Sunday, 31 May 2015

Dia dengan cara itu

Cerita daripada seorang sahabat.
Asiah *bukan nama sebenar* menceritakan dekat saya.
Bagaimana cara dia menerima hidayah.
Allah menghantar hidayah daripada teguran halus seorang sahabat bernama Maria. *ofcourse bukan nama sebenar*.

Asiah seorang yang menjaga auratnya, namun
dia pernah tergelincir untuk melanggar batas pergaulan
lelaki perempuan. Dia ketawa bersama lelaki,
melemparkan senyuman buat lelaki.
Biarpun perkara itu kecil namun itu tetap melanggar batas.
Satu hari dia kedatangan haid.
Dan dia tidak pergi ke surau.
Duduk bersama akhowat yang tidak boleh solat di salam kelas.
Seorang lelaki ternampak mereka di dalam kelas lalu
mengunjing, "eeeee. tak suci!"
Asiah mendengus.

Kemudian datang lagi sekelompok ikhwah
"wei solat solat!"
"korang bau darah tak?."
"weh baju kau ada darah."
Rakan Asiah menjawab, "Apalah masalah korang ni!"
Asiah terasa maruahnya disiat siat.
Asiah marah, namun berdiam kerana dia memang tidak melayan jika lelaki menganjing.

Satu hari dia ingin menegur perbuatan ikhwah yang suka mengunjing
perempuan haid.
Jelas perbuatan itu tidak sopan, bukan daripada ajaran Islam.
Dia pun menulis sesuatu untuk Ustazah agar ustazah mengambil tindakan.

"Ustazah, saya tidak gemar lelaki yang gemar menganjing perempuan haid. Boleh ustazah naikkan usul penyelesaian kepada pihak lelaki?"

Sewaktu menulis surat untuk ustazah, Maria ternampak lantas bertanya,
"eh, apa ni asiah?"
Asiah menjawab. "Ni hah, ikhwah gemar menganjing kami,....*blabla*"
Maria terkejut mendengarnya.
"Ouh yeke? Maria tak pernah kena pun. Mungkin kalian sahaja yang mereka minat,"

Mendalam. Begitu mendalam bagi Asiah.
Baru dia teringat.
Dia bukannya yang menjaga sangat seperti Maria.
"Ikhwah tidak mengganggu Maria kerana hormat akannya.
Aku? Aku kadang kadang melayan lelaki, mungkin lelaki fikir tidak mengapa mengganggu aku. Ya Allah, ampunilah aku."


Begitu cara halusnya. Mashaallah.
Sama sama ambil Ibrah.
Begitu Allah nuzulkan hidayah buat asiah.
Melalui respon Maria.
Alhamdulillah Asiah jenis positif,
mengambil baik setiap perkara,
setiap di depan  mata merupkan pengajaran buatnya.
Inshaallah, ISLAHKAN DIRI!
BERHIKMAH UMPAMA MARIA.