Wednesday, 4 September 2024

Detik Kewafatan Rasulullah ﷺ

Ringkasan sirah ini dikongsikan untuk kita kembali mengingati detik kewafatan insan yang paling agung. Juga bersempena dengan masuknya kita ke dalam bulan Rabi’ul Awal yang mulia ini, bulan di mana lahir serta wafatnya junjungan mulia Sayyiduna Musthofa Rasulullah.

Rujukan adalah berdasarkan daripada kitab Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah Jilid Ke-3 yang ditulis oleh Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang hafidzhahullah.

TANDA-TANDA KEWAFATAN
(Isnin, 29 Safar)

-Kepala Rasulullah terasa sakit dan demam panas selepas pulang dari perkuburan Baqi’
-Rasulullah memilih untuk menetap di rumah Sayyidatuna Aisyah
-Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq dilantik oleh Rasulullah untuk menjadi imam solat Jemaah

5 HARI SEBELUM WAFAT
(Rabu, 7 Rabi’ul Awal 11H)

-Kepanasan jasad Rasulullah meningkat tinggi, sehingga baginda pitam
-Nabi meminta untuk disiram ke atas jasadnya 7 kali dengan air daripada beberapa telaga
-Nabi keluar ke masjid dalam keadaan kepala berbalut

4 HARI SEBELUM WAFAT
(Khamis, 8 Rabi’ul Awal 11H)

-Keadaan nabi bertambah tenat. Nabi bersolat juga di masjid sehingga solat Maghrib dengan membaca Surah Al-Mursalat
-Baginda pitam beberapa kali apabila tiba waktu Isyak
-Akhirnya, baginda memerintah Abu Bakar As-Siddiq menjadi imam solat Isyak.

3 HARI SEBELUM WAFAT
(Jumaat, 9 Rabi’ul Awal 11H)

2 HARI SEBELUM WAFAT
(Sabtu, 10 Rabi’ul Awal 11H)

-Sakit nabi terasa agak ringan
-Rasulullah keluar ke masjid di waktu Zohor dengan dipapah 2 orang sahabat
-Abu Bakar As-Siddiq mengikuti solat Rasulullah sambil menyaringkan takbir untuk orang ramai

1 HARI SEBELUM WAFAT
(Ahad, 11 Rabi’ul Awal 11H)

-Rasulullah memerdekakan semua hamba-hamba yang menjadi miliknya
-Baginda bersedekah sebanyak 7 dinar yang nabi ada
-Baginda memberi hadiah senjatanya kepada kaum muslimin, kecuali perisai yang masih tergadai kepada seorang Yahudi

HARI KEWAFATAN NABI
(Isnin, 12 Rabi’ul Awal 11H)

-SUBUH: Rasulullah menyingkap tirai pintu dan memandang ke arah para sahabat yang sedang membetulkan saf solat Subuh, sambal terseyum lebar.

-DHUHA: Puteri nabi, Sayyidatuna Fatimah menangis kesedihan
-Rasulullah mencium dua cucu kesayangannya, Hasan dan Husain. Rasulullah mengadu kepada Aisyah yang dia merasa sakit akibat racun di Khaibar
-Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di pangkuannya

-SELEPAS GELINCIR MATAHARI: Nabi bersugi dengan kayu sugi yang digigit dan dilembutkan oleh Aishah.
-Kemudian nabi mengangkat tangan dan mengisyaratkan jarinya.
-Kalimah terakhir diulang sebanyak 3 kali, dan tangan nabi yang diangkat akhirnya jatuh longlai menandakan kewafatan Rasulullah.
-Rasulullah wafat dengan usia 63 tahun 4 hari.
-Abu Bakar As-Siddiq dilantik sebagai khalifah. Ini merupakan ijmak yang pertama dalam Islam.

SEHARI SELEPAS WAFAT

-Subuh pertama tanpa Rasulullah yang tersayang
-Sayyiduna Bilal b. Rabbah menangis sewaktu melaungkan azan subuh. Semua sahabat turut menangis.
-Pagi Selasa: jenazah Rasulullah dimandikan dan dikapankan
-Sahabat bergilir-gilir seramai 10 orang untuk solat jenazah

2 HARI SELEPAS WAFAT

-Rabu malam Khamis: Rasulullah dikebumikan oleh Sayyiduna Anas b. Malik

(Ringkasan ini selesai ditulis pada 16 Zulhijjah 1439/ 28 Ogos 2018 dan selesai disemak kembali pada 1 Rabi’ul Awal 1440/ 8 November 2018.)

Wallahua’lam

-Rasyid Al-Kinti

Batu Gajah,
1 Rabi’ul Awal 1440/
8 November 2018

https://t.me/RasyidAlKinti

Tuesday, 30 April 2024

Pesan Cikgu Din

Me talking in front of the class about the incident between me and ckg Din (bukan nama sebenar) 5 yrs ago, when i reached the peak of the story i  said, "really, i dont know where all the weight come from" everyone in the class laughed hard and i was like "was that funny?"

Waktu PJK kalau tetiba ckg din panggil kau suruh datang dekat mesti cuak sebab maybe dia nak tegur pasal aurat atau tudung ke seluar ke  stongan ke. Pulak tu baru lepas lompat gimnastik tu hah. I walked towards him while adjusting my tudung and stongan. Rasanya cover dah semua.

Bila datang dekat, cikgu pulak buat muka serious mencuka macam nak cakap pasal politik. Dah tentu aku pun cuak nak sengih pun tak keluar. Tahu cikgu cakap apa?

"Saya tengok awak ni makin gemuk"

First time bende alah tu masuk telinga aku rasa lega sebab ingatkan nak tegur apa2. Rupanya ada topik lain yang menarik minat cikgu sampai kena panggil aku tengah2 waktu kelas.

"Saya ingat lagi awak dulu masa awal2. Kurus molek je. Cantik. Awak ni cantik sebenarnya."

Aku senyap. Sengih lah sikitkan takkan nak masam je. Sepanjang cikgu cakap tu aku tak terkata apa2 pun. Classmate lain semua berkumpul ni nak dengar cikgu cakap apa.

"Saya bukan nak cakap apa. Jodoh tu saya tahu Allah yang kasi."

Hah ni sumpah pelik kenapa ek tetiba cakap pasal jodoh. Aku tafsirkan cikgu nak cakap yang takde laki nak perempuan gemuk. Takde lelaki berminat nak meminang perempuan gemuk. Dan cikgu nak cakap perempuan gemuk ni tak cantik sebab tu awal tadi cikgu cakap aku ni cantik molek masa kurus dulu. Aku masih senyap membisu.

"Memang jodoh tu dekat tangan Allah tapi awak kena jaga personaliti."

Part ni je aku dah rasa bengang sangat depan kawan2 lain. Memang cikgu sudin suka bagi nasihat pasal kahwin dan rumahtangga. Tiba an masa ni aku punya badan pun dia nasihatkan.

Sampai situ je aku mampu cerita. Dialog seterusnya biarlah aku simpan dalam otak ni je. Memang aku takkan pernah lupa semua perkataan cikgu.

Cuba teka apa yang merubah aku lepas dapat tempelek macam tu?

Sejujurnya tak ada apa2 hahahaha

Korang rasa aku ada masalah ke dengan berat badan aku? Korang rasa aku terasa ke dengan semua tu? Hahaha tidak.

Monday, 26 August 2019

Ucapan Jazakallah Khayran

JZKK?

Ada fadhilat bila menggantikan atau menambahkan ucapan terima kasih kepada Jazakallah khayran ✨

Boleh ke tambah perkataan dalam ucapan ini? Boleh, tiada larangan kerana maqasidnya sama, mendoakan si pelaku. Namun perlu taslim bahawa apa daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah yang terbaik. Wallahhua'lam.

Sebab itu, kalau ada orang tersalah dalam sorof arabnya, atau mengucapkannya dalam bahasa lain, diterima  Tapi saya sediakan guideline mengikut bahasa arab yang berseni ini, lebih lebih lagi kerana saya belajar dalam bidang ini. Masa belajar di asasi CFS, saya pernah berkata  kepada Ustazah Mazlina "جزاك الله" (Allah balas anda). Ustazah jawab, "جزى الله بما؟" (Allah balas dengan apa?). Sambil tersengih saya menjawab, "جزاك الله خيرا". Maksudnya, doa ini tidak lengkap tanpa maf'ul bih tsani (خيرا), Allah membalasmu dengan -kebaikan.

Jawab kepada ucapan doa ini pula saya tak tahu dalilnya dari mana-mana ulama. Cuma pada pengetahuan saya, ia adalah satu jenis doa. Maka berpada jika diaminkan, atau mengembalikan semula doa itu kepada si pengucap. Seperti yang selalu digunakan, "وإياك", "الله يجزيك". Wallahhua'lam.

Ubah ucapan ta'bir biasa kita kepada ucapan yang berbalik kepada Allah. Jika sakit, syafakallah. Nak exam, bittaufiq wannajah. Oh my God kepada Subhanallah. Dan, ucapan terima kasih digantikan atau ditambah dengan Jazakallah khayran 朗

Moga muzakarah disertai amal 


p/s: boleh rujuk hadis dan athar lain yang menyebut tentang fadhilat ucapan Jazakallah khayran.

Saturday, 1 June 2019

Sebelum Kembali Merindu Ramadan

Beberapa lagi, Ramadan akan berakhir.
😢

Janganlah Kau biarkan kami 'menzalimi' diri dengan mood raya yang berlebihan sehingga membutakan jiwa dan melumpuhkan raga untuk merebut peluang pada hari hari berbaki.

Kegelisahan kerana perpisahan hanya datang pada orang orang yang sedang jatuh cinta. Bila semua berjalan macam biasa mungkin kerana tiada rasa.


Pun masih ada kesempatan dalam hari hari berbaki, berlumba lumba mendapatkan segalanya yang difadhilatkan pada bulan yang mulia ini, bersegera meminta Keampunan dan taubat kepada Nya. Masih ada kesempatan untuk memperbaiki puasa kita daripada hanya sekadar menahan lapar dan dahaga kepada jiwa yang tunduk sepenuhnya kepada Nya. Tinggal beberapa hari lagi. Moga berakhir dengan baik. Bersedih sedih untuk berpisah pun tak berguna kalau 'membodohkan' dan 'menzalimi' diri sendiri untuk tak merebut peluang pada hari hari berbaki ini. 

Semoga sampai ke hati yang menulis dan membaca.

Tutup Semester Tiga

Selesai final exam, keluar hall, patut ke kita tanya kawan-kawan tentang soalan peperiksaan yang kita baru jawab tadi? Kalau dulu dekat sekolah rasa macam haish senyap senyap jelah tak payah lah bincang bincang deme ni pun. Rosak mood orang je. Tapi bila masuk alam universiti, saya lebih memaknai sesuatu pembelajaran, bukan sekadar untuk exam dan untuk bersaing.

Di universiti lain, sebab antara exam banyak gap. Tak macam di sekolah. Budaya berbincang jawapan lepas exam ni bagi sipah, budaya yang baik sebab kita terus dapat tahu kita buat salah atau tak. Terus dapat tahu then improve. Bukan lepas bincang pastu badmood. Budaya bincang jawapan lepas exam ni buatkan kita rasa belajar bukan untuk exam. My point of view. Sipah appreciate sangat sesiapa yang sudi berbincang jawapan dan review soalan exam dengan sipah. Tapi kalau ada kawan yang tak suka janganlah kita duk sebelah dia duk tanya2 lagi. Semua ada struggle dia sendiri dalam hall dan mungkin bila dia bincang dia akan jadi stress. 

Don't let the grade challenges you. Let you challenge your gred. Biar gred turun yang penting kita faham dan ilmu tu berguna. Jangan biarkan gred yang bagus tapi ilmu tak diamalkan tak praktik pastu banyak lupa.

Maaf buat kawan-kawan yang terasa hati dengan pendirian saya. Tahniah semua!

Tuesday, 28 May 2019

Lirik Nasyid Terima Kasih Segalanya - Hijjaz

Terima Kasih Segalanya - Hijjaz

Masih teringat debar di hati
Saat pertama kali berada di sini
Ternyata adakah engkau sudi terima
Ternyata kini kita masih bersama

Tiap melodi yang beralun
Dan setiap bait kata kata berlagu
Semoga akan dapat menyentuh hati mu
Dan takkan kau lupa kita pernah
Oh pernah bertemu

Engkau takkan pernah tahu 
Senyuman mu itu penenang hatiku
Hapus semua lelahku 
Kau buat ku lupa ujian bertalu

Tulus jiwa ku katakan padamu
Betapa ku sayangkan dirimu

Terima kasih ku atas kesetiaan
Terima kasihku atas kebahgiaan
Terima kasih ku atas penghargaan

Janji ku padamu akan ku usahakan
Kan terus bertahan dengan izn tuhan
Hingga hujung nyawa
Ku berterima kasih kepada mu

Andai tiba waktu takdir menjemputku 
Moga tak kau lupa detik yang berlalu
Doa ku dambakan moga akan bertemu
Oh di syurga

Wednesday, 23 January 2019

Perempuan Berkalungkan Kecewa

Manusia berharap.
Lepastu kecewa.
Itu biasa.
Saat kecewa itu, pilihan terletak pada kita.
Nak terus melayankan kekecewaan,
Nak teruskan berdrama atau nak teruskan hidup.

Kadang kadang wanita terlalu banyak bermain main dengan masalah yang tak wujud (imaginsry problems)

Kita patah hati broken segalanya,
Padahal sebenarnya kita boleh sangat sangat kalau nak bangkit dan teruskan belajar menjadi wanita yang pandai bahagia.

Wanita yang pandai berbahagia adalah wanita yang mampu selesaikan masalah masalah dia.
Wanita terkenal dengan memposisikan emosi lebih tinggi daripada rasional. Hmm sebagai wanita, saya berpendapat bahawa kenyataan masyhur ini kurang tepat.

Tapi iya, sensitif wanita yang lebih tinggi daripada lelaki ini, Allah kurniakan sebab wanita lah yang mengandungkan, menyusukan dan mendidik anak anak, yang mana semua tugasan mulia ini memerlukan sensitiviti.

Persoalan terakhir,
Kenapa kita perlu kecewa.
Bincangkan.

-auliyasiefa💌

Thursday, 17 January 2019

Sebenarnya bukan sombong

Muslimah jaga malumu.
Jangan beremosi bila lelaki tidak melayan.
Sebenarnya mereka bukan sombong,
Mereka sedang menjaga untuk tidak mengekuarkan kata kata mesra,
Kerana mereka faham itu akan berbuah dosa.
Sebenarnya mereka ingin berbalas panjang,
Sabar muslimah.
Jaga malumu.
Mereka mampu mengapa tidak engkau?
Tapi ketahuilah,
Mereka tak akan pernah mengabaikan orang yang mereka sayang.
Semua orang lumrah begitu.
Sabar muslimah sabar.

Wednesday, 16 January 2019

Futur lagi dan lagi

Aku ingat aku akan terus terusan kecundang.
Aku fikir aku akan terus terusan dalam dunia futur aku.
Sampaikan aku sendiri tak percaya dengan diri aku.
Boleh ke aku balik jalan dulu?
Aku takut aku tak mampu.

Tapi bila sekarang,
Allah munculkan sinar baru dalam hidup aku,
Allah pinjamkan lagi kekuatan dari sisiNya untuk aku terus dalam jalan mujahadah,
Aku mampu pujuk hati.
Aku sendiri kagum dengan hati aku.
Hati,
Kau kuat sebenarnya.
Aku sendiri tak pernah sangka kau kuat.
Kau boleh, wahai hati.
Hati, kau kuat.
Teruskan pegang prinsip kau utuh utuh. Kau ada Allah untuk bantu kau atas jalan ini.
Allah tu, dekat, lebih daripada urat leher .

Bungkam

Mula mula aku fikir untuk biarkan aku macam ni,
Sorokkan segalanya drpd dunia,
Sorokkan segalanya dengan rasa ikhlas,
Takpa orang tak tahu,
Mereka tak perlu tahu,
Aku boleh pendam.....

Lama lama aku pendam ni dalam diri,
Aku jadi lemah.
Mungkin akan jadi kuat.
Lemah setelah kuat.

Tapi bila terlalu lama aku biarkan,
Seolah2 ini akan menjadikan aku kuat, sebenarnya aku silap.
Aku tak boleh biarkan dia bertapak.
Aku kena defen diri aku daripada rosakkan diri aku,
Masa depan aku, potensi aku.
Aku kena halang untuk rasa ni mengembang.
Kalau nak berkembang pun, biarlah drpd lemah menajdikan aku kuat.

Sebab itu yang aku nak sekarang,
KEKUATAN.
Aku sedih dengan diri aku sekarang,
Aku betul2 nampak macam orang lemah.
💔💔💔

Wednesday, 17 October 2018

Senyummu itu Ukhti

Ukhti,
Mungkin senyumanmu yang kau lemparkan sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari hari

Ukhti,
Senyuman yang kau tebarkan dengan sembarangan bertitik niat menarik ajnabi, ada pertanggungjawabannya kelak.

Tuesday, 16 October 2018

Untuk Wanita Kecewa

Wahai sahabatku,
Dan wahai diriku,
(Andai nanti waktu aku diletakkan dalam ujian seperti keadaanmu)

Jika benar ada orang yang sedang berjuang hanya untuk mengecewakan kita,
Maka sebenarnya hadirnya dia bukan sengaja.
Mereka bukan sengaja mengecewakan.

Dikecewakannya kita bukan kosong, tanpa membawa mesej indah daripada Allah,
Bahawa kecewa ini Allah bawa untuk mengujimu. Kecewa ini wasilah Allah mengingatkan mu, pengharapan pada tempat yang selain Allah hanyalah pengharapan palsu.

Cukuplan berharap sederhana.
Jangan biarkan harapan mekar bagai cinta yang sepatutnya pada Yang Esa.

Jika sekarang dia tidak ikhlas memperjuangkanmu,
Ketahuilah hanya saja Allah takdir yang lebih indah dan lebih baik yang sedang mencari jalan dalam memperjuangkan dirimu.

Kuat wahai wanita.
Kuatkan dirimu dengan iman dan ilmu.
Percayalah, menjadi lemah itu jauh lebih menyakitkan daripada bersusah payah menjadi kuat.
Percayalah, aku pernah lalui.
Menjadi lemah itu seakan ada benda lain yang mengawalmu dari dalam, sesungguhnya itu sangat menyakitkan.

Kuatlah wanita.
Kuatkan dirimu dengan iman dan ilmu.
Wanita berilmu itu tidak mudah jatuh pada hati dan tempat yang salah,
Wanita berilmu tidak mudah terayu dengan cinta palsu berasakan nafsu,
Kerana di dalam hati mereka berbekalkan wahyu.

Kuat, hasiefah!

Monday, 15 October 2018

Siapa Auliya dan kenapa

Si Kerdil yang Tawaduk

Semakin banyak kita tadah ilmu, semakin kerdil kita akan rasa. Kita akan mula berfikir betul betul apa tujuan hidup kita.

Kalau ada sahabat atau sesiapa pun yang ditakdir Allah sebagai wasilah dan mengajak kita pergi ke majlis ilmu, kemudian kita menolak ajakan suci mereka tanpa asbab musabab penting, lalu dengan siapa kita patut rasa bersalah? Dengan sahabat kita ke? Tidak. Kita patut rasa bersalah dekat Allah.

Benar kita bukan dalam kalangan yang terpilih. Persoalannya mengapa Allah tak pilih?

TAMAN ILMU DAN BUDI.
kalau nak dikatakan beruntungnya komuniti taman ilmu dan budi UIAM ni, tak terkira. Berderet program setiap hari, sampaikan kita boleh sakit jiwa nak buat keputusan nak pergi mana satu. Tapi dalam situasi sakit jiwa, janganlah kita menjadi mereka yang betul betul rebah jiwanya dengan hanya memilih untuk mengurungkan diri dalam bilik, cenderung kepada melayan movie atau game. (Kalau study maqbul yang amat)

Peluang ada. Budaya ada. Biah ada. Kita pilih, take it or leave it. To do it or ignore it.
Tadahlah ilmu banyak banyak, dari semua aspek. Akhirat dan dunia, dinniah dan dunyawiyyah.
Tadahlah ilmu dengan pergi ke majlis ilmu, dengan berbual dan berkomunikasi, dengan pemerhatian yang murni, melihat dan berfikir, muhasabah dan meditasi.

Ya allah, jadikanlah kami sebagai orang orang yang tak jemu untuk belajar dan berdamping dengan orang orang yang berilmu.

Dan setiap kali hadir ke taman syurga, selalu teringat mak abah. "Andai lah mereka bersama dalam tamab syurga ini." Aku rindu mak abah. Moga mereka dalam naungan dan hidayah allah. Moga solat dan zikir mereka terjaga.

Jangan sombong. Ikut resmi padi. Makin berisi, makin tunduk. Makin berilmu, makin tawaduk. Kalau rasa diri tawaduk, maka sebenarnya kita belum tawaduk.

Memburu Solehah

"Muslimah sering mencari dan meminta solehah. Tapi dia alpa tatkala dikurniakan ujian demi ujian untuk menjadi solehah. Sering mengadu, merintih, mngekuh kenapa dan mengapa. Sungguh hakikat sebuah solehah itu perit dan sakit. Tetapi manis di penghujung. Teruskan memburu solehah."

Kita semua sering merasa terkandas dalam memburu solehah. Hakikatnya kerana solehah itu satu proses. Sekali solehah tidak menjamin selamanya solehah.

Kerana ia bukan satu proses yang terhenti. Ia proses yang berpanjangan. Itu hakikat hijrah. Berpanjangan. Siapa rasa tak layak? Ya, saya dan anda berkongsi rasa yang sama. Takda orang yang mampu beri rasa kita layak dan kita mampu melainkan diri kita yang beri rasa itu. Usaha bermula dengan rasa. Sentuh hati. Tak mudah, tapi akan dimudahkan Allah dalam mencari apa yang dinamakan redhaNya.

Hakikatnya saya menulis ini dengan penuh keberanian menentang hati sendiri yang merintih "cukuplah menulis tentang solehah, diri kau je tak berupaya menjadi."

Sunday, 14 October 2018

Seorang Penulis

Dialah orang yang paling syahdu bila ditinggalkan keseorangan bersama sebatang pen. Bait bait penulisan penuh dengan emosi sedih dan pengharapan yang dia tahu, hakikatnya ia sebuah kesilapan yang rakus dan kejam mencuri kebahagian dalam diam

Friday, 12 October 2018

Ragu

Hijrah bukan proses yang terhenti, hijrah proses yang berpanjangan.

Aku bercadang untuk membiarkan pena akhirnya menari,
Meluahkan semuanya yang terbuku dalam diri,
Biar semuanya lebih jelas dan lebih difahami,
Apa yang bermain main di setiap sudut benak hati.

Semuanya masih bagaikan sesuatu yang tak mungkin aku miliki,
Hatta sekarang cerita ini masih bagai satu mimpi.
Kita bermula dengan tiada, lantas segalanya berlaku sekelip mata.
Aku tak jemput aku tak undang,
Semuanya datang sebagai satu jalan dalam ketentuan.

Dan bila tiba hati sekali lagi diuji,
Aku pilih untuk berdiam diri,
Dan itu akan terus menjadi pilihan hati.

Kerana akhirnya aku makin sadar,
Yang pernah berjanji untuk setia mengutip yang terbuang itu aku.
Yang pernah berjanji untuk setia menyembuh luka itu aku.

Layakkah aku risau tentang sebuah kesetiaan?
Layakkah aku meragui sebuah janji?
Layakkah aku menodai kepercayaan diri sendiri?
Jalan ini aku yang pilih,
Tak ada siapa yang paksa.

Jadi,
Aku pilih untuk membenamkan segala keraguan yang hakikatnya masih zahir, demi sebuah janji yang pernah aku semai, aku akan terus menjunamkan benih benih syak dan keraguan dalam pelupusan memori dan rasa.

Mungkin saja perasaan "ada kalau ada, tidak kalau takda" akan terus menjadikan aku lemah, atau pun akan terus menjadikan aku bersemangat untuk jalan yang tak disangka.

Tapi jujur,
Aku ragu.

Monday, 8 October 2018

Kejam

Kejamnya dunia.
Sedang kita mencari kekuatan untuk meniti kebahagian dan hidup dalam penuh keyakinan,
Dia hadapkan kita dengan kisah lama yang merebut kepercayaan dan mencetus keraguan dan kebencian.

Paling kejam bila hati kata
"Lupakan"
Tapi otak tepis
"Fikir fikirkan"

Kejam bila hati terima seadanya situasi sekarang dan terima seadanya kisah silam,
Tapi otak cakap "kau ada hak untuk pertikaikan, jangan menyesal kemudian hari, sementara masih sempat, buat!"

Macam mana ya?

Tuesday, 25 September 2018

Muslimah Komtemporari

Menjadi wanita solehah bukan mudah.
Perlu pada usaha dan kekuatan melawan nafsu dan godaan.

Godaan gadis zaman ini.
Populariti di media sosial.

Tak popular di ig, twitter, dan fb, hidup terasa kosong dan bosan. Bilangan follower menentukan nilaian diri.

Jujurnya aku simpati dengan godaan dan ujian buat remaja hari ini. Lebih mencabar untuk membentuk diri dan mencari identiti kerana pengaruh dan anasir yang maha pelik tersebar di media.

Sedangkan zaman remaja aku dulu, tidaklah diuji begini hebat kuasa media sosial. Challenge itu dan ini, parodi ,tik tok, dubmash dan banyak lagi apps yang mencabut rasa malu dan sopan.

Letih dan sedih tengok.

Teringat zaman remaja dulu, rezeki bersekolah agama, tak dinafikan memang banyak dugaan juga nak jadi baik ketika zaman remaja, adakala terbuat salah juga , insan sekeliling sangatlah main peranan dalam menasihati aku. Mak ayah, saudara mara, senior zaman sekolah, guru dan sahabat.

Zaman remaja , zaman ghairah mencuba.
Lebih terkesan dengan perasaan sendiri. Zaman kadangkala lebih mengejar seronok yang sekejap , susah nak melihat jauh ke depan.

Bimbang sungguh melewati ig anak muda yang  ghairah memburu like dan populariti, yang selalu buat paid review, hingga kadangkala melampaui batas susila dan agama.
Malu tolak ke tepi.

Yang menayangkan kisah couple masing-masing , lebih dari pasangan yang dah beranak pinak.

_

Buat adik remaja sekelian, akak doakan moga selamat melalui alam remaja dengan maruah terjaga, malu yang terpelihara, dan akhlak yang mulia. Moga tiada sesalan di alam dewasa nanti.

Akak doakan sentiasa ada insan di samping kamu semua yang membimbing dan menasihatkan apa yang betul dan salah. Supaya kamu tak akan buat perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah , dan minta dijauhkan, melanggar ajaran agama.

Istimewa gadis dan wanita kerana prinsip ,iman dan maruah yang terjaga. Bukan rupa dan penampilan semata.

Istimewa gadis dan wanita, kerna akhlak yang cantik , malu pada tempatnya dan pandai menjaga diri. Bukan siapa yang paling berani menyahut challenge itu, dan berani buat parodi.

Buat semua orang tua, bimbinglah anak remaja dengan contoh yang terbaik untuk mereka ikuti. Baik buruk mereka selalunya datangnya dari perlakuan kita yang dilihat mereka.

Sekarang ni, orang dewasa lagi mengarut dari anak muda, sibuk berparodi itu .
Terbaru lagu mengarut Bobo Di Mana, berlumba orang dewasa buat parodi sampailah artis pun terkejar buat parodi, jadi yang remaja pun terikut-ikutlah mengikut, sedangkan kita kita tahu lagu dan video ada unsur softporn.
Ya Salam.... Tepuk dahi.

Nasihatlah dan sayangilah anak muda semampu kita.

Anak remaja tak terbina dengan sendirinya, harus ada orang dewasa yang mencorakkannya. Seperti mana kita dulu.

Jangan didiamkan saja apa yang buruk, cubalah bertindak semampu kita.

Ikhlas,
Wan Nur Syakira,
Akak yang bimbang melihat gadis dan wanita zaman ini.

#mintasebarkan
#samasamengejarsolehah

Monday, 24 September 2018

Peluang dalam suasana

susun diari diari masa sekolah.
nak buang, sebab tak sanggup nak hadap lagi.
bila baca rasa macam weh kenapa dulu banyak sangat kecundang ni. rasa macam tak percaya dulu hati murah sangat. tapi semua nilah yang menguatkan kan?

diari paling rasa sayang nak buang masa form 5.
sarat dengan ayat ayat bayan, taujihat taujihat kawan dan para murobbi, dan sarat dengan bingkisan hati seorang perempuan yang terjentik untuk mencari sinar baru dalam hidup, untuk lebih faham penciptaan wanita, dan faham kerja agama.

sebab tu lah masa form 5 mulalah tercetusnya sayap sayap bagai, sebab kesedaran kepentingan wanita dalam usaha dakwah tu rasa macam kuat, sebabtulah mula bercinta dengan usaha masturat. jatuh cinta dengan kerja ni. allahu rindunya. segala persediaan untuk jadi wanita yang kuat dalam dunia luar, masa nilah nak semaikan nak praktikkan. masih belajar. sipah mengaku, kadang tersasar. tapi cuba fikir kenapa Allah masih tempatkan sipah dekat suasana yang ada potensi dan peluang besar untuk terus bentuk diri? bodoh lah kalau tak nampak semua ni. bodoh lah kalau rasa nak pergi majlis ilmu pun malas. bodoh kalau tak ambil peluang. marilah jadi orang yang rajin dan buta. doakan saya! suasana ini pun satu ujian.