Tuesday, 10 November 2015

Barak tak buat kerja

haritu ada sesi bermaafan lelaki perempuan lol.
sis pon beranikan diri mengadap ketua batch,
taufiq almubarak.

sis: barak aku mintak maaf.
dia: aku pun sama . aku banyak tak buat kerja.
sis: aku pon banyak tak buat kerja.
dia: eh manado. kerja aku semua kau buat.
sis: eh series . aku tak buat kerja.
dia: aku lah yang tak buat kerja.

suasana hening dan agak cliché.
ini sesuatu yang menyeramkan.

sis: habis siapa yang buat kerja kita selama ni?

kepada barak,
Sis minta maaf sebab tak buat kerja *sebut lagi benda tu*.
dan sis terimakasih kat kau yang dua tahun telah
berganding bahu untuk lol.
biar kita takda makna untuk lol.
asalkan lol ada makna untuk kita.

Palazo mawar

sis ada palazo.
sis bagi hapis pinjam masa pertandingan drama batch.
hapis berlakon jadi watak mawar.
kecoh! sebab menang . kehkeh.
tak kait.

lepas tu sis pakai kat asrama.
"eh, macam kenal jee palazo ni."
"ni bukan hapis punya ke?"

masa cuti sis hantar gambar sis dekat kawan,
sis pakai palazo.
dia balas
"palazo mawar,eh?"

sampai sekarang takda sekelumit pun rasa nyesal
sebab sis kasi hapis pinjam.
sis cadang lepas habis spm nak
kasik kotak delat hapis,
berisi palazo,
yang kononnya kepunyaan dia,
beserta sticky note,
"terimakasih kasik aku pinjam."

Bini orang mak orang

sis dah tak kisah dilabel mak orang.
sebab dah lali.
shopping mall, kenduri kahwin, cikgu2 lama.

kalau jalan dengan anak anak sedara lagilah.
yaaaa ampun.
"kak, beli produk kami kak. khas untuk perempuan yang dah beranak pinak"

cuba kalau sis jalan dengan mak dengan abah je.
mungkin, orang ingat sis bini kedua.
k, tak lawak.
hahahaa.
tak lawak.

Simplysiti

simply siti.

one day, I texted qillew.
"qillew, sis sekarang guna facial wash simply siti. orang kata produk ni baguih."

she replied,
"ye ke? mahal tak? sis rasa apa lepas guna?"

"sis rasa duniawi semata mata"

Panah panah i tell you

haritu balikk deepavali .
sis dengan amyra naik bas tingtong dari bandar kota tinggi ke bandarmas.

menakutkan.
dunia luar menakutkan.
kita duduk dalam asrama iskandar rasa macam
nak tarbiyah budak2 dekat dengan allah.
pergi luar, rasa macam lemah sangat untuk tarbiyah.
sebab jadi minoriti.

tengok depan, belakang.
takda dengar bahaa melayu pon.
feel macam nak khuruj nizamuddin.
sis dah cakap.
kita ni panah panah islam.
uzlah syuu'riyah tammah. ��

c.u.d.i.p.t. (see you di IPT)

eh salah.
c.u.d.i.p.g. (see you di IPG)

nak murni lagi.
c.u.d.i.p.b. (see you di IPB)
inshaallah, azam.

Wings

kaalulah pasal wings buat sis femes,
sis nak undur masa.
kahkah geli tak baca ayat tu.
yelah.
sis pergi mana mana semua teriak.
"weh sayaaappp weh!"
"huntonglah ada sayap budak tu."
"uish kat sini ada sayap kiri."

penggambaran gambar untuk majalah sekolah.
"uolls, kita nak buat gaya apa ni untuk candid?"
"apalagi, gaya SAYAPPPP lah!!!"

haritu lalu kelas yang dirahsiakan namanya.
tetiba ada sorang malaun pi nyanyi.
"jauhnya kau terbang siapa sangka. getir yang menghalang tak besar mana,"
habis! fynn jamal pon terlibat dengan lagu dedikasi untuk sayap, Terbang Tunduk.

dekat dm, kawan sis cerita,
"mokcik! nak ayam bahagian SAYAP!!"
instead of yang biasa guna, kepak.

sampaikan logo ittihad pon bersayap bagai.

sedangkan semuanya bermula daripada satu usaha.
mereka yang belum faham, bolehlah nak dogging,
sis relakan.

asal satu hari nanti kita dapat kefahaman,
apa di sebalik yang sis hebahkan, sayap kiri dan sayap kanan.
alhamdulillah ada sebahagian budak lelaki dah dapat kefahaman, siap kasi surat dekat sis 3 ke 4 kali, minta maaf sebab dogging pasal sayap,
ada yang tulis delat whiteboard.

masa sesi bermaafan lelaki perempuan lol, semua tempat sis pergi, sentuh isu sayap.
semua minta maaf sebab dogging.
sis minta maaf sebab mulakan benda ni.
tapi sis tak hebahkan.
sis buat sebab nak bela kawan sis.
and that one yang buat kawan sis tu yang sebarkan.
sungguh sis maafkan dia kerana buat kawan sis menangis ,
dan kerana menyebarkan soal sayap kiri sehingga sis
bagaikan disisih dan dicela tiap masa.

sis maafkan awak.
sis syukur sebab awak dah faham.
sayap kiri ialah wanita,
untuk suaminya,
wanita,
yang membantu usaha dakwah,
usaha yang bukan hanya untuk lelaki.

Then lepas spm?

kalau dulu lepas spm sis berangan nak masuk dq.
tup tup trial tak lepas untuk pergi dq.
sis pandang je aliah, khalid dengan rahman.
takpa, allah tak pilih.

sis dapat result terus tak fikir apa apa.
sis tak mohon langsung, padahal bole je.
takpa, allah tak pilih.

sis buntu.
plan dq tak jadi sis cadang nak tukar angin le kedah,
main pondok pondok dekat pondok dengan leha .
nak belajar kitab.
tup tup bulan satu je buka.
sis nak fulfill bulan 12.
pasal bulan 1 ada plan lain.
takpa, allah tak pilih.

sis cadang nak jaga kakgee,
lepas beranak. jaga pantang dengan ika.
walaupun sis tahu sis takda lah jaga sangat nanti.
kahkah.
tuptup kak gee dah beranak sekarang dan pantang di bandarmas.
takpa allah tak pilih.

sis buntu.
sis fikir, boleh je tak salah sis duduk perap dalam rumah,
menanti rombongan meminang datang melangkah bendul kakak kakak sis.
boleh je.
sis boleh.
boleh belajar masak dengan mak.
almaklumlah, nak langkah bendul.
kahkah. wei, sis gurau je .
nanti kena angkat tangan dengan kakak sis kang.
mereka dah warning.

kesimpulannya, manusia langsung takda kuasa selain usaha dan merancang.
allah ada maha kuasa untuk menetukan.
subhanallah