"Muslimah sering mencari dan meminta solehah. Tapi dia alpa tatkala dikurniakan ujian demi ujian untuk menjadi solehah. Sering mengadu, merintih, mngekuh kenapa dan mengapa. Sungguh hakikat sebuah solehah itu perit dan sakit. Tetapi manis di penghujung. Teruskan memburu solehah."
Kita semua sering merasa terkandas dalam memburu solehah. Hakikatnya kerana solehah itu satu proses. Sekali solehah tidak menjamin selamanya solehah.
Kerana ia bukan satu proses yang terhenti. Ia proses yang berpanjangan. Itu hakikat hijrah. Berpanjangan. Siapa rasa tak layak? Ya, saya dan anda berkongsi rasa yang sama. Takda orang yang mampu beri rasa kita layak dan kita mampu melainkan diri kita yang beri rasa itu. Usaha bermula dengan rasa. Sentuh hati. Tak mudah, tapi akan dimudahkan Allah dalam mencari apa yang dinamakan redhaNya.
Hakikatnya saya menulis ini dengan penuh keberanian menentang hati sendiri yang merintih "cukuplah menulis tentang solehah, diri kau je tak berupaya menjadi."