Friday, 15 April 2016

Rasa diri baik

Bila rasa diri lebih baik daripada orang lain,
Buktinya ilmu kurang lagi.
Sebab orang berilmu ni ikut resmi padi,
Makin berisi, makin tunduk,
Makin berilmu, makin zuhud tawaduk.
Gali ilmu lagi dan lagi,
Nanti kita faham dengkelnya ilmu kita,
Makin belajar, makin banyak tak tahuu.
Bila rasa diri dah cukup tawadhuk,
Maka maksudnya kita tiada tawadhuk.
Sis pesan untuk diri sis jugaaa.
Maka sebaklah kita. 
Mendengki, mengumpat,
Puncanya rasa diri baik.
Astagfirullah.
Mari bedakkan hati.
Kita bukannya banyak ilmu.
Lagi nak tunjukkan kebodohan.
Orang yang rasa diri baik ni , buktinya ilmu cetek lagi.
Saya pun ilmu kurang. Tapi jom sama sama jangan pamerkan kebodohan tu, jangan rasa diri lebih baik. Jom! "
Muka senyum muka senyum 
Say no to mengumpat ! Yokk!
Jangan biarkan orang ambil pahala kita yang sikit.
Ustazah kata nanti kat mahsyar,
Kita umpat orang yang buat salah , yang jahat,
Tapi dekat mahsyar, dia lebih banyak pahala.
Sebab kita kasi pahala kita dekat dia.
Puasa daripada makan daging saudara kita jom!
Sungguh, makan daging saudara sendiri tak bermoral 

Kecomelan

Annur umaira texted me,

"Scimey, annur ni. Ingat saya lagi ?"

😑😑

Walaupun soalan tu nampak macam mengada ngada tapi still,
Cant deny it that,
Soalan tu comel.

Ini cerita pasal hubungan jarak jauh
Kawan kawan sis yang terpisah.
Kawan batch.
Kelas.
Dorm.

Heeee .

Kadang even lost contact,
Sis pujuk diri

"Sahabat tak semestinya yang
tetap contact lepas habis spm,
tapi semestinya yang tetap mendoakan sahabatnya.
Kerana selalu ada cinta dalam doa"

Ececeeh huwaaa 😂😂

Bila u rindu i, u doakan i k .

Saturday, 2 April 2016

Dont curse wassap

Throwback.
Sehari selepas paper 3 Biology SPM.

Pagi tu semua macam dah merah merah mata.
Lepas je subuh,
Memasing nak jalan² dekat sekolah.
Sarapan sama sama.

Sis jaga SPBT.
Kaunter pemulangan buku teks form5.

Balik balik dorm,
Semua tengah siap kemas,
Sambil dekat tengah dorm ,
Salam salam.
Nangis nangis.

Sis tahan.
Sebak dalam .
Zahir ai tak kuat uolls nak tunjuk. 👉👈

Abah dah sampai.
Nak fetch.
Dengan danish mia akmal.

Tetiba depan surau nampak
3 orang lelaki sedang berpelukan,
Bersalaman,
Sambil menangis.
Sambil memegang bahu kawan,
Sambil mulut kumat kamit kasi nasihat.

Budak lelaki menangis.?
"Am i too heartless atau diaorang yang over?"

Sekarang 5 bulan berlalu.
Diorang memasing dah senyap,
Semua gigih gila nak bopeng nak krikkan kawan.
Sampai hati .

Memasing rasa,
"Nak senyaplah."
"Nak seen jelah,"
"Rasa nak left pon ada,"

Sampai hati.

Sis pegang satu benda,

Masa akan menentukan ketulusan hati kita.
Betullah orang cakap
Whatsapps ni boleh buat banyak salah faham.
Boleh buat hubungan renggang.

Dont curse wassap 😂😂