Manusia berharap.
Lepastu kecewa.
Itu biasa.
Saat kecewa itu, pilihan terletak pada kita.
Nak terus melayankan kekecewaan,
Nak teruskan berdrama atau nak teruskan hidup.
Kadang kadang wanita terlalu banyak bermain main dengan masalah yang tak wujud (imaginsry problems)
Kita patah hati broken segalanya,
Padahal sebenarnya kita boleh sangat sangat kalau nak bangkit dan teruskan belajar menjadi wanita yang pandai bahagia.
Wanita yang pandai berbahagia adalah wanita yang mampu selesaikan masalah masalah dia.
Wanita terkenal dengan memposisikan emosi lebih tinggi daripada rasional. Hmm sebagai wanita, saya berpendapat bahawa kenyataan masyhur ini kurang tepat.
Tapi iya, sensitif wanita yang lebih tinggi daripada lelaki ini, Allah kurniakan sebab wanita lah yang mengandungkan, menyusukan dan mendidik anak anak, yang mana semua tugasan mulia ini memerlukan sensitiviti.
Persoalan terakhir,
Kenapa kita perlu kecewa.
Bincangkan.
-auliyasiefa💌