Thursday, 31 March 2016

Kau fikir kau siapa

Rasulullah bergurau dengan isteri.
Dengar azan,
Terus dah macam tak kenal siapa keluarga baginda.
Terus ditinggalkan urusan dunia.

Zaman sahabat tengah pegang kapak,
Separuh ayunan,
Dengar azan,
Hentikan ayunan,
Pergi tinggal urusan dunia.

Mashallah.
Subhanallah.
👍👍👍

Sebab?
Hati ada kebesaran Allah.
Hati beriman Lailahaillallah.
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.

Laungan azan,
"Allahuakbar! allahuakbar!"
Disebut 4 kali.
Seru kebesaran Allah.
Berganda penting berganda nikmat
daripada urusan dunia.

Apabila hari ini saya dengar azan,
Saya teruskan buat urusan dunia,
Bermaksud ,
Saya nafikan kebesaran Allah.

"KERJA AKU NI LEBIH PENTING!"
ini 👆👆
Maksud yang sedang dimaksudkan.

Astagfirullah.

Tuan tuan puan puan adik adik kakak abang,

Azan bukanlah semata nak menandakan masuk waktu solat,
Sebenarnya azan ajak kita solat,
sembah Allah, akui iman takda tuhan selain Allah,
ajak kita tinggalkan urusan dunia jap.

Bukanlah dengar azan,
Senyap kasi hormat (ini bagus)
Lepastu sambung dunia,
main game,
Tengok TV
Main wassap,
Sambil dengar lagu Nanasheme,

"Kau fikir kau siapa fikir kau siapa fikir kau siapa boleh belahhh,,,"

Tak sedar Nanasheme tengah cakap dengan dia,

"Kau fikir kau siapa nak endahkan seruan tu?"

😭😭😭

(Rujuk Digital Mimbar pro. Bayan.)

Wednesday, 30 March 2016

Biskut free

Bila member open biskut biskut dalam dorm,

"Weh sedap wehhh biskut apa ni?"

"Biskut jenama X. Nah ambil lah lagi,"

Bila tiba waktu cuti,
Pergi shopping mall.
Nampak biskut jenama x.
Terkinja masukkan dalam troli.
4 paket.
Balik rumah tak sabau nak makan
Hawauuuu.

Sampai rumah,
"Pehal tak sedap biskut ni. Haritu dekat dorm punyalah sedap. Ni mesti tiruan,"

😒😒😒
Takyah bajet tekak pindah rasa.
Dah makanan free semua rasa sedap.
Kau tak tahu member kau open biskut tu
Sebab dia rasa tak sedap.
Duit dia.

Monday, 28 March 2016

RP : taalim 28 haribulan

Repost.

28 hb punya cerita.
ta'lim petang.

mutakallim macam baca humour.
si piqa pegi gelak kuat kuat.
kau rasa? malu sis haha. 😤😤😤
Hakak hakak lain semua pandang slek kat dia.
Aloh takda pe yang lawak nye,
Macam nak hempuk je baca taalim main² 😂😂😂
Cuma pika terhibur melampau.
Almaklumlah  mutakallim nye moja 😒😒

sampai mutakallim tu baca pun ketawa ketawa.
Pika je yang gelak memanjang.
Yang lain dah , "masalah moja ni."
😠😠😠

sampai penghujung ta'lim, piqa gelak lagi.
Kuat sampai abam² kat depan tirai dengar.
kami apa lagi memainkan peranan.
pukul hempok piqa ramai2.
Dia macam satu nikmat memukul kawan.
nyampoh.

dalam hati sis,
"himpunan ta'lim2 terakhir''
pasti sis rindu ginih lo.
Ok itu nanti.

Skim paling murah

Piqa tanya tadi,

"Banyak² skim, skim apa yang murah?".

"Skim apa?"

"Skimey scimey"

"Aah lol aku memang murah pun,"

*terus gaduh.
😂😂😂😂

RP : muka berdohsa

Repost .
hari tuh ada lah rezeki untuk budak laki
dengan perempuan bermaafan.
dan ini peluang sis, sis tahu.
peluang untuk clearkan nama persatuan sayap kiri.
Ececeh 
peluang untuk hapus kan dohsa.

sis pun bergerak sini sana untuk minta maaf,
berserta leha dan annur.
Bengang juga lah rasa
Bila kena pergi dekat lelaki
Pastu minta maaf.
Semua budak lelaki minta maaf pasal sayap (dan lepas tu mereka masih menganjing)
Lagi lagi yang pergi dekat skandal itu ini.

Annur dan Leha cakap
"Ikut scimey ni dah macam ikut orang orang bercinta"
Nasib baik mereka ok dan tak geli sebab diri scim sendiri rasa geli bila ingat.
Bayangkan tanpa tapis scim buat statement depan depan,
"Maaf andai menganggu iman. Semoga kita semua dikurniakan jodoh terbaik."
Terkedu semua lelaki yang terdengar. OMG akak sayap fefeeling teruk malam ni.
YA JANGAN KECAM. malam tu memang feel nak luahkan semuanya.

balik dorm, khai menjerit.
"eih, kak scimey pakai makeup uolls!!!"
dengan muka pelik,
"khai, im not"
"dahtu apahal berseri semacam ni. macam kilat je muka."
sis tengok cermin.
waaaaa,
'allahumma kama ahsanta khulqi faahsin huluqi."
berseri wei muka sis.
macam tak pernah tengok sebelum ni.
sis takdalah nangis tadi.
khai said. "eleh nangis lettew. orang cakap, perempuan lepas nangis nanti nampak cantik."
"scimey tak nangis lah."
but sis rasa muka sis selama ni kusam kot,
banyak bebeno dosa dengan rakan sebaya.
allah hilangkan seri wajah.
sekarang dah maaf maaf semua,
tu seri wajah dapat balik.
alhamdulillah.
lepas ni take note eh.
nampak muka kusam,
solat taubat.
inshaallah

Tuesday, 22 March 2016

Rindu dan jobless

Always,

"Wahhh rindunyaaaa sekolah."

My point,
In jobless mode ,
I cant resist anything from being related with school life,

K bai .

Still.

Jobless.

Actually,

Do i care ? 😂😂😂

Cikgu jaga hati

Baru baru ni keputusan SPM keluar.
Tak adalah 'baru' sangat.🙍

Sebenarnya tadi reread diary 2015.
Ada satu page ni,
Sis tulis .

"TAK PERNAH LAGI DALAM BAYAN AKU TAMPAR ORANG!"😱😱
masa tu ckg buat upacara perotanan akibat perluasan barang haremmm
Dialog cikgu rozi pun scim catat.
🙀🙀

Dan bermulalah ceritanya
Sis terkenang segala benda macam
Dekat surau alkauthar.
Dan yang pling berlegar legar dalam otak
Ialah BAYAN.

takyah sembang,
Berapa ramai kawan² scim buat post,
PM scim, dengan statement ,
"RINDU BAYAN WEHHH,"
👍👍👍

Sejujurnyalah,
Sis dah menyimpang.
Simpang mana?
Sebenarnya cerita sebenar macam ni gayanya,

Habis aje pengumuman straight A dengan near miss haritu, berjumpa cikgu² yang berbudi itu ini, sembang itu ini,
Susun seploh jari itu ini,

Sampailah dekat cikgu yazid
Dia sampaikan satu punchline sarcastically.
"Eh, camek! *instead of scimey* . laaaaa. Kenapa tak nampak kau atas pentas tadi ?"

Belum sempat sis menjawab, "takda rezeki cikgu,"  ,,cikgu yazid terus membuat pancingan tepat dahsyat sentap!.
.
"Sebabbbbbbbbb ..... Kau tak dapat straight a ! Hahahhahahah."

😭😂😂😂
Cikgu! Sentap amat.
Lol. Sis tak pandai cover muka malu tambah perencah .

Tiba tiba, Cikgu rozi yang memerhatikan pancingan itu terus berdiri sebelah sis .

"Bak sini kak, kau punya slip keputusan."

"Hmmm tak ada apa lah cikgu. Biasa je," * sambil hulur slip *

Dia tatap slip sis, malu sis.
.
Pahtu dia cakap,
"Wahhhh hebat kau kak! Aku tak caya kau dapat result macam ni! Hebat kau .Banyak doa kau ni kak."

😱😱😱😊 mashallah hati sis.
Bila dengar seorang guru berkata begitu,
Walaupun result tak hebat,
Dia meraikan bagai sis lah pemenang di antara
pemenang pada hari itu.
😂

Cikgu Yazid gelak je. Saya pun gelak jelah sama dengan cikgu yazid.
Hashtag im touched ☝👆👇👈👉👋👋👋

Wednesday, 16 March 2016

Hati yang sakai

Dah berapa kali sis mimpi kahwin dengan bangla.
😨😨

Adakah ini jawapan istikharah ?? 😂😂

Tak sebenarnya bukan nak cerita pasal abangla.
Takk 🙅🙅🙅

At school ,,
I got bumped into a scandal *huiyoo

Sis biasa biasa sahaja tanpa perasan .
Eceh.

But everybody was like,

"Scimey ! Aku rasa korang berdua ni menjadi lah !"

"Bila sehhhh si beng *nama tipu* nak masuk minang scimeyhh ! "

"Semacam je aku nengok korang ni "

"Aku tengok kau dengan beng ni tunggu spm je, pastu let go ! "

"Sepadan weh, series sepadan "

"Semua orang ada feel korang menjadi weh.."

"Aku mengharapkan sesuatu yang indah akan menjadi ke atas kalian berdua.😎😎 "

"Scimey dengan beng ni da tunang kan?"

Nah !
Kau ngahse ???
Serieslahhh hati perempuan sapa takkenal.
Kena sikit dah tercuit . *tuihh.

Kena pulak dengan hati yang sakai macam sis.
Memang kena lah bisik bisik syaiton .

Sister sister sekalian,
JANGAN MENGANJING
ATAU MEMBICARAKAN ATAU
BUAT APA2 SAHAJA DEKAT KENALAN KENALAN ANDA
SEPERTI SITUASI DI ATAS.

Mohon,
Cukuplah ujian dari bisikan durjana.
Janganlah drpd mulut kawan kawan yang disayangi,
Hatchummm!

Sis tak marah pun sister sister yang cakap cam tuh lek eh.
Just, keluar sekolah sis makin memahami semua ini.
Kita ambil pengajaran ambil ibrah..
Esok esok kita belajar lagi k.

Kita bawa diri kita,
Bawa diri kawan pergi tempat yang lurus.
Gittuw.😏😏

Muahhhh.😘😘😘😘

Tuesday, 15 March 2016

Ittihad dan wassap

"INI KISAH YANG MENARA TAK BOLEH SATUKAN 17 KAKAK BERSAMA 5 ADIK LELAKINYA"😽😽
👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧👧
👦👦👦👦👦

Ye, Kami sayap sayap kelas ittihad berpadu bersatu menetapkan 2 syarat khas untuk lelaki dalam group kelas kami . *5 orang shj lelaki

1 ) NO CARUT PLISS

2) ONCE "CHIAA CHIAAA" DETECTED, AUTOMATICALLY  CONSIDERED ISOLATION , GET BASHED maybe.

*please know that ittihad ada dua group wassap. Satu, ws semua . dua, ws sisters only .hijabsters.
*so kalau ada hal yang chiaa chiaa ke carut semua sisters akan membentang layar perbincangan 'ACANE NAK TASYKIL'.

👆👆👆 bajet je ni

Hamek!
Bukan nak mengongkong.
Bukankah sahabat yang baik itu sering menasihati ?
Ececeh.
Ya benarrrrr !

FORMATION ITTIHAD .🐻🐻🐻

To speak frank , ramai yang cakap Ittihad tak lah unite sangat macam kelas sains agama lain Itqan dan Thaqafah.

Yes, admitted!
Jahahaha.
Lahiriah lah.

Nak tahu sebab apa?
Kerana ittihad ni macam kiranya kelas "budak2 terbuang".
Seriously lah !
Masa awal form4, cikgu kata ,
" ok! Cari kawan yang awak nak sekelas!"

Then semua mencari geng .
Tapi budak2 yang macam sis, madi, annur, nabila, sab, tot, shahmas, ezza, ni mana ada orang pandang haahah. 🐒🐒🐒

1) Kalau ada pun sebab semua geng dah cukup quota.

2) Takpun sebab geng2 aliran lain. Macam tot dengan ezza. *sengaja sis nak nyakat ezza dengan tot 😂😂😂😂*

3) Dan sis sebab dah berganding bahu berpakat dengan madihah,
"Weh, kau satu kelas eh dengan aku form4!"🐫

*benda geng2 ni dulu masa form3 kecah, tapi naik form4 dah smooth, lagikan pula dah keluar sekolah, sebab tu sis main tibai je mention sbb dah harmoni, kalau tak! Hmmmph ! Habislah sis kena jeling dengan tot 😂😂😂*

Itu lahaii kisahnya kenapa dari segi lahiriahnya ittihad macam ni.
Tapi bila sehari dua dalam kelas, dah ada keserasian.
Banyak video kami buat !
Mak aiii rindu gileh !
Dan bertambahlah serasi bila dapat kawan baru, intake lol 2014!
Meriah kau tihad !🚾🚾🚾🚾🚽🚽🚽🔥🔥🔥

Zahirnya,
Ittihad ni macam baik,
Sebab ramai BADAR ditakdirkan utk ittihad .😂😂
Sampai ramai takut nak masuk Ittihad.
Puaka katanya!

Lah tapi sebenarnya biasa je.
Tak da yang lebih pun.
Akademik pun last *ok itu sedih*
Memang teruk lah ittihad kena dengan cikgu.

"Ittihad biasanya tiap tahun perform ! Tapi bila tiba tahun ni.....!!!!"

Tapi ada cikgu2 yang faham,
Ittihad batch kali ni bukan dipilih ikut ranking top,
Macam tahun2 lepas,
Tapi ittihad kali ni,
Hanyalah,
Pelajar2 terbuang tidak bergeng .

*saja nak buat cerita agak sedih*.

Frankly typing,
Allahhu , segala puji hanya bagi Allah,
Syukur gila.

Lelaki tak mencarut . Siau tu ada lah.
Kalau selangkah masuk kelas lain,
"Woiiii kauuu hahhah asgdh ! dkfld! oendb! djdjd!. Tutttttt."
Sampai siap kena tanya member,

"Eh, tadi masuk kelas '...' ,, dia cakap ki*ak. Apa maksudnya?"

"Entahlah, tak pernah dengar ."

Balik dorm tanya junior,

"Oh , kak scimey betul nak tahu ? Maksudnya ....... "

😱😱😱

Esoknya tak berani dah pijak kelas lain.
Nak pergi prep pon melintas dewan PMR gelap gelap .
Pahtu tetiba kena masuk juga, ada urusan.

"Hahahaha ape sehhhh kau ! Ci*ai la sy**llll !!!"

Balik kelas ,,
"Weh apa maksud ,,,,, *blablabla*"

Tiap hari belajar vocab tah pape.
Serieslah dekat ittihad wak selalu subhanallah je.
Sampai cikgu² , dak² perempuan termasuk sis sekali dah macam, "ape sehh wak."

Pahtu asyik , "allah maha kuasa, mahkluk takda kuasa."
Sampai tot rimas 😂😂😂 *kesian tot*

Sabar eh tot. Hahahaha kita hidup bersahabat saling mengingatkan .hihi.
Kan dah sekarang rasa amacam dah keluar sekolah ?
Rindu kan nak dengar? .😀😀😀

Tapi kalau lelaki ittihad mencarut di luar kelas, idk idc lah eh.
Ni pun keluar sekolah dah mula, sampai keluar peraturan atas tadi.

The bestestest ever
Kesayangan scimey !

Sisters : scimey, ezza, tot, qillew, que, nabielah, mairahusna, zati,aina, tenai, sabrinaaaa, madi, afrina, nolli, annur , shahmas, babat,

And and five little brothers : wak , peng ,zaid, syahmi, el.

A big thanks to Allah for this 2 years .
A big thanks to kesayangannnn semua beloved .

Your hakak payung naung sayap,
Scim 🎀🎀


Tuesday, 8 March 2016

SPM

Salam aleykum.
Setinggi tinggi rafa' kesyukuran kepada Allahu yang Maha Berkuasa, ..

3 mac 2016.

Pukuk 10.30 pagi , calon2 perlu pergi ke Dewan untuk
Pengumuman keputusan SPM .

Tapi sis dan asila serta madi lek lek dalam asrama.
Belum mandi , belum iron jubah dan tudung.

Kerana apa ?
Kerana kami telah mengetahui keputusan SPM kami..😂😂
Via SMS.
Habis makcik2 cleaner aspuri mesti pelik,
Suara jeritan di pagi hari melalui sickbay 😂

Alhamdulillah sis syukur.

BAHASA MELAYU ⏩ A+
BAHASA INGGERIS ⏩ A-
BAHASA ARAB ⏩A+
SYARIAH ISLAMIAH ⏩A+
QURAN SUNNAH⏩ A+
FIZIK ⏩A
SEJARAH ⏩A
MATH ⏩A
ADD MATH⏩ B+
CHEMISTRY ⏩B+
BIOLOGY ⏩B+

Sis pon mara lepas pengumuman pelajar2 straight a dan near miss.
🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆

Jumpa sir syauqi,
"Add math saya B+"
..
"Alah lek ah. Ok apa, B+. awak buat rayuan cek balik k."
..
Rilek gila cikgu syauqi.
Hmmm. Syukur .

🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆
Jumpa tc, nabila,
"Maaf tc. Bio saya B+"
..
*tc nangis depan sis.
..
"Tc, saya minta maaf , tc jangan nangis,"
..
"Tc nangis sebab tc dah anggap kamu semua macam kawan, ni tetiba kamu semua dah besar, lepas ni bila lagi tc nak jumpa kamu ,"
..
*well, sis pun turut menangis.
..
Mungkin  teacher.
Scimey tahu tc sedih juga kan pasal bio .
Scimey minta maaf .
Cikgu bio scimey semua baik2 seriously .😢😢😁😁
🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆

Jumpa tc midah ,
Tak sempat nak salam hahaha,
"Hasipahhhh , kenapa awak dapat B+++++?"
*sambil tc ketawa,
..
"Saya bukan nak bajet tc, tapi saya rasa haritu soalan taklah susah sangat , maybe takdir saya ni 😂. Saya ada buat cikgu terasa ke apa ke. Almaklumlah saya suka main2 dengan cikgu ."
..
"Awak B+. awak mohon rayuan cek balik ye."

🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆

Tahniah semua !
Sebagai pen. Ketua batch,
Scimey bangga dengan lol !
K, nantikan ucapan khas buat lol yang membaca blog scimey hahhh 😂😂😂

Belenggu sis

Bila hang dah duduk suasana tarbiyah,
Tetiba masuk dalam hakikat dunia sebenar
Masyallah sebak gell rasa.

Lek ah sis.

Kita kenal , kita faham, kita sebar.

Hmmm kiamat dah nak dekat.
Tapi ...
Kita masih di sini dibelenggu sikap
PENGECUT .

⏪⏪⏪
Tapi ingat ingat selalu,
Senjata utama jangan diamkan

I TELL ALLAH ABOUT YOU , AND I CRY .