Tuesday, 4 September 2018

Reject dengan berhikmah

Alhamdulillah hari kedua hidup baru sipah.
Dan sekarang stop dekat edu foyer sebab nak buat karangan reject.
Apa benda itu?
😂

Tak perlu cerita banyak tapi kalini sementara situasi sipah sekarang adalah ini, sipah rasa macam nak share something bermanfaat untuk semua apply, from my fikrah dan juga rujukan beberapa orang arif; tips reject orang yang ikhlas dengan cara paling berhikmah. Applicable hanya untuk situasi di mana lelaki confess dengan ikhlas, bukan ajak bercinta, tapi ajak berkahwin. Faham tak, maksudnya, kalau confession miang miang gelenyar lagho tu, tip daripada sipah satu je, jangan layan dan block! Ini jenis yang for the future.

Tips reject orang dengan cara baik (applicable only untuk yang ikhlas, kalau yang gatal tu sila block dan jaga maruah anda) :

1. Thank you
Kenapa terima kasih? Eh helo ada juga orang yang nak anda so berterima kasih boleh tak hahahaha. Untuk terima kasih ni pada pandangan sipah jelah, we need to. Kalau rasa macam "kenapa pulak nak reject tapi nak tenang tenang bagai". (Habistu taknak tenang ke? Takkan nak reject orang pun nak emo? Memang patut lah hang reject, dia deserve better bukan perempuan emo)

2. Sorry.. (With reason)
Kita kena kasi dia jelas dengan sebab kenapa kita reject. Kalau rasa macam sebab realiti dia direject adalah terlalu harsh untuk diperkatakan, then we always have another option of choosing the best word. Untuk main dengan kata kata tips dia kena buat post lain pulak. Acah. Antara sebab common kenapa nak reject:

-belum bersedia
-nak fokus belajar
-dah ada orang lain, dah ada yang menunggu, dah tunang, dah kahwin
-saya akan mati dalam masa terdekat

3. Doakan kebahagian dia
Dalam karangan panjang nak reject tu mohon selitkan doa dengan ikhlas, doakan dia.

"semoga enta dikurniakan pasangan jodoh yang jauh lebih baik dan sentiasa diberkati Allah."

"Semoga usaha enta memenuhi sebahagian daripada agama ini diberkati Allah"

"Semoga lamaran enta ini memberi keberkatan dalam hidup."

4. Cukup cakap 4 benda ni. jangan berlebihan karangan reject orang nanti tersisa harapan.

Selamat reject penuh hikmah!