Beberapa lagi, Ramadan akan berakhir.
😢
Janganlah Kau biarkan kami 'menzalimi' diri dengan mood raya yang berlebihan sehingga membutakan jiwa dan melumpuhkan raga untuk merebut peluang pada hari hari berbaki.
Kegelisahan kerana perpisahan hanya datang pada orang orang yang sedang jatuh cinta. Bila semua berjalan macam biasa mungkin kerana tiada rasa.
Pun masih ada kesempatan dalam hari hari berbaki, berlumba lumba mendapatkan segalanya yang difadhilatkan pada bulan yang mulia ini, bersegera meminta Keampunan dan taubat kepada Nya. Masih ada kesempatan untuk memperbaiki puasa kita daripada hanya sekadar menahan lapar dan dahaga kepada jiwa yang tunduk sepenuhnya kepada Nya. Tinggal beberapa hari lagi. Moga berakhir dengan baik. Bersedih sedih untuk berpisah pun tak berguna kalau 'membodohkan' dan 'menzalimi' diri sendiri untuk tak merebut peluang pada hari hari berbaki ini.
Semoga sampai ke hati yang menulis dan membaca.