Saturday, 15 October 2016

apani scim trobek

ada satu gambar dekat ig scim,
gambar tu post dah lama,
lepastu saje lah edit balik caption,
.

torongot polok totobo.💕
*sedutan video wasiat budak lelaki ittihad (acah)*

and that's 👆 the original caption.

saje nak edit caption ni, ye lahkan sebab ni post lama so tak ramai yang akan baca balik caption ni.

yang terpilih je, yang rindu dan stalk scimey je 😂.
.
specially dedicated (edited) caption : BROS SIS OF batch LOL 💘💋

scim rindu semua.
minta maaf scim terlebih terkurang sepanjang jadi batchleader.
korang semua satu anugerah Allah.
banyak ajar scim benda baru.

walau scim tak rapat dengan lelaki lol,
scim respect korang .
korang buat kerja sentiasa bagus, sangat bagus.
sentiasa unite. walau hanya pada pandangan kasar.😂
bila kena nganjing dengan korang,
scim rasa macam abang2 yang tengah bergurau dengan seorang adik bongsu. (even masa tu rasa nak pi nangis dekat mak hahah lol 😂).

perempuan,
scim ada kawan kawan rapat sendiri jugak,
as u've known, that gelegis , summ, ittihad.
senang kata orang label as "budak budak badar"
atau lebih ekstrim "dak dak sayap "
tapi setiap langkah setiap masa scim jumpa korang,
scim takkan lepas satu peluang pun untuk kenal korang deeper.
untuk jadi rapat dengan korang.

tapi tulah, cara scim, cara korang lain. fikrah kita tak sama.
scim selalu tergelincir, selalu silap cara. 😢 .
bila cara scim salah,
korang fikir yang scim benci korang,
yang scim selalu fikir scim baik.

tiap hari fikir,
macam mana nak bagi korang tahu yang scim tak pernah langsung benci korang.
yang scim tak pernah fikir scim lebih baik .

tapi dalam mencuba, ada terkena.
dalam banyak2 cara, ada yang berhasil.
kita stay up pagi pagi buta.
masing masing nyatakan fikrah masing masing (yang memang variasi).
masing masing rendah diri  masing masing akui salah diri.
lepastu beratur bising bising nangis nangis minta maaf.
kebetulan 10 terakhir ramadan, kita plan nak terus tahajud sama sama.
SATU BATCH !

jalan jemaah pergi surau pukul 4 pagi, sambil hujan lebat,
semua berharap malam tu lailatulqadr.

masa tahajud,
setiap sudut dalam surau dengar suara merintih, menangis.
ya Allah, scim rasa masa tu mashallah nikmat apakah ini?
nikmat ukhuwah apa lagi yang best unless ukhuwah yang sentiasa berpesan kepada jazbah fisabilillah ?! 😭😭

(rupanya ig ada limit caption ek).

***************
hmmm mesti ada rasa scim annoying an.
alooo jangan ah .
ni saje je.
nak tribute.
hangpa pa tau
scim sorang je dapat rasa. hahaha lol.

Thursday, 28 July 2016

puisi tak jadi

tika hati terasa,
baik tangan menulis,
agar ini dapat dipandang lagi
bila hati dah bahagia.

untuk ingat,
tak semua orang selalu ada,
yang selalu ada cuma satu,
yang selupa dilupakan.

maka tika ni
maka terbayanglah wajah2 mereka,
yang selalu masak cekodok ikan bilis,
yang selalu pinjam tab untuk topap,
yang selalu gaduh,

dan tak lupa,
yang dah bertebaran sayapnya.
yang mungkin dah melupakan
yang mungkin dah tak ingat nama

sayu ,
pilu,
kenapa terbayang?
sebab sayang.
masih sayang ?
takkan hilang.
pasakkan rindu,
moga jadi ibadah,

taknak lah sia sia,
nanti sia sia .

biar air mata jadi murah,
langsung tiada salah,
menangislah,
lepaskan masalah,
lepaskan resah gelisah,

tapi ingat,
kembali hanya pada yang satu,
persandaran yang hak.

bila bersandar padaNya,
tika terasing rasa tetap ramai,
tika terasing rasa tetap damai.

goodluck in future, dear myself 💪💪

Saturday, 2 July 2016

cerita bilik 301A (part 1)

malam tu,
su dah tidur.
aida, scim dan sara still,
berjaga.
scim main game dalam phone dengan sangat tawaduk.

suddenly,
su menjerit,
"akbar!"😱😱

we thought she said Allahuakbar,
but after all , what we heard was, 'akbar'.

scim hilang fokus kejap drpd game.
aida macam nak cakap dengan su,
mana tahu su sebenarnya tak tidur lagi kan.

"su are u ok su ?"

su senyap,
so kami anggarkan su hanya bermimpi.

after that, aida tidur.
sara dan scim je tinggal,
lama lama,
aida pulak jerit.

"arghhhhhh!!!!!!!!!!"😱😱

scim jenguk kepala dekat bawah katil,
(sebab scim duduk double deck dan aida di bawah)
"aida , okay tak?"

"aida mimpi benda yang sama banyak kali.
seram lah camni. tak boleh tidur,"

aida pun pi baca yassin almulk,
dan. lagi sekali su macam jerit.
aww.😱😱

masa berlalu, scim pi toilet sesorang.
tak ingat pukul berapa,
tapi larut juga lah masa tu.
takdalah larut sampai 3 pagi.

balik dari toilet, pintu bilik dah terkunci.
panik dok fikir nak tidur mana ,
tetiba aida buka pintu bilik.

"aida tak tidur lagi?"

"hmm tak boleh tidur lah pah"

scim naik katil, plan to sleep lah.

esoknya,

su mulakan conv.

"semalam su kena tindih,
tapi disebabkan ni bulan ramadan so su rasa
maybe just kena lumpuh tidur.
su jerit allahuakbar,
still tak boleh bergerak.
lepastu su macam dah dilepaskan,
masa su takbir, so terkeluar 'akbar' je"

(pasal su kena tindih ni siapa yang ade
pengalaman dan pernah dengar
cerita , akan paham macam mana situasi ni)

aida pulak,
"patutlah dengar su jerit.
yang aida pulak,
aida mimpi berkali kali,
mimpi yang sama, dalam
mimpi tu ada kita semua.

CFS (my campus) masa tu ada histeria,,
dan bilik kita ni macam main place.
ada sorang budak ni nak excel
dalam belajar,
so dia macam buat perjanjian
dengan that makhluk.

tapi dia dah meninggal,
so that makhluk tengah cari waris ,
pengganti tuan dia untuk tunaikan janji tu,"

😱😱seriau . sebab cerita ni memang common
berlaku dekat asrama/kampus.😱😱

scim: so? maksud aida?
that person yang meninggal
from this room? bilik kita ?

aida: macam gitu lah lebih kurang.
ataupun,makhluk tu sekarang
bertapak dalam bilik ni,
either orang yang mati duduk
bilik ni, or, makhluk tu nak
cari pengganti dalam bilik ni,.

su: aida ada baca alquran ke malam tadi?

aida: ye ahhh. aida takut kot.
aida baca yasin and almulk, kenapa?

su: sebab, su masa tu mimpi,
su tengah jalan2 shopping nak
pilih baju, tetiba ada sorang makcik datang pegang
bahu su, dia kata, "SURUH AIDA BERHENTI BACA".
Su terkejut,
bila su bangun nampak aida tengah baca almulk.

scim: so that means, that makhluk
suruh aida berhenti baca alquran?😱😱

su: ayah su macam boleh communicate
dengan benda2 macam ni.
masa mula masuk CFS,
ayah ada rasa something juga,
tapi sebab bulan puasa,
so macam let go jelah.


Wednesday, 22 June 2016

juzu' of my life

Alhamdulillah.
Finally dah 12 hari masuk IIUM .
CFS sebenarnya.

mahallah
sis duduk zainab aljahsy.
yang penting aspuri desa assakinah lagi cantik lagi selesa 
zainab pon selesa!  .
kalaulah CFS masuk AAT mungkin akan cantik. hahah

Hmmm.
Roommates?
okay!

lecture

classmates?
okay !

first time seumur hidup dapat kelas brothers berpuluh puluh.
sisters 6 orang je.
perasaan nya mashallah best hoho.
bonding dia macam kuat tau.
lol cerita macam apa. padahal baru 2 hari lecture.

am struggling khatam kamus bahasa arab.
fully speaking arabic dalam lecture.
geram je tengok orang lain semua faham.

bros and sisters

so far setakat ni hidup dekat cfs ni
rasa macam duduk universiti perempuan je.
bagi sis lah.
kalau nampak brothers dekat bangunan akademik tu,
rasa macam diorang tu pelawat je.
hahah heaven gila rasanya.
hidup sayap sayap kiri je . lol.

semalam kan,
sis jalan sensorang.
tiba tiba tersadung angin ke apa 
yang penting takda batu pulak dekat situ.
baik punya tersadung depan brothers.
nasib pulak masa tu tapak kasut dah tercabut 
so macam ala ala mulut buaya .
malu.

sis pergi bertasbih kuat kuat,
"SUBHANALLAHHHHH !"
konon ah nak tenangkan kegelabahan tapi tersebut 
kuat (menjerit sebenarnya) so dia macam 
"over seh sister ni jatuh jatuh pastu tasbih kuat kuat"

oh ya sistem akademik dekat sini untuk 
seminggu ni celaru sangat sangat
so semua budak budak asasi first year ramailah 
macam cakap cakap belakang pasal management.
no worry, nanti settle lahtu kecelaruan tu.

ME?

still adaping.
masih tak selesa.
rilek baru 2 minggu hahah.









Tuesday, 7 June 2016

hidupkan taklim

sedang nabi beruzlah dalam gua hira',
jauhkan dii drpd masyarakat keturuan nabi 
ismail yang telah jauh drpd agama allah.
dengn rahmat dan kasih sayang Allah,
turunlah wahyu ayat pertama surah al alaq,

'bacalah dengan nama tuhanmu!'

seolah olah Allah mengilhamkan pedoman,
masyarakat akan dapat diperbaiki 
melalui jalan ilmu agama.

dengan ilmu nubuwwah, ilmu illahi,
inshallah Allah akan mengurniakan ilmu
seterusnya dapat mengislahkan ummat.

nabi menyampaikan ilmu melalui 
taklim wa taklum kpd para sahabat,
markasnya dirumah arqam bin abi arqam.
ilmu pertama yang nabi sampaikan ialah ilmu fadail, 
bukan ilmu masail.

Allah menceritakan gambaran gambaran akhirat 
kelebihan syurga, keadaan neraka. 
sehingga menumbuhkan jazbah dalam diri mereka.

bila mana jazbah dah kuat, 
Allah menurunkan ilmu masail, 
jazbah serta iman dalam hati kami, 
kami mampu menjalankan semua perintah Allah swt.

dengan berkat taklim wa taklum ,
saidina umar mendapat hidayah dpd Alah swt.

ni sis ambil daripada bayan masturat maulana helmi.
intro dia dah ceritakan kelebihan taklim dan taklum.

jom,
hidupkan taklim dan taklum.
kalau tak mampu sekarang,
tanam azam,

#masturatforlife


Friday, 20 May 2016

scimsayu scimsayu

16 mei 16.

hari dapat upu,
hari guru,
hari scim sayu.

sayu memanjang.

text madi.

🌹scim: scim sayu. sampai rasa nak mencarut.

🌹madi: tongong dibenarkan.

🌹scim : subhanallah alhamdulillah allahuakbar mashallah.

🌹madi: bagus.

sayu sampai masuk dalam mimpi.
sayu je.
yelah kita membesar sama sama
korang sendiri saksi scim membesar dengan jayanya drpd form 1.
dan kita dah masuk ipt.

hikhok maaf.
scim memang over.

dalam mimpi,

scim tengah lalu row form 5,
.
budak prs tengah mesyuarat depan falah,
.
budak nasyat open main fon dekat luar kelas,
.
budak itqan senyap je memasing belajar.
.
budak thaqof tengah jamuan kelas meriah habis.
.
maaf scene najah tak da. tak masuk mimpi tapi masuk hati💕💕
.
ittihad pun tak masuk mimpi ... kali ni. 🙊🙊

bangun tidur,
mata basah,
Mashallah Allah tahu scim rindu,
Allah recall .
Allah letakkan scim dalam kerinduan.

hmmm.
dear legacy of licentiate,
i wish u are my real family legacy .

i wish my kids marry to you,
or to your kids.

i wish for the best reunion,
SYURGA.

NAMUN,
SYURGA BUKAN PERCUMA.
SYURGA BUKAN SENANG.
TAKBIR!

temuduga ipg (part ba)

settled.

temuduga ipg dekat ipis
dalam bidang pendidikan islam.

first benda buat sis down,

datang iv lambat sebab gombak-bangi jam pepagi.
kami bukan orang alik sana bos,
so kami tak tahu jalan jalan sini amacam mana.

datang2 dewan dah kosong.
malu tanya sesat jalan.
bila dah dapat madam ni,
sampai sampai kena psiko.
dengan interviewer.

"BARU SAMPAI KE? LEMBABBB !"

first word, and it ruined my mood.
ok. then realized kena tabah sebab kalau mood hancor,
maka komunikasi hancor  keyakikan hancor.
so sis made friends, trying to make them laugh with my lawak bodoh stuffs.

diorang gelak apa.hoho. 😂

🌹SIS UJIAN AMALI DULU.

💪baca alquran (tajwid jaga)
💪interviewer bagi ayat, kena jawikan.
💪(arahan dalam bahasa arab) baca text arab tanpa baris
💪(arahan dalam bahasa arab) tengok gambar, bina satu ayat dalam 9 patah perkataan.
💪soalan :

1. siapakah rasul atau nabi ulul azmi : nabi muhammad, nabi nuh, nabi isa, nabi musa, nabi ibrahim.

2. 4 hari haram puasa : aidiladha, aidilfitri, tasyrik, 30 syaban.

3. 4 sebab wajib mandi : haid, nifas, mani, jimak.

((contoh soalan drpd kawan2 lain))👇👇

.4 nama lain bagi hari kiamat.
.perkara batalkan puasa,
.cara tayamum.
.rasul dan kitabnya.

🌹PASTU TEMUDUGA BERKUMPULAN.

((CALON YANG SPM BAHASA ARAB A DAN 7 A KEATAS ADA IV UNTUK PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE UNIVERSITI JORDAN))

💪introduce diri bahasa inggeris
💪soalan iv : berkaitan fiqah, kbat, dan pembelajaran abad ke21
💪kena buat tugasan dalam masa 30 minit secara berkumpulan

SEKIAN MOGA MEMBANTU .
JANGAN SELEKEH MASA IV MACAM SIS.
SEBAB SERABUT AWAL2,
SATU HARI SELEKEH .
APE ADE HAL.

Saturday, 7 May 2016

temuduga ipg (part alif)

nak pi temuduga ipg dekat IPIS
(institut perguruan islam selangor)
tetapi tadi....

test baju kurung yang warna sesuai untuk
pi temuduga semua tak muat.

so macam sedih.
wassap kawan.

"hmmm. semua baju kurung tak muat.
SEMUA! adakah ini petanda sis tak payah
pi iv? tolak je tawaran ipg,"

tak sampai seminit dia reply.

"nak cakap stupido, budak pandai.
baju tak muat bukan petanda tolak tawaran !
tu petanda kau kena kurus diet scimok!"

auch.

Friday, 6 May 2016

sejarah sayap

tak.
ramai yang tanya sis,
"pernah join masturat ke?"
tak,
jawapannya tak.
tak pernah.

kita sama sama hidup dekat sekolah yang menjalankan tarbiyah,
 dakwah dan usaha atas iman amal.
maka di situlah titik
penghijrahan yang Allah sinarkan
untuk sis.

bukan senang nak dapat.
sis belajar 5 tahun dekat sekolah tu.
bayangkan,
tahun kelima tahun terakhir,
baru sis dapat faham.
baru dapat terima.

sebelum tu kemain lagi,
bangkang sana sini.
join budak perempuan² lain.
TAKDIR TERINDAH.

satu asbab yang sis dapat trace,
walaupun sis membangkang,
setiap kali bayan dan taklim,
sis dengar, ambil port, diam dan taat.

sambil hati penuh dengan kekeliruan, penentangan
tapi,
taklim dan bayan nilah
yang melembutkan hati sis.

allahu alhamdulillah.
dan sejak itu,
berlegarlah usaha ini dalam
kalangan muslimat iskandar.
terbinalah #sayapforlife
membina azam untuk para muslimat.
terima kasih sahabat.

Friday, 15 April 2016

Rasa diri baik

Bila rasa diri lebih baik daripada orang lain,
Buktinya ilmu kurang lagi.
Sebab orang berilmu ni ikut resmi padi,
Makin berisi, makin tunduk,
Makin berilmu, makin zuhud tawaduk.
Gali ilmu lagi dan lagi,
Nanti kita faham dengkelnya ilmu kita,
Makin belajar, makin banyak tak tahuu.
Bila rasa diri dah cukup tawadhuk,
Maka maksudnya kita tiada tawadhuk.
Sis pesan untuk diri sis jugaaa.
Maka sebaklah kita. 
Mendengki, mengumpat,
Puncanya rasa diri baik.
Astagfirullah.
Mari bedakkan hati.
Kita bukannya banyak ilmu.
Lagi nak tunjukkan kebodohan.
Orang yang rasa diri baik ni , buktinya ilmu cetek lagi.
Saya pun ilmu kurang. Tapi jom sama sama jangan pamerkan kebodohan tu, jangan rasa diri lebih baik. Jom! "
Muka senyum muka senyum 
Say no to mengumpat ! Yokk!
Jangan biarkan orang ambil pahala kita yang sikit.
Ustazah kata nanti kat mahsyar,
Kita umpat orang yang buat salah , yang jahat,
Tapi dekat mahsyar, dia lebih banyak pahala.
Sebab kita kasi pahala kita dekat dia.
Puasa daripada makan daging saudara kita jom!
Sungguh, makan daging saudara sendiri tak bermoral 

Kecomelan

Annur umaira texted me,

"Scimey, annur ni. Ingat saya lagi ?"

😑😑

Walaupun soalan tu nampak macam mengada ngada tapi still,
Cant deny it that,
Soalan tu comel.

Ini cerita pasal hubungan jarak jauh
Kawan kawan sis yang terpisah.
Kawan batch.
Kelas.
Dorm.

Heeee .

Kadang even lost contact,
Sis pujuk diri

"Sahabat tak semestinya yang
tetap contact lepas habis spm,
tapi semestinya yang tetap mendoakan sahabatnya.
Kerana selalu ada cinta dalam doa"

Ececeeh huwaaa 😂😂

Bila u rindu i, u doakan i k .

Saturday, 2 April 2016

Dont curse wassap

Throwback.
Sehari selepas paper 3 Biology SPM.

Pagi tu semua macam dah merah merah mata.
Lepas je subuh,
Memasing nak jalan² dekat sekolah.
Sarapan sama sama.

Sis jaga SPBT.
Kaunter pemulangan buku teks form5.

Balik balik dorm,
Semua tengah siap kemas,
Sambil dekat tengah dorm ,
Salam salam.
Nangis nangis.

Sis tahan.
Sebak dalam .
Zahir ai tak kuat uolls nak tunjuk. 👉👈

Abah dah sampai.
Nak fetch.
Dengan danish mia akmal.

Tetiba depan surau nampak
3 orang lelaki sedang berpelukan,
Bersalaman,
Sambil menangis.
Sambil memegang bahu kawan,
Sambil mulut kumat kamit kasi nasihat.

Budak lelaki menangis.?
"Am i too heartless atau diaorang yang over?"

Sekarang 5 bulan berlalu.
Diorang memasing dah senyap,
Semua gigih gila nak bopeng nak krikkan kawan.
Sampai hati .

Memasing rasa,
"Nak senyaplah."
"Nak seen jelah,"
"Rasa nak left pon ada,"

Sampai hati.

Sis pegang satu benda,

Masa akan menentukan ketulusan hati kita.
Betullah orang cakap
Whatsapps ni boleh buat banyak salah faham.
Boleh buat hubungan renggang.

Dont curse wassap 😂😂

Thursday, 31 March 2016

Kau fikir kau siapa

Rasulullah bergurau dengan isteri.
Dengar azan,
Terus dah macam tak kenal siapa keluarga baginda.
Terus ditinggalkan urusan dunia.

Zaman sahabat tengah pegang kapak,
Separuh ayunan,
Dengar azan,
Hentikan ayunan,
Pergi tinggal urusan dunia.

Mashallah.
Subhanallah.
👍👍👍

Sebab?
Hati ada kebesaran Allah.
Hati beriman Lailahaillallah.
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.

Laungan azan,
"Allahuakbar! allahuakbar!"
Disebut 4 kali.
Seru kebesaran Allah.
Berganda penting berganda nikmat
daripada urusan dunia.

Apabila hari ini saya dengar azan,
Saya teruskan buat urusan dunia,
Bermaksud ,
Saya nafikan kebesaran Allah.

"KERJA AKU NI LEBIH PENTING!"
ini 👆👆
Maksud yang sedang dimaksudkan.

Astagfirullah.

Tuan tuan puan puan adik adik kakak abang,

Azan bukanlah semata nak menandakan masuk waktu solat,
Sebenarnya azan ajak kita solat,
sembah Allah, akui iman takda tuhan selain Allah,
ajak kita tinggalkan urusan dunia jap.

Bukanlah dengar azan,
Senyap kasi hormat (ini bagus)
Lepastu sambung dunia,
main game,
Tengok TV
Main wassap,
Sambil dengar lagu Nanasheme,

"Kau fikir kau siapa fikir kau siapa fikir kau siapa boleh belahhh,,,"

Tak sedar Nanasheme tengah cakap dengan dia,

"Kau fikir kau siapa nak endahkan seruan tu?"

😭😭😭

(Rujuk Digital Mimbar pro. Bayan.)

Wednesday, 30 March 2016

Biskut free

Bila member open biskut biskut dalam dorm,

"Weh sedap wehhh biskut apa ni?"

"Biskut jenama X. Nah ambil lah lagi,"

Bila tiba waktu cuti,
Pergi shopping mall.
Nampak biskut jenama x.
Terkinja masukkan dalam troli.
4 paket.
Balik rumah tak sabau nak makan
Hawauuuu.

Sampai rumah,
"Pehal tak sedap biskut ni. Haritu dekat dorm punyalah sedap. Ni mesti tiruan,"

😒😒😒
Takyah bajet tekak pindah rasa.
Dah makanan free semua rasa sedap.
Kau tak tahu member kau open biskut tu
Sebab dia rasa tak sedap.
Duit dia.

Monday, 28 March 2016

RP : taalim 28 haribulan

Repost.

28 hb punya cerita.
ta'lim petang.

mutakallim macam baca humour.
si piqa pegi gelak kuat kuat.
kau rasa? malu sis haha. 😤😤😤
Hakak hakak lain semua pandang slek kat dia.
Aloh takda pe yang lawak nye,
Macam nak hempuk je baca taalim main² 😂😂😂
Cuma pika terhibur melampau.
Almaklumlah  mutakallim nye moja 😒😒

sampai mutakallim tu baca pun ketawa ketawa.
Pika je yang gelak memanjang.
Yang lain dah , "masalah moja ni."
😠😠😠

sampai penghujung ta'lim, piqa gelak lagi.
Kuat sampai abam² kat depan tirai dengar.
kami apa lagi memainkan peranan.
pukul hempok piqa ramai2.
Dia macam satu nikmat memukul kawan.
nyampoh.

dalam hati sis,
"himpunan ta'lim2 terakhir''
pasti sis rindu ginih lo.
Ok itu nanti.

Skim paling murah

Piqa tanya tadi,

"Banyak² skim, skim apa yang murah?".

"Skim apa?"

"Skimey scimey"

"Aah lol aku memang murah pun,"

*terus gaduh.
😂😂😂😂

RP : muka berdohsa

Repost .
hari tuh ada lah rezeki untuk budak laki
dengan perempuan bermaafan.
dan ini peluang sis, sis tahu.
peluang untuk clearkan nama persatuan sayap kiri.
Ececeh 
peluang untuk hapus kan dohsa.

sis pun bergerak sini sana untuk minta maaf,
berserta leha dan annur.
Bengang juga lah rasa
Bila kena pergi dekat lelaki
Pastu minta maaf.
Semua budak lelaki minta maaf pasal sayap (dan lepas tu mereka masih menganjing)
Lagi lagi yang pergi dekat skandal itu ini.

Annur dan Leha cakap
"Ikut scimey ni dah macam ikut orang orang bercinta"
Nasib baik mereka ok dan tak geli sebab diri scim sendiri rasa geli bila ingat.
Bayangkan tanpa tapis scim buat statement depan depan,
"Maaf andai menganggu iman. Semoga kita semua dikurniakan jodoh terbaik."
Terkedu semua lelaki yang terdengar. OMG akak sayap fefeeling teruk malam ni.
YA JANGAN KECAM. malam tu memang feel nak luahkan semuanya.

balik dorm, khai menjerit.
"eih, kak scimey pakai makeup uolls!!!"
dengan muka pelik,
"khai, im not"
"dahtu apahal berseri semacam ni. macam kilat je muka."
sis tengok cermin.
waaaaa,
'allahumma kama ahsanta khulqi faahsin huluqi."
berseri wei muka sis.
macam tak pernah tengok sebelum ni.
sis takdalah nangis tadi.
khai said. "eleh nangis lettew. orang cakap, perempuan lepas nangis nanti nampak cantik."
"scimey tak nangis lah."
but sis rasa muka sis selama ni kusam kot,
banyak bebeno dosa dengan rakan sebaya.
allah hilangkan seri wajah.
sekarang dah maaf maaf semua,
tu seri wajah dapat balik.
alhamdulillah.
lepas ni take note eh.
nampak muka kusam,
solat taubat.
inshaallah

Tuesday, 22 March 2016

Rindu dan jobless

Always,

"Wahhh rindunyaaaa sekolah."

My point,
In jobless mode ,
I cant resist anything from being related with school life,

K bai .

Still.

Jobless.

Actually,

Do i care ? 😂😂😂

Cikgu jaga hati

Baru baru ni keputusan SPM keluar.
Tak adalah 'baru' sangat.🙍

Sebenarnya tadi reread diary 2015.
Ada satu page ni,
Sis tulis .

"TAK PERNAH LAGI DALAM BAYAN AKU TAMPAR ORANG!"😱😱
masa tu ckg buat upacara perotanan akibat perluasan barang haremmm
Dialog cikgu rozi pun scim catat.
🙀🙀

Dan bermulalah ceritanya
Sis terkenang segala benda macam
Dekat surau alkauthar.
Dan yang pling berlegar legar dalam otak
Ialah BAYAN.

takyah sembang,
Berapa ramai kawan² scim buat post,
PM scim, dengan statement ,
"RINDU BAYAN WEHHH,"
👍👍👍

Sejujurnyalah,
Sis dah menyimpang.
Simpang mana?
Sebenarnya cerita sebenar macam ni gayanya,

Habis aje pengumuman straight A dengan near miss haritu, berjumpa cikgu² yang berbudi itu ini, sembang itu ini,
Susun seploh jari itu ini,

Sampailah dekat cikgu yazid
Dia sampaikan satu punchline sarcastically.
"Eh, camek! *instead of scimey* . laaaaa. Kenapa tak nampak kau atas pentas tadi ?"

Belum sempat sis menjawab, "takda rezeki cikgu,"  ,,cikgu yazid terus membuat pancingan tepat dahsyat sentap!.
.
"Sebabbbbbbbbb ..... Kau tak dapat straight a ! Hahahhahahah."

😭😂😂😂
Cikgu! Sentap amat.
Lol. Sis tak pandai cover muka malu tambah perencah .

Tiba tiba, Cikgu rozi yang memerhatikan pancingan itu terus berdiri sebelah sis .

"Bak sini kak, kau punya slip keputusan."

"Hmmm tak ada apa lah cikgu. Biasa je," * sambil hulur slip *

Dia tatap slip sis, malu sis.
.
Pahtu dia cakap,
"Wahhhh hebat kau kak! Aku tak caya kau dapat result macam ni! Hebat kau .Banyak doa kau ni kak."

😱😱😱😊 mashallah hati sis.
Bila dengar seorang guru berkata begitu,
Walaupun result tak hebat,
Dia meraikan bagai sis lah pemenang di antara
pemenang pada hari itu.
😂

Cikgu Yazid gelak je. Saya pun gelak jelah sama dengan cikgu yazid.
Hashtag im touched ☝👆👇👈👉👋👋👋

Wednesday, 16 March 2016

Hati yang sakai

Dah berapa kali sis mimpi kahwin dengan bangla.
😨😨

Adakah ini jawapan istikharah ?? 😂😂

Tak sebenarnya bukan nak cerita pasal abangla.
Takk 🙅🙅🙅

At school ,,
I got bumped into a scandal *huiyoo

Sis biasa biasa sahaja tanpa perasan .
Eceh.

But everybody was like,

"Scimey ! Aku rasa korang berdua ni menjadi lah !"

"Bila sehhhh si beng *nama tipu* nak masuk minang scimeyhh ! "

"Semacam je aku nengok korang ni "

"Aku tengok kau dengan beng ni tunggu spm je, pastu let go ! "

"Sepadan weh, series sepadan "

"Semua orang ada feel korang menjadi weh.."

"Aku mengharapkan sesuatu yang indah akan menjadi ke atas kalian berdua.😎😎 "

"Scimey dengan beng ni da tunang kan?"

Nah !
Kau ngahse ???
Serieslahhh hati perempuan sapa takkenal.
Kena sikit dah tercuit . *tuihh.

Kena pulak dengan hati yang sakai macam sis.
Memang kena lah bisik bisik syaiton .

Sister sister sekalian,
JANGAN MENGANJING
ATAU MEMBICARAKAN ATAU
BUAT APA2 SAHAJA DEKAT KENALAN KENALAN ANDA
SEPERTI SITUASI DI ATAS.

Mohon,
Cukuplah ujian dari bisikan durjana.
Janganlah drpd mulut kawan kawan yang disayangi,
Hatchummm!

Sis tak marah pun sister sister yang cakap cam tuh lek eh.
Just, keluar sekolah sis makin memahami semua ini.
Kita ambil pengajaran ambil ibrah..
Esok esok kita belajar lagi k.

Kita bawa diri kita,
Bawa diri kawan pergi tempat yang lurus.
Gittuw.😏😏

Muahhhh.😘😘😘😘

Tuesday, 15 March 2016

Ittihad dan wassap

"INI KISAH YANG MENARA TAK BOLEH SATUKAN 17 KAKAK BERSAMA 5 ADIK LELAKINYA"😽😽
👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧
👦👦👦👦👦

Ye, Kami sayap sayap kelas ittihad berpadu bersatu menetapkan 2 syarat khas untuk lelaki dalam group kelas kami . *5 orang shj lelaki

1 ) NO CARUT PLISS

2) ONCE "CHIAA CHIAAA" DETECTED, AUTOMATICALLY  CONSIDERED ISOLATION , GET BASHED maybe.

*please know that ittihad ada dua group wassap. Satu, ws semua . dua, ws sisters only .hijabsters.
*so kalau ada hal yang chiaa chiaa ke carut semua sisters akan membentang layar perbincangan 'ACANE NAK TASYKIL'.

👆👆👆 bajet je ni

Hamek!
Bukan nak mengongkong.
Bukankah sahabat yang baik itu sering menasihati ?
Ececeh.
Ya benarrrrr !

FORMATION ITTIHAD .🐻🐻🐻

To speak frank , ramai yang cakap Ittihad tak lah unite sangat macam kelas sains agama lain Itqan dan Thaqafah.

Yes, admitted!
Jahahaha.
Lahiriah lah.

Nak tahu sebab apa?
Kerana ittihad ni macam kiranya kelas "budak2 terbuang".
Seriously lah !
Masa awal form4, cikgu kata ,
" ok! Cari kawan yang awak nak sekelas!"

Then semua mencari geng .
Tapi budak2 yang macam sis, madi, annur, nabila, sab, tot, shahmas, ezza, ni mana ada orang pandang haahah. 🐒🐒🐒

1) Kalau ada pun sebab semua geng dah cukup quota.

2) Takpun sebab geng2 aliran lain. Macam tot dengan ezza. *sengaja sis nak nyakat ezza dengan tot 😂😂😂😂*

3) Dan sis sebab dah berganding bahu berpakat dengan madihah,
"Weh, kau satu kelas eh dengan aku form4!"🐫

*benda geng2 ni dulu masa form3 kecah, tapi naik form4 dah smooth, lagikan pula dah keluar sekolah, sebab tu sis main tibai je mention sbb dah harmoni, kalau tak! Hmmmph ! Habislah sis kena jeling dengan tot 😂😂😂*

Itu lahaii kisahnya kenapa dari segi lahiriahnya ittihad macam ni.
Tapi bila sehari dua dalam kelas, dah ada keserasian.
Banyak video kami buat !
Mak aiii rindu gileh !
Dan bertambahlah serasi bila dapat kawan baru, intake lol 2014!
Meriah kau tihad !🚾🚾🚾🚾🚽🚽🚽🔥🔥🔥

Zahirnya,
Ittihad ni macam baik,
Sebab ramai BADAR ditakdirkan utk ittihad .😂😂
Sampai ramai takut nak masuk Ittihad.
Puaka katanya!

Lah tapi sebenarnya biasa je.
Tak da yang lebih pun.
Akademik pun last *ok itu sedih*
Memang teruk lah ittihad kena dengan cikgu.

"Ittihad biasanya tiap tahun perform ! Tapi bila tiba tahun ni.....!!!!"

Tapi ada cikgu2 yang faham,
Ittihad batch kali ni bukan dipilih ikut ranking top,
Macam tahun2 lepas,
Tapi ittihad kali ni,
Hanyalah,
Pelajar2 terbuang tidak bergeng .

*saja nak buat cerita agak sedih*.

Frankly typing,
Allahhu , segala puji hanya bagi Allah,
Syukur gila.

Lelaki tak mencarut . Siau tu ada lah.
Kalau selangkah masuk kelas lain,
"Woiiii kauuu hahhah asgdh ! dkfld! oendb! djdjd!. Tutttttt."
Sampai siap kena tanya member,

"Eh, tadi masuk kelas '...' ,, dia cakap ki*ak. Apa maksudnya?"

"Entahlah, tak pernah dengar ."

Balik dorm tanya junior,

"Oh , kak scimey betul nak tahu ? Maksudnya ....... "

😱😱😱

Esoknya tak berani dah pijak kelas lain.
Nak pergi prep pon melintas dewan PMR gelap gelap .
Pahtu tetiba kena masuk juga, ada urusan.

"Hahahaha ape sehhhh kau ! Ci*ai la sy**llll !!!"

Balik kelas ,,
"Weh apa maksud ,,,,, *blablabla*"

Tiap hari belajar vocab tah pape.
Serieslah dekat ittihad wak selalu subhanallah je.
Sampai cikgu² , dak² perempuan termasuk sis sekali dah macam, "ape sehh wak."

Pahtu asyik , "allah maha kuasa, mahkluk takda kuasa."
Sampai tot rimas 😂😂😂 *kesian tot*

Sabar eh tot. Hahahaha kita hidup bersahabat saling mengingatkan .hihi.
Kan dah sekarang rasa amacam dah keluar sekolah ?
Rindu kan nak dengar? .😀😀😀

Tapi kalau lelaki ittihad mencarut di luar kelas, idk idc lah eh.
Ni pun keluar sekolah dah mula, sampai keluar peraturan atas tadi.

The bestestest ever
Kesayangan scimey !

Sisters : scimey, ezza, tot, qillew, que, nabielah, mairahusna, zati,aina, tenai, sabrinaaaa, madi, afrina, nolli, annur , shahmas, babat,

And and five little brothers : wak , peng ,zaid, syahmi, el.

A big thanks to Allah for this 2 years .
A big thanks to kesayangannnn semua beloved .

Your hakak payung naung sayap,
Scim 🎀🎀


Tuesday, 8 March 2016

SPM

Salam aleykum.
Setinggi tinggi rafa' kesyukuran kepada Allahu yang Maha Berkuasa, ..

3 mac 2016.

Pukuk 10.30 pagi , calon2 perlu pergi ke Dewan untuk
Pengumuman keputusan SPM .

Tapi sis dan asila serta madi lek lek dalam asrama.
Belum mandi , belum iron jubah dan tudung.

Kerana apa ?
Kerana kami telah mengetahui keputusan SPM kami..😂😂
Via SMS.
Habis makcik2 cleaner aspuri mesti pelik,
Suara jeritan di pagi hari melalui sickbay 😂

Alhamdulillah sis syukur.

BAHASA MELAYU ⏩ A+
BAHASA INGGERIS ⏩ A-
BAHASA ARAB ⏩A+
SYARIAH ISLAMIAH ⏩A+
QURAN SUNNAH⏩ A+
FIZIK ⏩A
SEJARAH ⏩A
MATH ⏩A
ADD MATH⏩ B+
CHEMISTRY ⏩B+
BIOLOGY ⏩B+

Sis pon mara lepas pengumuman pelajar2 straight a dan near miss.
🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆

Jumpa sir syauqi,
"Add math saya B+"
..
"Alah lek ah. Ok apa, B+. awak buat rayuan cek balik k."
..
Rilek gila cikgu syauqi.
Hmmm. Syukur .

🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆
Jumpa tc, nabila,
"Maaf tc. Bio saya B+"
..
*tc nangis depan sis.
..
"Tc, saya minta maaf , tc jangan nangis,"
..
"Tc nangis sebab tc dah anggap kamu semua macam kawan, ni tetiba kamu semua dah besar, lepas ni bila lagi tc nak jumpa kamu ,"
..
*well, sis pun turut menangis.
..
Mungkin  teacher.
Scimey tahu tc sedih juga kan pasal bio .
Scimey minta maaf .
Cikgu bio scimey semua baik2 seriously .😢😢😁😁
🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆

Jumpa tc midah ,
Tak sempat nak salam hahaha,
"Hasipahhhh , kenapa awak dapat B+++++?"
*sambil tc ketawa,
..
"Saya bukan nak bajet tc, tapi saya rasa haritu soalan taklah susah sangat , maybe takdir saya ni 😂. Saya ada buat cikgu terasa ke apa ke. Almaklumlah saya suka main2 dengan cikgu ."
..
"Awak B+. awak mohon rayuan cek balik ye."

🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆

Tahniah semua !
Sebagai pen. Ketua batch,
Scimey bangga dengan lol !
K, nantikan ucapan khas buat lol yang membaca blog scimey hahhh 😂😂😂

Belenggu sis

Bila hang dah duduk suasana tarbiyah,
Tetiba masuk dalam hakikat dunia sebenar
Masyallah sebak gell rasa.

Lek ah sis.

Kita kenal , kita faham, kita sebar.

Hmmm kiamat dah nak dekat.
Tapi ...
Kita masih di sini dibelenggu sikap
PENGECUT .

⏪⏪⏪
Tapi ingat ingat selalu,
Senjata utama jangan diamkan

I TELL ALLAH ABOUT YOU , AND I CRY .

Thursday, 25 February 2016

Kesinambungan

Salam Aleykum.

Esok sis akan jadi penghias bagi peserta
perbarisan olahraga sk bandar mas.
Huuu, dan serve VIP.

Tak sangka boleh berbudi lagi dengan sekolah rendah.😊😊

To speak frankly,
This idea of reblogging was supported by my friends.
So i updated my old blog,
And huhuuu it turns into this simple blog.

Dulu blog sis ni macam ..
Meriah atau dikenali sebagai berat.
Template lain dulu ,
Sekarang lain.

Dan kesinambungan ini akan diisi
Dengan post post yang lebih matang
Dan berfaedah dan perkongsian drpd sis.

Harapnya. 😯😯
*izzati suparno, hihiii inilah blog scim baru punya gaya, simple jeh*

JPJ dan kawan lama.

Salam Aleykum.

Baru baru ni, sis ambil lesen.
Jumpalah kawan kawan lamaa yang dah bertahun tak jumpa.
Yang paling sadis ramai tak kenal sis.
Sebab, well, makin berisi huwahh huwahh.

Pabila lelaki kurang menegur,
Sis take it as compliment.
Well i guess it's a kind of respect.

Alhamdulilah  sis lulus JPJ sudah.
Abah totally proud of me,
And im happy for him lah of course!
*sebab kalau fail, duit abah melayang layang*