Saturday, 1 June 2019

Sebelum Kembali Merindu Ramadan

Beberapa lagi, Ramadan akan berakhir.
😢

Janganlah Kau biarkan kami 'menzalimi' diri dengan mood raya yang berlebihan sehingga membutakan jiwa dan melumpuhkan raga untuk merebut peluang pada hari hari berbaki.

Kegelisahan kerana perpisahan hanya datang pada orang orang yang sedang jatuh cinta. Bila semua berjalan macam biasa mungkin kerana tiada rasa.


Pun masih ada kesempatan dalam hari hari berbaki, berlumba lumba mendapatkan segalanya yang difadhilatkan pada bulan yang mulia ini, bersegera meminta Keampunan dan taubat kepada Nya. Masih ada kesempatan untuk memperbaiki puasa kita daripada hanya sekadar menahan lapar dan dahaga kepada jiwa yang tunduk sepenuhnya kepada Nya. Tinggal beberapa hari lagi. Moga berakhir dengan baik. Bersedih sedih untuk berpisah pun tak berguna kalau 'membodohkan' dan 'menzalimi' diri sendiri untuk tak merebut peluang pada hari hari berbaki ini. 

Semoga sampai ke hati yang menulis dan membaca.

Tutup Semester Tiga

Selesai final exam, keluar hall, patut ke kita tanya kawan-kawan tentang soalan peperiksaan yang kita baru jawab tadi? Kalau dulu dekat sekolah rasa macam haish senyap senyap jelah tak payah lah bincang bincang deme ni pun. Rosak mood orang je. Tapi bila masuk alam universiti, saya lebih memaknai sesuatu pembelajaran, bukan sekadar untuk exam dan untuk bersaing.

Di universiti lain, sebab antara exam banyak gap. Tak macam di sekolah. Budaya berbincang jawapan lepas exam ni bagi sipah, budaya yang baik sebab kita terus dapat tahu kita buat salah atau tak. Terus dapat tahu then improve. Bukan lepas bincang pastu badmood. Budaya bincang jawapan lepas exam ni buatkan kita rasa belajar bukan untuk exam. My point of view. Sipah appreciate sangat sesiapa yang sudi berbincang jawapan dan review soalan exam dengan sipah. Tapi kalau ada kawan yang tak suka janganlah kita duk sebelah dia duk tanya2 lagi. Semua ada struggle dia sendiri dalam hall dan mungkin bila dia bincang dia akan jadi stress. 

Don't let the grade challenges you. Let you challenge your gred. Biar gred turun yang penting kita faham dan ilmu tu berguna. Jangan biarkan gred yang bagus tapi ilmu tak diamalkan tak praktik pastu banyak lupa.

Maaf buat kawan-kawan yang terasa hati dengan pendirian saya. Tahniah semua!