
shopping mall, kenduri kahwin, cikgu2 lama.

kalau jalan dengan anak anak sedara lagilah.
yaaaa ampun.
"kak, beli produk kami kak. khas untuk perempuan yang dah beranak pinak"

cuba kalau sis jalan dengan mak dengan abah je.
mungkin, orang ingat sis bini kedua.
k, tak lawak.
hahahaa.
tak lawak.

Simplysiti

simply siti.

one day, I texted qillew.
"qillew, sis sekarang guna facial wash simply siti. orang kata produk ni baguih."

she replied,
"ye ke? mahal tak? sis rasa apa lepas guna?"

"sis rasa duniawi semata mata"

Panah panah i tell you

haritu balikk deepavali .
sis dengan amyra naik bas tingtong dari bandar kota tinggi ke bandarmas.

menakutkan.
dunia luar menakutkan.
kita duduk dalam asrama iskandar rasa macam
nak tarbiyah budak2 dekat dengan allah.
pergi luar, rasa macam lemah sangat untuk tarbiyah.
sebab jadi minoriti.

tengok depan, belakang.
takda dengar bahaa melayu pon.
feel macam nak khuruj nizamuddin.
sis dah cakap.
kita ni panah panah islam.
uzlah syuu'riyah tammah. ��

c.u.d.i.p.t. (see you di IPT)

eh salah.
c.u.d.i.p.g. (see you di IPG)

nak murni lagi.
c.u.d.i.p.b. (see you di IPB)
inshaallah, azam.

Wings

kaalulah pasal wings buat sis femes,
sis nak undur masa.
kahkah geli tak baca ayat tu.
yelah.
sis pergi mana mana semua teriak.
"weh sayaaappp weh!"
"huntonglah ada sayap budak tu."
"uish kat sini ada sayap kiri."

penggambaran gambar untuk majalah sekolah.
"uolls, kita nak buat gaya apa ni untuk candid?"
"apalagi, gaya SAYAPPPP lah!!!"

haritu lalu kelas yang dirahsiakan namanya.
tetiba ada sorang malaun pi nyanyi.
"jauhnya kau terbang siapa sangka. getir yang menghalang tak besar mana,"
habis! fynn jamal pon terlibat dengan lagu dedikasi untuk sayap, Terbang Tunduk.

dekat dm, kawan sis cerita,
"mokcik! nak ayam bahagian SAYAP!!"
instead of yang biasa guna, kepak.

sampaikan logo ittihad pon bersayap bagai.

sedangkan semuanya bermula daripada satu usaha.
mereka yang belum faham, bolehlah nak dogging,
sis relakan.

asal satu hari nanti kita dapat kefahaman,
apa di sebalik yang sis hebahkan, sayap kiri dan sayap kanan.
alhamdulillah ada sebahagian budak lelaki dah dapat kefahaman, siap kasi surat dekat sis 3 ke 4 kali, minta maaf sebab dogging pasal sayap,
ada yang tulis delat whiteboard.

masa sesi bermaafan lelaki perempuan lol, semua tempat sis pergi, sentuh isu sayap.
semua minta maaf sebab dogging.
sis minta maaf sebab mulakan benda ni.
tapi sis tak hebahkan.
sis buat sebab nak bela kawan sis.
and that one yang buat kawan sis tu yang sebarkan.
sungguh sis maafkan dia kerana buat kawan sis menangis ,
dan kerana menyebarkan soal sayap kiri sehingga sis
bagaikan disisih dan dicela tiap masa.

sis maafkan awak.
sis syukur sebab awak dah faham.
sayap kiri ialah wanita,
untuk suaminya,
wanita,
yang membantu usaha dakwah,
usaha yang bukan hanya untuk lelaki.

Then lepas spm?

kalau dulu lepas spm sis berangan nak masuk dq.
tup tup trial tak lepas untuk pergi dq.
sis pandang je aliah, khalid dengan rahman.
takpa, allah tak pilih.

sis dapat result terus tak fikir apa apa.
sis tak mohon langsung, padahal bole je.
takpa, allah tak pilih.

sis buntu.
plan dq tak jadi sis cadang nak tukar angin le kedah,
main pondok pondok dekat pondok dengan leha .
nak belajar kitab.
tup tup bulan satu je buka.
sis nak fulfill bulan 12.
pasal bulan 1 ada plan lain.
takpa, allah tak pilih.

sis cadang nak jaga kakgee,
lepas beranak. jaga pantang dengan ika.
walaupun sis tahu sis takda lah jaga sangat nanti.
kahkah.
tuptup kak gee dah beranak sekarang dan pantang di bandarmas.
takpa allah tak pilih.

sis buntu.
sis fikir, boleh je tak salah sis duduk perap dalam rumah,
menanti rombongan meminang datang melangkah bendul kakak kakak sis.
boleh je.
sis boleh.
boleh belajar masak dengan mak.
almaklumlah, nak langkah bendul.
kahkah. wei, sis gurau je .
nanti kena angkat tangan dengan kakak sis kang.
mereka dah warning.

kesimpulannya, manusia langsung takda kuasa selain usaha dan merancang.
allah ada maha kuasa untuk menetukan.
subhanallah

Saturday, 13 June 2015

Acara 4 x 100 meter

tomorrow.
i cant wait for tomorrow.
seriously im missing
taman syurga.
hampir berkarat duduk rumah.
bulan sya'ban ni.
*tetiba teringat kena buat post untuk badar*

tengok berita sukan sea.
acara 4 x 100.

Tahu apa yang aku ingat?
KOT (kejohanan olahraga tahunan) tahun ni.
percaya atau tak,
aku masuk 4 x 100 m wakil rumah Medsa,

Masa tu dinner, dekat DM.
budak hoki baru masuk DM,
lepas habis training.
Dari jauh Asilah nampak aku.
*Asilah olahragwati sekolah wei*
Dengan bangganya dia senyum dekat aku dan berkata.
"Scimey, esok acara 4 x 100 m kau masuk tau, under 18."

hahaaaa. lawak Asilah. lawak.
tak! Asilah tak buat lawak! Dia serious.
Aku sampai macam nak buat buat sakit malam tu duduk sickbay,
sebab terkejut sangat dengar Asilah cakap macam tu.

Malam tu aku siap performed istikharah kot.
Tapi aku standby Nawal untuk ganti aku.
hohoooo.
keyakinan langsung takda!
Tapi dulu aku ada azam,
"form 5 nanti aku naklari lagi lah KOT."
sebab aku dulu form 1 sprinter.
lepastu idk where this weight come from,
aku dah macam dugong!
big big big

malam tu aku mimpi aku masuk lompat jauh dan dapatlah nombor.
walaupun esok aku masuk lari bukan lompat jauhhhh, aku rasa aku boleh buat!
Aku buktikan pada orang lain!
Aku gemuk tapi boleh speed. *hahahaha. lawak statement tuh*

Aku dah meroyan dekat dorm Sumayyah.
"asilah, kenapa kau tetiba pilih aku?"

"sebab aku yakin kau boleh. kau kan ganas."

"tak. sekarang apa kait ganas dengan speed?"

Asilah ketawa.
"lagipun aku nak tengok kau lari macam mana. ingat tak form 1."

"Asilah, aku form 1 40kg pun tak sampai, sekarang?!. Kau saja lah tu nak kenakan aku. Asilah ni maruah medsa! takkan kau nak medsa kalah! acara ni acara penting kot untuk rumah, atlet rumah lain semua sprinter."

"Tak scimey, aku yakin kau boleh. Kau kena percaya diri kau macam mana aku percayakan kau."

Aku senyap.
Hmmmm. harung.

Pagi tu aku pakai baju Medsa,
Semua orang tanyaaaaa,
"scimey ada acaraaaa, ke hari ni?"
memang sohih diaorang ingat aku rejam lebing ke, lontar peluru ke , lempar cakera ke.
Aku angguk dan muka sangat bersalah sebab
aku tahu diaorang tak percaya kalau aku sebut acara aku.
"Acara apa?"
"errrr. percaya atau tak, 4 x 100m."
betul!
ada yang ternganga.
ada yang ingat aku buat lawak basi.
Ada yang yakin aku boleh. *thorbaikkkk!*

Dekat perhimpunan Asilah dengan Syafa tak henti henti
bagi motivasi dekat aku.
Pandang pintu koperasi,

MOTIVATION CAN ALWAYS BEAT TALENT

Syafa asyik ulang je ayat tu.
Thanks, motivaters.
Semangat aku dah ada.

Sempat lah berlatih lari sedikit.
Stamina tak perlu sangat sebab bukan long distance.
Kalau tak memang kejong aku.
Waktu riadah petang petang jogging jarang sekali.
Main Basikal je lah.

Before nak mula lari tu.
Cikgu Sudin cakap dengan cikgu suhaila.
"Sue, kita tengok eh budak rugbi, atau budak netball atau budak hoki yang menang."
Mak ehhh. Aku dengar statement tu rasa macam nak putar balik masa,
dulu dulu aku hockey player
tapi mak suruh keluar sebab silau aku teruk.
*teruk means tak boleh buka spect, tak bole pakai contactlens*
Aku ni atlet TILAM dan PINGGAN je.
Nampak lah muka 'pandang rendah' atlet rumah lain.
Seriously and frankly speaking aku sentap dengan
diaorang. 
Lepas cikgu sudin cakap ayat tu,
Aku cakap dengan Syafa.
"Syafa, Scimey atlet TILAM je."

lepastu ada lah satu kumpulan pelari dari satu rumah ni bisik
bisik yang boleh didengari.
Dia cakap dengan kawan dia, "Tahu takpa."
Lepasstu semua gelak pandang pandang aku.
Serious muka diaorang masa tu macam
dalam movie movie yang ada kumpulan jahat wanita
yang sering membuli wanita lain.
Aku sentap masa tu.
Aku kan macam fragile gila.
Tapi tak dinafikan apa yang diaorang cakap.
Diaorang memang atlet pon semuanya, hebat hebat.
Aku ambil positif.
Sebab apa yang dia cakap bukanlah satu fitnah, malah hakikat.

Alhamdulillah. Sifat agresif aku membantu.
Dapat nombor 2. boleh laaaa constant.
Betullah Asilah cakap. "Kau kan ganas,"
Ada kait sikit lah agresif dengan speed tu.

And whole days semua cikgu dengan classmates dengan budak Medsa
bertahniah dekat aku. Padahal aku lari pass pass je.
Memang lah boleh.
Siap ada mulut cakap,
"Tak payah nak puji dia . Kalau lari passing memang aku pon boleh,"
hmmmm. sentap juga lah dengar, tapi betullah dia cakap.

Ikhwan Khozairi, *ketua badar.*
"SIpah kau masuk lari tadi? nombor berapa?"
"dua. hmmm aku dapat tentang hukum fizik yang mass tak kait velocity. Allah maha kuasa."
"Peh sipah, hebat iman kau."

Alhamdulillah, azam capai walaupun tak menang.
Especially Syafa dan Asilah dan Syarifah Wan Syafiqah!
Terimakasih sebab Allah ilhamkan aku motivasi melalui kata dan
semangat daripada korang!
Serious even ni hanya KOT, aku dapat rasa aku
sangat sayang korang!
Walaupun korang pun sebenarnya wakil rumah korang dalam
acara 4 x 100m ni.
korang still push aku iloveyou!
*tapi tak tahulah kalau korang nak kenakan aku. harap tidak*
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah,
for having precious ni'mah. And for believing Allah's will.
Lastly, for getting second place.

Friday, 12 June 2015

Dakwah dan Tabligh

Post ni hanya pandangan picisan dari aku.
No hard feelings!
Dan post ni sesuai untuk budak sekolah SMS Sultan Iskandar.
Sebab mereka faham bulat bulat situasi yang berlaku 
di SMS Sultan Iskandar, pusat tarbiyah kami.
Hadam. Assimilition.

***********************************************************

Bagi aku, tiada istilah Tabligh, tiada istilah karkun.
Yang ada hanya usaha dakwah dengan cara nabi yang sebenar.
Maka, kalaupun jemaah Tabligh itu bubar,
Masyarakat akan Nampak jemaah itu tidak pernah bubar.
Kerana usaha dakwah ini tetap berjalan,
Walaupun tiada istilah tertentu . 

Sebab dzihin mereka yang berfikir menggerakkan mereka.
Dan, aku tak pernah tolak usaha dakwah cara lain daripada ini.
Internet? Youtube? Blog? Sekolah?
Semua aku terima. 
Bid’ah hasanah ni kalau kita buat lagikan dapat pahala kalau ikut niat.
Tak faham aku dengan cara orang yang tolak bulat 
bulat rekaan yang datang lepas wafatnya Rasulullah.

Takpa, setiap orang ada pandangan lain lain.
Aku hormat pandangan mereka, asalkan atas landasan.
Tapi tak bolehlah menghukum dan membid’ahkan orang.
Macam tak sopan, tak murni, tak elok, tak fikir!
Jangan sempitkan agama. Jalan ni memang paling berkesan!
Tapi hidayah Allah tu ? siapa punya ?

Tak semestinya kau jalankan satu usaha yang paling berkesan,
Hidayah tu berbondong datang.
Aku kasik analogi.
Cara terbaik untuk score SPM adalah study dan jaga hubungan .
Tapi tak bermaksud kau buat usaha yang terbaik tu,
Keputusan kau pun terbaik.
Sebab, rezeki Allah kita tak sangka.

Samalah macam hidayah.
Pun sesuatu yang luar kuasa kita.
Samada kecil atau besar usaha kitaaaa,
Tak menggambarkan kecil atau besar keputusannya.
Ada je orang nonmuslim yang dengar lagu Maher Zain masuk Islam.
Wayarzukhu min haithu la yah tasib.
Dan rezeki itu datang dari arah yang tak disangka sangka.
Hidayah itu rezeki. 

TETAPI…..Allah menilai manusia dari segi USAHA bukan HASIL.
Maka hari ini, orang yang usaha yang dibuat 
dengan cara yang mereka fikir
Terbaik dan terkesan, Inshaallah, 
mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.
Orang yang sanggup keluar jalan Allah,
Ke lorong lorong, ke rumah rumah,
Tinggal keluarga untuk agama Allah, mashaallah.
Ganjaran besar buatnya!

Sebab itulah hari ini aku bangun untuk menyokong usaha ini!
Aku bangun untuk menyertai usaha ini!
Itulah alasan aku untuk semua orang yang bertanya,
“Scimey, kau sokong semua ni?”
Ya! Ini fikrah aku!
Ramai budak perempuan yang tak 
gemar dengan tabligh atau ghast.
Itu hakikatnya.

Dan aku dulu hampir termasuk tapi 
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah
Allah kurniakan fikrah ini.
Aku harap ini fikrah yang sahih! 
Yang bukan dibisik oleh syaitan.
Maka apa apa usaha dakwah atas landasan aku akan sokong!

Cuma itulah, satu saja. Mengapa mudah untuk kita 
menghukum dan membid’ah orang?
Itu punca besar kenapa ramai perempuan tak sokong.
Aku hormat pandangan mereka.

Maka jawapan untuk masalah ini,
Seringkas ‘kembali pada Allah’.
Segalanya baik buruk dariNya, wallahua’lam.

"KEJAYAAN SEBENAR MANUSIA ADALAH AGAMA"

melahirkan fikir risau dan jazbah untuk mengislahkan ummah 
KITA semua dalam KAPAL yang sama.bersama mencari BEKALAN.untuk terus HIDUP di dasar LAUTAN bila tiba nanti.Inshaallah.

Aku menghidap Vectorodostoromya


Tadi duduk rumah sorang sorang.
Semua pergi JB.
Aku ada banyak homework tertangguh.
Lepas tu rasa perlukan rehat kejap.
Pasang TV.
Redah Kasi Pecah.
Shuib kena siram dengan sebaldi air ikan.
waaaaaa........
teringat satu peristiwa.

Masa tu malam.
esok exam Addmath.
Annur dan Piqa belajar dekat meja 
di dataran aspuri.
Kami *warga itqan dan sumayyah*
*actually aku bukan sumayyah, bukan itqan,
tapiiiiii aku LOL dan sahabat Piqa.*
*peh word 'sahabat' tuh*
planned on birtday prank untuk piqa.

aku pernah cakap dengan piqa.
masa tu lalu depan kolam ikan keli
depan aspuri.
"piqa, nampak kolam ni? 
nanti kau mandi air ni masa birthday kau."
dia mengejek balik.

Asilah ketua prank.
Asilah bawak baldi pergi depan kolam
cedok air sebaldi penuh.
Pastu kasi aku sebagai penuang.
Katanya, "kau dah biasa usik piqa, takdalah
dia marah sangat nanti."

Memang. 
aku dengan piqa, kawan yang jahat.
yang ganas sebenarnya.
lagi lagi masa form 3.
satu tengahari lepas makan dekat DM,
aku kejar dia sampai rumah cikgu hajar.
masuk celah aspuri *asrama kunci sebab waktu
persekolahan, so kami selit lari*
pernah aku bergaduh tarik tudung atas tangga
dengan dia.tumbuk tumbuk, tendang menendang
sampai aku berdarah darah.

form 5 kurang sikit.
sebab dah matang sikit.
tak, bagi aku bergaduh dengan dia bukan sebab tak matang.
sebab boleh feel bonding, like seriously!
haritu asilah cakap,
"rindulah nak tengok korang gusti,"
aku dengan piqa berpandangan, dan menjeling.
hahaaaa

tahun ni, masa form 5 ni,
aku tidur katil dia dekat sumayyah.
dia belum tidur, aku dah landed .
aku cakap, "Piqa, banyak nyamuk lah sumayyah."
dia balas,
"mana nyamuk, manaaaaa? manaaaaa? meh aku pukul!"
sambil pukul pukul aku.*takda nyamuk pun*
aku yang tengah mamai mamai terus bangun,,,,
kejar dia keliling aspuri,
masa tu dah pukul 2 pagi lebih kurang.
aspuri dah tidur, tinggal budak yang stay up dekat tengah dataran.
kami berlari, hentakan kaki yang berkaki ayam memang kuat.
seluruh warga stayup fokus ke arah pengejaran itu.
*sedang tersenyum ketika menaip, rindu*

tapi kami gaduh gaduh kawan punya.
walau ganas, tetap sayang!
sambung,
annur dah dimaklumkan,,,,
aku apa lagi, datang dari belakang,
*kasi kenyitan dekat annur*
annur lari cepat cepat , sempat capai semua buku addmath
atas meja study dan lari.
saat piqa terpinga pinga dengan reaksi annur,
aku dari belakang menganugerahkan siraman ikan keli.
DUSHHHHHH!
habiss satu badan berkeli!
terus, Itqan summayyah nyanyi lagu birthday.

ok, rindu.
Syarifah wan syafiqah,
semua ni takkan ada lagi tahun depan.
tapi persahabatan tetap go on.
aku nak anak kita pula yang gaduh gaduh kawan.
piqa pernah cakap dekat aku.
dengan muka sedih.
"kau jangan kahwin awal, scimey."
aku pelik, "eh, apa hak kau nak tentang?"
piqa jawab, "aku rasa kehilangan bila kawan aku kahwin.
aku taknak rasa kehilangan awal awal."
aku buat muka. tapi sedikit touched.
sayang jugak piqa dekat aku.

tak piqa. 
aku tak da keinginan pun nak buat
kau hilang aku awal awal.
muahhhhhh ciked.

teringat.
lepas exam addmath yang walaweh KBAT KEBABOMMMM.
*ramai budak nangis sebab susah, including me.*
aku macam orang gila dekat sumayyah.
sebab apa gila?
sebab addmath.
"piqa, aku ada penyakit. VECTORODOSTOROMYA."
*nama penyakit berkait addmath-vector*
*aku tercipta spontan*
dan hanya piqa tahu apa dia VECTORODOSTOROMYA
bagi aku.
*kenyit mata*
sebab penawar bagi penyakit itu, hanyalah dia,
SYARIFAH WAN SYAFIQAH!


Aku tak tahu apa akan jadi kalau
tahun depan aku dihidap lagi dengan
VECTORODOSTOROMYA.
post dedicated to : penawar VECTORODOSTOROMYA, piqa.

kursus kahwin dalam dorm

Haritu exam midyear keluar pasal poligami.
Walaipun kelas kami belum belajar lagi.
Tapi alhamdulillah bab ni senang faham,, senang masuk.
Paper syariah islamiah *SI* pula hari first, hari Isnin.

Memang the whole week, ramai struggle SI dulu.
Masuk dorm Sumayyah , almaklumlah
*sumayyah chan rozahee, medsa 2 hamisya hamisya*
*orang tertentu je faham urdu aku ni*
macam masuk Kursus Kahwin.

Ingat lagi hari jumaat haritu.
Pagi lepas subuh aku dah tercegat dekat sumayyah,
Menjerit, "Jom main basikal dengan scimey lepas sarapan."
*uuu. aspuri got our own bicycles from ckg hapiz*
last last full consumered. 
buat bulatan gembira soblah rumah ckg yazid, 
muzakarah pasal SI.

lepas dapat merasa basikal,
masuk dorm, sambung SI bab munakahat
*mostly baca munakahat sebab baru belajar, ada yang tak belajar dan masuk exam*
riuh macam kenduri.

daripada 
Perkahwinan 
Pertunangan
Walimatulurus
mahar
talak
hulu' dan fasah
poligami
hadanah
li'an
rujuk
i'ddah
nusyuz
zihar
kemahiran keibubapaan

full set!
kursus kahwin.
Tapi biasalah perempuan, cerita kawin sikit....
melalut pasal abang kahwin macam manalah, 
kahwin awallah.

Indahnya suasanaaaa masa tu.
Sampai aku jerit dekat sumayyah
"Enoughhhhhh! Tukar bab lain! Tak sanggup!."
dari pagi lepas subuh sampai esoknya, sabtu. STILL!

"Orang muda kalau cerita bab kahwin awal, semua meroyan."
"Jangan tebalkan hati soal kahwin. Nanti lain pula syaitan bisikkan."

Well, bagi aku kahwin muda ni bagus.
Cuma memang kena thabat gila - gila.
Persediaan, kewangan.
pandangan orang lain lain.
Aku hormat semua pandangan.
Asalkan pandangan atas landasan.
Tapi sesungguhnya, memang perkahwinan satu benda yang
Rasulullah suruh awalkan, kalau dah dapat calon.
Sekian. titik.

Jangan risau, islam ada nikah gantung.
Jalan terbaik.
Cuma susah sikit bab meluaskan horizon pemikiran
ibubapa.
Macam aku state tadi, pandangan orang lain lain.
Itu kena harunglah.

Aku?
Tak. Aku tak desire sangat bab kahwin awal.
Tapi, aku Follow the flow.
Jodoh datang, aku sambut cepat cepat.
*berpegang kepada hadis nabi*
Dan taknak langkah bendul.
Kalau bolehlah.

Monday, 1 June 2015

Cukup DenganNya!

Cukup denganNya!

Tak!
Mesti kena ada orang lain!

Okay buktikan.

Nak makan kena ada pemasak.
Nak selamat duduk sekolah ada pakguard.

So kau tak yakin ada Allah je dah selamat?

Bukan yak yakin.
Alahhhhhhh!
Usahalah! ikhtiarkan!

Kau tak yakin ke takda mereka, makanan tu dah boleh ada?

Kena usaha!

Nah, sebab tu pemikiran orang Islam lain dengan kafir.
Abstrak, Hebat! Pemikiran orang Islam.
Kita bukan jabariah! bukan mu'tazilah!

Kita faham afa'lul ibad. afa'lulllah.
Kita kena yakin Allah cukup untuk segalanya.
Allah ada kuasa . manusia langsung takda kuasa.
Dalam masa yang sama.
Kita kena gerak!
Usaha!
Ijtihad!
Ikhtiar!
doa!
Akhirnya tawakal.!

Orang yang tak dapat kefahaman tak mampu berfikir.
Mereka fikir, "adoish keling! kata cukuplah percaya Allah ada! Allah tolong! Allah sebagai penolong tapi kena usahaaaaa atoiyakkk keling lahhh!"

Alhamdulillah.
Kefahaman yang dapat ni, amalkan.
Kefahaman yang masih jauh, doakan.

Jika allah kehendaki kebenaran kepada seseorang, amaka Allah akan kurniakannya kefahaman dalam agama.

Sunday, 31 May 2015

Cilik yang Beriman

Ustazah Junaida Awang.

" Hari ini ibu bapa bangga sekiranya anak mereka menyebut 'ibu, mama, ayah, papa' sebagai perkataan pertama. Tetapi banggakanlah dirimu saat perkataan pertama anak 'ALLAH'. "

Ubah mentaliti.
yup tak salah.
Tapi sangat indah kalau lafaz pertama dan terakhir seseorang
ialah 'ALLAH'.
Allahurobbi.
Kita berada dalam tujuan yang sama.
Allahuakbar.

Ajarkan anak anak mengenal Allah.
Hakikatnya mereka belum mumayyiz.
Namun suntikkan permulaan makrifatullah.
Ceritakan padanya SIAPA pentadbir alam.
Sifat Allah dan kenapa KITA solat?

Danish Hamizi, anak sedara saya.
5 tahun. Sel sel otaknya sedang mulai berhubung.
Kakak saya berada di rumah sekarang.
Dia menceritakan pelbagai soalan Danish yang pernah diajukan.

Tadi kami memasang video Maksud Alfatihah oleh Anak Ummi.
Dia sudah menghafalnya. dan tiba pada lirik.
"dan Bukan Pula Jalan Mereka yang SESAT."

lantas danish bertanya kepada mummy.
"Mummy, jalan yang sesat tu apa? ada hantu ke?"
kami saktah. terdiam dan masing masing ketawa.
Kakak saya pantas menyuruh saya menjawab.
"Tu tanya makcu cipah sana."
Dalam hati, "allahu. kang keluar ayat bayan ni."
semua ketawa. didiamkan.
Saya tidak menjawab.
Namun soalan itu menjurus membawa saya ingat Allah.
Terus membawa diri berwudhuk, sedia untuk solat maghrib.
Allahuakbar.

**********************************
Kota SAS,
Rumah Danish.

Danish terjatuh dan bahagian tapak kakinya sakit.
Akibat impulsive force.
Short time interval, high impulsive force. *fizik SPM A+!*
Dia memegang kakinya.
Terpegang bahagian tumit. Keras rasanya.
"Mummy kenapa dekat sini keras? Ni diperbuat dari apa?"
Sudah tentu kerana kulit kering. Tapi apa yang patut mummy cakap?
Mummu stunned.
"okei sebelum tu jom nyanyi.
Satu satu saya sayang Allah. dua dua...... *seterusnya*"
Danish join menyanyi.
Mummy sambung. "Sebab tu kena sayang Allah. Allah yang jadikan kulit tu keras. Bahagian ni diperbuat daripada danging dan kulit........ *blabla*."

Danish tekun dengar. Ditambah satu lagi soalan.
"Habis tuh, mata diperbuat daripada apa?"
Mummy stunned lagi dan ajak menyanyi lagi.
Jawapan yang sama. "sebab tu kena sayang Allah.....*blabla*"

*******************************************
Makrifatullah terbahagi kepada tiga.

Uluhiyyat : Allah sahaja yang layak diseimbah. Allah ada kuasa makhluk langsung tiada kuasa.

Rububiyyat : Allah maha mentadbir, mencipta menjaga alam . Tiada kuasa lain.

Asma wassifat. : Allah memiliki semua sifat kesempuranaan langsung tiada celanya. Manusia tak sama dengan Allah, langsung tak sama.

Mencapai iman kepada Allah.
Waktu antara maghrib dan Isyak merupakan masa bertambahnya iman.
Maka uzlah.
Asingkan diri daripada dunia waktu ini.
Kita semua bertujuan sama.
Inshaallah.
Hasiefah! Uzlah!! Uzlah min dunya!
Inshaallah.


Dia dengan cara itu

Cerita daripada seorang sahabat.
Asiah *bukan nama sebenar* menceritakan dekat saya.
Bagaimana cara dia menerima hidayah.
Allah menghantar hidayah daripada teguran halus seorang sahabat bernama Maria. *ofcourse bukan nama sebenar*.

Asiah seorang yang menjaga auratnya, namun
dia pernah tergelincir untuk melanggar batas pergaulan
lelaki perempuan. Dia ketawa bersama lelaki,
melemparkan senyuman buat lelaki.
Biarpun perkara itu kecil namun itu tetap melanggar batas.
Satu hari dia kedatangan haid.
Dan dia tidak pergi ke surau.
Duduk bersama akhowat yang tidak boleh solat di salam kelas.
Seorang lelaki ternampak mereka di dalam kelas lalu
mengunjing, "eeeee. tak suci!"
Asiah mendengus.

Kemudian datang lagi sekelompok ikhwah
"wei solat solat!"
"korang bau darah tak?."
"weh baju kau ada darah."
Rakan Asiah menjawab, "Apalah masalah korang ni!"
Asiah terasa maruahnya disiat siat.
Asiah marah, namun berdiam kerana dia memang tidak melayan jika lelaki menganjing.

Satu hari dia ingin menegur perbuatan ikhwah yang suka mengunjing
perempuan haid.
Jelas perbuatan itu tidak sopan, bukan daripada ajaran Islam.
Dia pun menulis sesuatu untuk Ustazah agar ustazah mengambil tindakan.

"Ustazah, saya tidak gemar lelaki yang gemar menganjing perempuan haid. Boleh ustazah naikkan usul penyelesaian kepada pihak lelaki?"

Sewaktu menulis surat untuk ustazah, Maria ternampak lantas bertanya,
"eh, apa ni asiah?"
Asiah menjawab. "Ni hah, ikhwah gemar menganjing kami,....*blabla*"
Maria terkejut mendengarnya.
"Ouh yeke? Maria tak pernah kena pun. Mungkin kalian sahaja yang mereka minat,"

Mendalam. Begitu mendalam bagi Asiah.
Baru dia teringat.
Dia bukannya yang menjaga sangat seperti Maria.
"Ikhwah tidak mengganggu Maria kerana hormat akannya.
Aku? Aku kadang kadang melayan lelaki, mungkin lelaki fikir tidak mengapa mengganggu aku. Ya Allah, ampunilah aku."


Begitu cara halusnya. Mashaallah.
Sama sama ambil Ibrah.
Begitu Allah nuzulkan hidayah buat asiah.
Melalui respon Maria.
Alhamdulillah Asiah jenis positif,
mengambil baik setiap perkara,
setiap di depan  mata merupkan pengajaran buatnya.
Inshaallah, ISLAHKAN DIRI!
BERHIKMAH UMPAMA MARIA.

Usaha dakwah

Syukur.
Apa yang terhasil dalam blog ini
hanyalah nukilan nukilan gembeng
dan picisan daripada saya.

Tidak ada unsur unsur bergaya
atau menandingi orang lain.
Inshaallah.
Cuba dielakkan.

Orang yang memandang enteng
blog sebagai titian dakwah, fahamilah.
Ini antara termampu.
Walaupun sukar menusuk.

Memang,
tidak dapat dinafikan.
Uslub dakwah berkesan berziarah.
Jaulah. Namun, kemudahan yang ada
cuba dimanfaatkan.

Takkanlah teknologi memang
tiada sezarah pun kebaikan
untuk dakwah, bukan?

"Harini orang selitkan dakwah dengan
perkara yang disukai."
Jika benar, di mana salahnya?
Maka, menjadilah kita
di antara orang yang mufakkir.

Saya sama sekali tidak pernah menentang
usaha dakwah dari mana maan pihak.
Saya terima baik dakwah mereka.
Asalkan selagi berpegang kepada
Alquran dan Assunnah.
Inshaallah.