Semakin banyak kita tadah ilmu, semakin kerdil kita akan rasa. Kita akan mula berfikir betul betul apa tujuan hidup kita.
Kalau ada sahabat atau sesiapa pun yang ditakdir Allah sebagai wasilah dan mengajak kita pergi ke majlis ilmu, kemudian kita menolak ajakan suci mereka tanpa asbab musabab penting, lalu dengan siapa kita patut rasa bersalah? Dengan sahabat kita ke? Tidak. Kita patut rasa bersalah dekat Allah.
Benar kita bukan dalam kalangan yang terpilih. Persoalannya mengapa Allah tak pilih?
TAMAN ILMU DAN BUDI.
kalau nak dikatakan beruntungnya komuniti taman ilmu dan budi UIAM ni, tak terkira. Berderet program setiap hari, sampaikan kita boleh sakit jiwa nak buat keputusan nak pergi mana satu. Tapi dalam situasi sakit jiwa, janganlah kita menjadi mereka yang betul betul rebah jiwanya dengan hanya memilih untuk mengurungkan diri dalam bilik, cenderung kepada melayan movie atau game. (Kalau study maqbul yang amat)
Peluang ada. Budaya ada. Biah ada. Kita pilih, take it or leave it. To do it or ignore it.
Tadahlah ilmu banyak banyak, dari semua aspek. Akhirat dan dunia, dinniah dan dunyawiyyah.
Tadahlah ilmu dengan pergi ke majlis ilmu, dengan berbual dan berkomunikasi, dengan pemerhatian yang murni, melihat dan berfikir, muhasabah dan meditasi.
Ya allah, jadikanlah kami sebagai orang orang yang tak jemu untuk belajar dan berdamping dengan orang orang yang berilmu.
Dan setiap kali hadir ke taman syurga, selalu teringat mak abah. "Andai lah mereka bersama dalam tamab syurga ini." Aku rindu mak abah. Moga mereka dalam naungan dan hidayah allah. Moga solat dan zikir mereka terjaga.
Jangan sombong. Ikut resmi padi. Makin berisi, makin tunduk. Makin berilmu, makin tawaduk. Kalau rasa diri tawaduk, maka sebenarnya kita belum tawaduk.