Wednesday, 17 October 2018

Senyummu itu Ukhti

Ukhti,
Mungkin senyumanmu yang kau lemparkan sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari hari

Ukhti,
Senyuman yang kau tebarkan dengan sembarangan bertitik niat menarik ajnabi, ada pertanggungjawabannya kelak.

Tuesday, 16 October 2018

Untuk Wanita Kecewa

Wahai sahabatku,
Dan wahai diriku,
(Andai nanti waktu aku diletakkan dalam ujian seperti keadaanmu)

Jika benar ada orang yang sedang berjuang hanya untuk mengecewakan kita,
Maka sebenarnya hadirnya dia bukan sengaja.
Mereka bukan sengaja mengecewakan.

Dikecewakannya kita bukan kosong, tanpa membawa mesej indah daripada Allah,
Bahawa kecewa ini Allah bawa untuk mengujimu. Kecewa ini wasilah Allah mengingatkan mu, pengharapan pada tempat yang selain Allah hanyalah pengharapan palsu.

Cukuplan berharap sederhana.
Jangan biarkan harapan mekar bagai cinta yang sepatutnya pada Yang Esa.

Jika sekarang dia tidak ikhlas memperjuangkanmu,
Ketahuilah hanya saja Allah takdir yang lebih indah dan lebih baik yang sedang mencari jalan dalam memperjuangkan dirimu.

Kuat wahai wanita.
Kuatkan dirimu dengan iman dan ilmu.
Percayalah, menjadi lemah itu jauh lebih menyakitkan daripada bersusah payah menjadi kuat.
Percayalah, aku pernah lalui.
Menjadi lemah itu seakan ada benda lain yang mengawalmu dari dalam, sesungguhnya itu sangat menyakitkan.

Kuatlah wanita.
Kuatkan dirimu dengan iman dan ilmu.
Wanita berilmu itu tidak mudah jatuh pada hati dan tempat yang salah,
Wanita berilmu tidak mudah terayu dengan cinta palsu berasakan nafsu,
Kerana di dalam hati mereka berbekalkan wahyu.

Kuat, hasiefah!

Monday, 15 October 2018

Siapa Auliya dan kenapa

Si Kerdil yang Tawaduk

Semakin banyak kita tadah ilmu, semakin kerdil kita akan rasa. Kita akan mula berfikir betul betul apa tujuan hidup kita.

Kalau ada sahabat atau sesiapa pun yang ditakdir Allah sebagai wasilah dan mengajak kita pergi ke majlis ilmu, kemudian kita menolak ajakan suci mereka tanpa asbab musabab penting, lalu dengan siapa kita patut rasa bersalah? Dengan sahabat kita ke? Tidak. Kita patut rasa bersalah dekat Allah.

Benar kita bukan dalam kalangan yang terpilih. Persoalannya mengapa Allah tak pilih?

TAMAN ILMU DAN BUDI.
kalau nak dikatakan beruntungnya komuniti taman ilmu dan budi UIAM ni, tak terkira. Berderet program setiap hari, sampaikan kita boleh sakit jiwa nak buat keputusan nak pergi mana satu. Tapi dalam situasi sakit jiwa, janganlah kita menjadi mereka yang betul betul rebah jiwanya dengan hanya memilih untuk mengurungkan diri dalam bilik, cenderung kepada melayan movie atau game. (Kalau study maqbul yang amat)

Peluang ada. Budaya ada. Biah ada. Kita pilih, take it or leave it. To do it or ignore it.
Tadahlah ilmu banyak banyak, dari semua aspek. Akhirat dan dunia, dinniah dan dunyawiyyah.
Tadahlah ilmu dengan pergi ke majlis ilmu, dengan berbual dan berkomunikasi, dengan pemerhatian yang murni, melihat dan berfikir, muhasabah dan meditasi.

Ya allah, jadikanlah kami sebagai orang orang yang tak jemu untuk belajar dan berdamping dengan orang orang yang berilmu.

Dan setiap kali hadir ke taman syurga, selalu teringat mak abah. "Andai lah mereka bersama dalam tamab syurga ini." Aku rindu mak abah. Moga mereka dalam naungan dan hidayah allah. Moga solat dan zikir mereka terjaga.

Jangan sombong. Ikut resmi padi. Makin berisi, makin tunduk. Makin berilmu, makin tawaduk. Kalau rasa diri tawaduk, maka sebenarnya kita belum tawaduk.

Memburu Solehah

"Muslimah sering mencari dan meminta solehah. Tapi dia alpa tatkala dikurniakan ujian demi ujian untuk menjadi solehah. Sering mengadu, merintih, mngekuh kenapa dan mengapa. Sungguh hakikat sebuah solehah itu perit dan sakit. Tetapi manis di penghujung. Teruskan memburu solehah."

Kita semua sering merasa terkandas dalam memburu solehah. Hakikatnya kerana solehah itu satu proses. Sekali solehah tidak menjamin selamanya solehah.

Kerana ia bukan satu proses yang terhenti. Ia proses yang berpanjangan. Itu hakikat hijrah. Berpanjangan. Siapa rasa tak layak? Ya, saya dan anda berkongsi rasa yang sama. Takda orang yang mampu beri rasa kita layak dan kita mampu melainkan diri kita yang beri rasa itu. Usaha bermula dengan rasa. Sentuh hati. Tak mudah, tapi akan dimudahkan Allah dalam mencari apa yang dinamakan redhaNya.

Hakikatnya saya menulis ini dengan penuh keberanian menentang hati sendiri yang merintih "cukuplah menulis tentang solehah, diri kau je tak berupaya menjadi."

Sunday, 14 October 2018

Seorang Penulis

Dialah orang yang paling syahdu bila ditinggalkan keseorangan bersama sebatang pen. Bait bait penulisan penuh dengan emosi sedih dan pengharapan yang dia tahu, hakikatnya ia sebuah kesilapan yang rakus dan kejam mencuri kebahagian dalam diam

Friday, 12 October 2018

Ragu

Hijrah bukan proses yang terhenti, hijrah proses yang berpanjangan.

Aku bercadang untuk membiarkan pena akhirnya menari,
Meluahkan semuanya yang terbuku dalam diri,
Biar semuanya lebih jelas dan lebih difahami,
Apa yang bermain main di setiap sudut benak hati.

Semuanya masih bagaikan sesuatu yang tak mungkin aku miliki,
Hatta sekarang cerita ini masih bagai satu mimpi.
Kita bermula dengan tiada, lantas segalanya berlaku sekelip mata.
Aku tak jemput aku tak undang,
Semuanya datang sebagai satu jalan dalam ketentuan.

Dan bila tiba hati sekali lagi diuji,
Aku pilih untuk berdiam diri,
Dan itu akan terus menjadi pilihan hati.

Kerana akhirnya aku makin sadar,
Yang pernah berjanji untuk setia mengutip yang terbuang itu aku.
Yang pernah berjanji untuk setia menyembuh luka itu aku.

Layakkah aku risau tentang sebuah kesetiaan?
Layakkah aku meragui sebuah janji?
Layakkah aku menodai kepercayaan diri sendiri?
Jalan ini aku yang pilih,
Tak ada siapa yang paksa.

Jadi,
Aku pilih untuk membenamkan segala keraguan yang hakikatnya masih zahir, demi sebuah janji yang pernah aku semai, aku akan terus menjunamkan benih benih syak dan keraguan dalam pelupusan memori dan rasa.

Mungkin saja perasaan "ada kalau ada, tidak kalau takda" akan terus menjadikan aku lemah, atau pun akan terus menjadikan aku bersemangat untuk jalan yang tak disangka.

Tapi jujur,
Aku ragu.

Monday, 8 October 2018

Kejam

Kejamnya dunia.
Sedang kita mencari kekuatan untuk meniti kebahagian dan hidup dalam penuh keyakinan,
Dia hadapkan kita dengan kisah lama yang merebut kepercayaan dan mencetus keraguan dan kebencian.

Paling kejam bila hati kata
"Lupakan"
Tapi otak tepis
"Fikir fikirkan"

Kejam bila hati terima seadanya situasi sekarang dan terima seadanya kisah silam,
Tapi otak cakap "kau ada hak untuk pertikaikan, jangan menyesal kemudian hari, sementara masih sempat, buat!"

Macam mana ya?