Wahai sahabatku,
Dan wahai diriku,
(Andai nanti waktu aku diletakkan dalam ujian seperti keadaanmu)
Jika benar ada orang yang sedang berjuang hanya untuk mengecewakan kita,
Maka sebenarnya hadirnya dia bukan sengaja.
Mereka bukan sengaja mengecewakan.
Dikecewakannya kita bukan kosong, tanpa membawa mesej indah daripada Allah,
Bahawa kecewa ini Allah bawa untuk mengujimu. Kecewa ini wasilah Allah mengingatkan mu, pengharapan pada tempat yang selain Allah hanyalah pengharapan palsu.
Cukuplan berharap sederhana.
Jangan biarkan harapan mekar bagai cinta yang sepatutnya pada Yang Esa.
Jika sekarang dia tidak ikhlas memperjuangkanmu,
Ketahuilah hanya saja Allah takdir yang lebih indah dan lebih baik yang sedang mencari jalan dalam memperjuangkan dirimu.
Kuat wahai wanita.
Kuatkan dirimu dengan iman dan ilmu.
Percayalah, menjadi lemah itu jauh lebih menyakitkan daripada bersusah payah menjadi kuat.
Percayalah, aku pernah lalui.
Menjadi lemah itu seakan ada benda lain yang mengawalmu dari dalam, sesungguhnya itu sangat menyakitkan.
Kuatlah wanita.
Kuatkan dirimu dengan iman dan ilmu.
Wanita berilmu itu tidak mudah jatuh pada hati dan tempat yang salah,
Wanita berilmu tidak mudah terayu dengan cinta palsu berasakan nafsu,
Kerana di dalam hati mereka berbekalkan wahyu.
Kuat, hasiefah!