kaalulah pasal wings buat sis femes,
sis nak undur masa.
kahkah geli tak baca ayat tu.
yelah.
sis pergi mana mana semua teriak.
"weh sayaaappp weh!"
"huntonglah ada sayap budak tu."
"uish kat sini ada sayap kiri."
penggambaran gambar untuk majalah sekolah.
"uolls, kita nak buat gaya apa ni untuk candid?"
"apalagi, gaya SAYAPPPP lah!!!"
haritu lalu kelas yang dirahsiakan namanya.
tetiba ada sorang malaun pi nyanyi.
"jauhnya kau terbang siapa sangka. getir yang menghalang tak besar mana,"
habis! fynn jamal pon terlibat dengan lagu dedikasi untuk sayap, Terbang Tunduk.
dekat dm, kawan sis cerita,
"mokcik! nak ayam bahagian SAYAP!!"
instead of yang biasa guna, kepak.
sampaikan logo ittihad pon bersayap bagai.
sedangkan semuanya bermula daripada satu usaha.
mereka yang belum faham, bolehlah nak dogging,
sis relakan.
asal satu hari nanti kita dapat kefahaman,
apa di sebalik yang sis hebahkan, sayap kiri dan sayap kanan.
alhamdulillah ada sebahagian budak lelaki dah dapat kefahaman, siap kasi surat dekat sis 3 ke 4 kali, minta maaf sebab dogging pasal sayap,
ada yang tulis delat whiteboard.
masa sesi bermaafan lelaki perempuan lol, semua tempat sis pergi, sentuh isu sayap.
semua minta maaf sebab dogging.
sis minta maaf sebab mulakan benda ni.
tapi sis tak hebahkan.
sis buat sebab nak bela kawan sis.
and that one yang buat kawan sis tu yang sebarkan.
sungguh sis maafkan dia kerana buat kawan sis menangis ,
dan kerana menyebarkan soal sayap kiri sehingga sis
bagaikan disisih dan dicela tiap masa.
sis maafkan awak.
sis syukur sebab awak dah faham.
sayap kiri ialah wanita,
untuk suaminya,
wanita,
yang membantu usaha dakwah,
usaha yang bukan hanya untuk lelaki.