Sunday, 31 May 2015

Cilik yang Beriman

Ustazah Junaida Awang.

" Hari ini ibu bapa bangga sekiranya anak mereka menyebut 'ibu, mama, ayah, papa' sebagai perkataan pertama. Tetapi banggakanlah dirimu saat perkataan pertama anak 'ALLAH'. "

Ubah mentaliti.
yup tak salah.
Tapi sangat indah kalau lafaz pertama dan terakhir seseorang
ialah 'ALLAH'.
Allahurobbi.
Kita berada dalam tujuan yang sama.
Allahuakbar.

Ajarkan anak anak mengenal Allah.
Hakikatnya mereka belum mumayyiz.
Namun suntikkan permulaan makrifatullah.
Ceritakan padanya SIAPA pentadbir alam.
Sifat Allah dan kenapa KITA solat?

Danish Hamizi, anak sedara saya.
5 tahun. Sel sel otaknya sedang mulai berhubung.
Kakak saya berada di rumah sekarang.
Dia menceritakan pelbagai soalan Danish yang pernah diajukan.

Tadi kami memasang video Maksud Alfatihah oleh Anak Ummi.
Dia sudah menghafalnya. dan tiba pada lirik.
"dan Bukan Pula Jalan Mereka yang SESAT."

lantas danish bertanya kepada mummy.
"Mummy, jalan yang sesat tu apa? ada hantu ke?"
kami saktah. terdiam dan masing masing ketawa.
Kakak saya pantas menyuruh saya menjawab.
"Tu tanya makcu cipah sana."
Dalam hati, "allahu. kang keluar ayat bayan ni."
semua ketawa. didiamkan.
Saya tidak menjawab.
Namun soalan itu menjurus membawa saya ingat Allah.
Terus membawa diri berwudhuk, sedia untuk solat maghrib.
Allahuakbar.

**********************************
Kota SAS,
Rumah Danish.

Danish terjatuh dan bahagian tapak kakinya sakit.
Akibat impulsive force.
Short time interval, high impulsive force. *fizik SPM A+!*
Dia memegang kakinya.
Terpegang bahagian tumit. Keras rasanya.
"Mummy kenapa dekat sini keras? Ni diperbuat dari apa?"
Sudah tentu kerana kulit kering. Tapi apa yang patut mummy cakap?
Mummu stunned.
"okei sebelum tu jom nyanyi.
Satu satu saya sayang Allah. dua dua...... *seterusnya*"
Danish join menyanyi.
Mummy sambung. "Sebab tu kena sayang Allah. Allah yang jadikan kulit tu keras. Bahagian ni diperbuat daripada danging dan kulit........ *blabla*."

Danish tekun dengar. Ditambah satu lagi soalan.
"Habis tuh, mata diperbuat daripada apa?"
Mummy stunned lagi dan ajak menyanyi lagi.
Jawapan yang sama. "sebab tu kena sayang Allah.....*blabla*"

*******************************************
Makrifatullah terbahagi kepada tiga.

Uluhiyyat : Allah sahaja yang layak diseimbah. Allah ada kuasa makhluk langsung tiada kuasa.

Rububiyyat : Allah maha mentadbir, mencipta menjaga alam . Tiada kuasa lain.

Asma wassifat. : Allah memiliki semua sifat kesempuranaan langsung tiada celanya. Manusia tak sama dengan Allah, langsung tak sama.

Mencapai iman kepada Allah.
Waktu antara maghrib dan Isyak merupakan masa bertambahnya iman.
Maka uzlah.
Asingkan diri daripada dunia waktu ini.
Kita semua bertujuan sama.
Inshaallah.
Hasiefah! Uzlah!! Uzlah min dunya!
Inshaallah.


Dia dengan cara itu

Cerita daripada seorang sahabat.
Asiah *bukan nama sebenar* menceritakan dekat saya.
Bagaimana cara dia menerima hidayah.
Allah menghantar hidayah daripada teguran halus seorang sahabat bernama Maria. *ofcourse bukan nama sebenar*.

Asiah seorang yang menjaga auratnya, namun
dia pernah tergelincir untuk melanggar batas pergaulan
lelaki perempuan. Dia ketawa bersama lelaki,
melemparkan senyuman buat lelaki.
Biarpun perkara itu kecil namun itu tetap melanggar batas.
Satu hari dia kedatangan haid.
Dan dia tidak pergi ke surau.
Duduk bersama akhowat yang tidak boleh solat di salam kelas.
Seorang lelaki ternampak mereka di dalam kelas lalu
mengunjing, "eeeee. tak suci!"
Asiah mendengus.

Kemudian datang lagi sekelompok ikhwah
"wei solat solat!"
"korang bau darah tak?."
"weh baju kau ada darah."
Rakan Asiah menjawab, "Apalah masalah korang ni!"
Asiah terasa maruahnya disiat siat.
Asiah marah, namun berdiam kerana dia memang tidak melayan jika lelaki menganjing.

Satu hari dia ingin menegur perbuatan ikhwah yang suka mengunjing
perempuan haid.
Jelas perbuatan itu tidak sopan, bukan daripada ajaran Islam.
Dia pun menulis sesuatu untuk Ustazah agar ustazah mengambil tindakan.

"Ustazah, saya tidak gemar lelaki yang gemar menganjing perempuan haid. Boleh ustazah naikkan usul penyelesaian kepada pihak lelaki?"

Sewaktu menulis surat untuk ustazah, Maria ternampak lantas bertanya,
"eh, apa ni asiah?"
Asiah menjawab. "Ni hah, ikhwah gemar menganjing kami,....*blabla*"
Maria terkejut mendengarnya.
"Ouh yeke? Maria tak pernah kena pun. Mungkin kalian sahaja yang mereka minat,"

Mendalam. Begitu mendalam bagi Asiah.
Baru dia teringat.
Dia bukannya yang menjaga sangat seperti Maria.
"Ikhwah tidak mengganggu Maria kerana hormat akannya.
Aku? Aku kadang kadang melayan lelaki, mungkin lelaki fikir tidak mengapa mengganggu aku. Ya Allah, ampunilah aku."


Begitu cara halusnya. Mashaallah.
Sama sama ambil Ibrah.
Begitu Allah nuzulkan hidayah buat asiah.
Melalui respon Maria.
Alhamdulillah Asiah jenis positif,
mengambil baik setiap perkara,
setiap di depan  mata merupkan pengajaran buatnya.
Inshaallah, ISLAHKAN DIRI!
BERHIKMAH UMPAMA MARIA.

Usaha dakwah

Syukur.
Apa yang terhasil dalam blog ini
hanyalah nukilan nukilan gembeng
dan picisan daripada saya.

Tidak ada unsur unsur bergaya
atau menandingi orang lain.
Inshaallah.
Cuba dielakkan.

Orang yang memandang enteng
blog sebagai titian dakwah, fahamilah.
Ini antara termampu.
Walaupun sukar menusuk.

Memang,
tidak dapat dinafikan.
Uslub dakwah berkesan berziarah.
Jaulah. Namun, kemudahan yang ada
cuba dimanfaatkan.

Takkanlah teknologi memang
tiada sezarah pun kebaikan
untuk dakwah, bukan?

"Harini orang selitkan dakwah dengan
perkara yang disukai."
Jika benar, di mana salahnya?
Maka, menjadilah kita
di antara orang yang mufakkir.

Saya sama sekali tidak pernah menentang
usaha dakwah dari mana maan pihak.
Saya terima baik dakwah mereka.
Asalkan selagi berpegang kepada
Alquran dan Assunnah.
Inshaallah.